Posts

Showing posts from October, 2014

KENA LIWAT ATAU MELIWAT ATAU TERLIWAT ATAU SUKA DI LIWAT..

SEMUANYA PERLAKUAN SONGSANG!

Teman ni tahu pasal liwat bila dah dewasa,dulu2 tak tahu apa2 pun...
Walaupun ada kawan teman yang berkawan dengan lelaki separuh wanita.Teman tetap tak faham..
Masa tu...
Selalu diaorang gelak2 bab cinta songsang mereka.
Teman masih tak faham sebab teman tak pernah tengok bahan2 lucah sehingga le teman di kahwinkan oleh ibubapa teman.
Hehehe..
Di kahwinkan?
Ayat tak boleh blah!

Sebelum tu,mata teman belum ternoda dengan benda2 yang melampau tu.
Pendek kata...
Gadis suci murni.
Sebab tu suami teman kejor tak cukup tanah!
Tak sempat teman nak fikir,rombongan minang maii dah...
Almaklum le dapat gadis pinggitan..
Putih gebu lak tu!
Muahahaha!

Bila dah kahwin,semua tu terdedah dengan sendiri kecuali liwat.Teman tak le pernah melaluinya.Jadi tak boleh le komen banyak2 pasal benda alah ni.
Pada teman meliwat tu salah dan berdosa.
Titik!
Teman tak mahu hurai panjang lebar kenapa,mengapa,dalil bagai..
Kalau di larang,itu tandanya tak boleh meliwat walaupun suka s…

CHEF WAN KATA..

Image
LELAKI YANG SUKA BUAT KERJA RUMAH BUKAN PONDANLAH!


Setuju!
Siapa yang cakap macam tu?
Kalau teman tak mungkin akan kata begitu!
Adik beradik lelaki teman pandai buat kerja rumah,tapi mereka bukan PONDAN!
Abang teman....
Pandai kemas,pandai masak,pandai tukang!
Tapi dia bukan PONDAN!
Abang teman sorang lagi pun sama...
Serba serbi tahu...
Dia juga bukan PONDAN!
Adik lelaki teman....mop lantai guna air panas sehhh!
Juga bukan PONDAN!
Ketiga2 anak lelaki emak teman bukan PONDAN!
Ketiga2nya jantan tulin!
Jantan yang boleh keluar anak punya!
hehehe

Kata Chef Wan...
Siapa kata lelaki yang suka buat kerja rumah tu PONDAN?
Siapa kata?
Chef Wan kata lagi..
Tanggapan macam tu perlu di buang jauh2 dalam masyarakat kita orang melayu.Ianya perlu di kikis kerana boleh memberi kesan nagetif pada generasi akan datang dan institusi kekeluargaan.
Dengar tu wahai abang2 sekelian....
Buat kerja rumah bukan sahaja menyenangkan pasangan tapi baik untuk kesihatan.Tak le lepas makan,belengkor je macam ulo ke…

BILA TETAMU DATANG...

BERSAMANYA ADA REZEKI UNTUK KITA.

Semalam dan hari ini,rumah teman di datangi tetamu.
Teman masak,kemas rumah..
Penat?
Almaklum le,tak ada pembantu,anak2 pun tak ada kat rumah..
Subhanallah!teman dah lama tak guna tenaga yang banyak.
Setakat masak untuk keluarga.Apalah sangat!
Tak sempat peluh pun...
Sahabat kata...
Yalah!masak simple je..
Teman hanya kata...
Jangan membazir,2 orang anak saya dah ke Kolompo,2 orang lain...cerewet sungguh!,mana maunya makan asam pedas,kari bagai!
Biasanya menu anak2 teman yang cadangkan.Setakat teman sebut nasi!anak bujang teman dahi berkerut 2 lapis.
Yang perempuan masih ok,boleh di ajak berunding.Yang lelaki...satu hari tak makan pun dia sanggup!

Mula2 teman rasa nak tempah je,dalam hati berkata...apalah malas sangat aku kan?bukan ramai tetamu yang datang.Masak je le...
Kata hati teman turuti,pagi2 dah ke pasar,beli bahan untuk memasak.
Sebelum tengahari,semuanya dah terhidang.
Hanya menunggu tetamu tiba.

Emak teman kata...
Tetamu bawa rezeki.Alu alu…

WATAK SEORANG MAK..

Image
GARANG,TEGAS ATAU MELEBIH2..


Yup!teman setuju dengan kata indah kat gambo di atas..
Emak teman contohnya..
Juga tak romantis.Pantang silap sikit,pasti peha teman di cubit.
Kalau tak melecet,jangan panggil emak le...

Masa teman kecik2,mak teman punya le garang.
Bersiyap siyup teman kena belasah.
Bukan teman je,kakak,abang teman pun turut kena..
Nak tahu kenapa?
Belakang rumah teman ada sungai.Hari2 mesti mandi sungai.Bila emak teman balik,tengok mata semua kaler merah saga!
Apalagi....
Ooo...mandi sungai ya,tak mahu dengar kata!emak dah kata jangan!jangan!,mandi juga ya...
Siyap siyup...
Apa nak buat...
Salah sendiri kan?
Terima lah habuannya.

Masa teman kecik2 dulu,emak teman koje..
Alaaa koje biasa je,awal pagi emak teman gi basuh baju kat perigi.Anak2 ramai,faham2 je le,kalau tak menimbun baju!jangan kata le...
Masa tu,teman akui,teman tak banyak membantu.Tapi menambah sesak jiwa emak teman lagi ada.
Lepas basuh emak teman akan bawa balik dan kami menyambung kerjanya dengan menyidai…

TEMAN SEMAKIN KUAT TIDO!

HARI2 MESTI TIDO SIANG ATAU MALAM

Mungkin kah kerana faktor usia?
Mungkin kot......
Kalau dulu,setakat berjaga sampai pukul 1 atau 2 pagi,masih bisaa....
Tapi sekarang...
Baru nak menaip sikit je...
Mata dah macam ada iblis bergayut!
Ngantuk sungguh!

Sahabat kata...
Itu tandanya U dah TUA kak oiii!
Betul ke?
Tua buat kita sering mengantuk?
Atau...
Oksigen tak lancar perjalanan ke otak!
Aduhai...
Teman semakin tua nampaknya.
Sahabat kata lagi..
Atau U penat sangat kot?
Tang ni,mungkin ya mungkin tak...
Tak de le keje banyak sangat,mungkin keluar masuk ambil anak tu yang meletihkan.
Masak pun ikut suka,suami teman tak pernah memaksa teman masak jika teman tak sempat.
Kalau rasa malas,teman beli je...
Yang pasti ada  makanan untuk anak2 makan.

Sekarang ni pun,teman dah ngantuk tahaf tertinggi!
Kalau teman teruskan menulis,silap haribulan keluar tajuk!
hehehehe..

Sahabat beriya iya kata teman dah tua!
Teman terima lah..
Umur pun dah nak masuk setengah abad,sah!teman semakin tua...
Teman a…

SUBSIDI MINYAK..

Image
UNDANG2 BARU...


Anda di mana?
Teman?
Sebagai penganggur,sebagai surirumah tangga....Tak ada limit!sah!layak dapat subsidi..
hehehehe...
Nanananananana....

Bagitau suami,wah!kamu tak dapat lah kan?
Suami teman hanya kata..
Tak dapat gambarkan bagaimana cara kerajaan nak pantau benda2 macam ni..
Nak beli minyak guna IC,macam2 cara juga jika kita nak menipu.
Semuanya terserah pada nawaitu kita semua...

Apa2 pun kita tunggu Ahmad Maslan dan Hassan Malik bagi komen.
Selalunya kedua duanya akan beri komen yang paling bernas.

Selamat menyambut kenaikan barang barangan!

TELEKUNG TERKINI

Image
LAGI SEMPOIIII



Maaf ya teman nak komen sikit je...
Tak cantiklah telekung corak macam ni,nampak serabut!nampak tak kemas dan nampak tak tenang.
Kalau corak macam ni di buat baju,mungkin ok kot?walaupun teman tak berapa berkenan.

Teman nak pesan sikit je...
Jangan ubah terlalu banyak telekung kita.Baik dari segi rekebentuk,kain dan coraknya.
Jujur dari hati yang tulus ikhlas...
Tak cantik!
Tak gembira bila teman nampak kat wall tadi,terus teman nak kongsi kat Blog teman..
Di harap kawan2,adik kakak teman...
Tolonglah jangan beli,teman tak suka!

Sahabat kata...
Suka hati diaorang lah!yang U sibuk apasal?
Ustaz teman ada tegur pasal telekung macam2 warna.Itu baru warna,belum lagi corak macam ni...
Sahabat tanya...apa yang ustaz kata?
Teman jawap..
Ustaz kata,telekung macam ni akan mengalih tumpuan jemaah yang ada di belakang si pemakai.
Almaklum,kita bukannya Malaikat,kyusuk dan mampu beramal beribu tahun!
Kita hanya insan biasa.

Biasanya,bila berjemaah,fikiran kita akan melayang jauh..
T…

HIDUPKAN BUDAYA ROTAN

Image
APAKATA TEMAN...

SETUJU!
Teman angkat dua dua tangan.SETUJU!


Dulu2,masa teman kecik2,rotan wajib ada!
Masa teman mengaji...rotan sebelah atok.Salahs sebut je...atok kat balasah teman,hanya libas rotan kat lantai je..
Bagai nak gugur jantung teman wehh!
Rotan tu sebagai lambang kegarangan atok.Walhal...teman tak le kena libas macam lembu,atok hanya menakutkan je.

Masa teman sekolah menengah,ada kawan2 lelaki teman kena rotan kat punggung di perhimpunan setiap hari isnin,Masa tu,teman cuma perhati je...
Ngilu juga perut teman bila menyaksikan punggun kawan2 lelaki teman kena libas.
Dalam hati teman..
Padan muka!nakal sangat!hisab rokoklah,melawan cikgu lah!
Kalau tak kena rotan memang tak patut!
Tapi akhirnya...ada kawan2 yang menghargai tindakkan cikgu,ada yang marah sampai laaa ni.
Tapi...
Malangnya...
Ada yang dah masuk ke bumi,dek menjadi penagih dadah tegar.
Salah siapa?
Salah cikgu?
Salah mak bapak?
Nak tahu jawapanya..
Salah kan diri sendiri.
Tuhan bagi kita akal kan?bukan untuk …

SELAMAT PENGANTIN BARU

Image
BUAT TENGKU MAHKOTA TEMAN....


Sekali lagi teman nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT TMJ DAN ISTERI.
TAHNIAH YA... Sebagai rakyat JOHOR itu je yang mampu teman lakukan. Nak hadiri majlis tak di undang.. Kalau ada pun majlis untuk rakyat jelata. Teman tak mampu nak pulang untuk meraikannya.Perak dan Johor jaraknya berjam jam!Rasa tak berbaloi Tuanku.Bukan lah teman berkira,tapi...itulah nasib rakyat,sekadar melihat dari jauh kebahagian TMJ yang di sayangi oleh segelintir manusia tapi... Bukan teman ya.. Teman sekadar hormat kerana dia anak Sultan Johor...tu je. Ustaz teman selalu pesan... Jangan terlalu taksub dengan manusia kerana mereka sama je dengan teman.Yang membezakannya hanyalah pangkat dan harta benda sahaja. Maafkan lah teman.. Itulah perinsip teman... tapi.. Dalam hati teman... Teman tetap sayang Negeri Johor tempat teman di lahirkan 46thn lalu.
Masa teman baca kisah pernikahan ini,teman rasa terpegun... Tup!tup!dah ada calon baru! Ura2 dulu,TMJ kan berkasih dengan artis …

KELANTAN AKAN PENJARAKAN LELAKI YANG TAK SOLAT JUMAAT 3KALI BERTURUT2.

Image
SERONOK BUNYINYA TU!


Mencadang memang mudah!nak laksanakan tu yang payah...
Teman bukan nak menidakkan kebolehan pihak2 tertentu,tapi rasa2nya...
Payah kot?
Puasa,solat itu semua datang dari hati sendiri.
Di marah,dia rotan,di penjara sekalipun!jika katanya TIDAK maka TIDAKLAH jadinya.

Masa baca tadi,teman bisik dalam hati...
walaupun nampak kelakar!
OK JUGA!cadangan yang baik.
10 minit kemudian,teman terfikir...
Mampu ke nak pantau lelaki2 yang kelebang solat jumaat?Bukan baru perkara ni,lama dulu lagi!Orang lelaki ramai tak solat daripada solat.
Teringat kata ustaz..
Lelaki ramai datang ke masjid hanya pada hari tertentu je...
Akak2 tahu tak?
Semua terpinga pinga...
Hari raya kot ustaz?
Ustaz senyum...Ye akak,masjid akan di penuhi oleh orang lelaki hanya pada hari raya je..
Sebab tu,iman selalu ajar cara2 solat hari raya sebelum memulakan solat.Iman tahu,di belakangnya ramai orang yang solat bemusim.

Teman selalu nampak,ramai lelaki yang masih berkeliaran waktu orang lain solat jum…

FITNAH TERBARU

Image
YANG LEBIH TERUK!

Muahahaha!
Malaysia dah teruk!
Teman dah tak sanggup nak baca nak lihat dah!
Kalau dulu skandal seks pemimpin,sekarang ni..
Pendakwah atau pewaris Nabi pun kena!
ish,ish,ish...
Teman tak campoq.teman tak mahu percaya dan ambil langkah berkecuali.

Agak2 le kau orang ni..Kalau nak memfitnah sekali pun,ingat2 sikit..
Jangan melampaui batas.Munafik menuduh orang berzina.Selagi tak ada 4 saksi,jangan le memandai mandai buat dosa.
Ustaz teman selalu pesan...
Ringankan beban,ringankan beban...
Teman tak faham sebenarnya,bila ustaz terangkan,baru teman faham,beban yang di maksudkan bukan berbentuk barang tapi masalah kita di dunia,samada dengan orang,dengan binatang.
Maafkan dan memaafkan itu sewajarnya.
Bila kau orang sanggup edit gambar ustaz,teman rasa......
Kau orang tak takut balasan ALLAH...
Senang kata....tak takut ALLAH!ungkapan paling tepat.

Teman akui pendakwah bukan malaikat,tapi..setidak2nya pilih2 le ustaz sikit.UAI tu dah terlebih isteri tuuu!Isteri dia bukan s…

LUAHAN HATI 2 ORANG IBU..

YANG MERINTIH SEDIH.

Sebelum balik,biasanya kami salam2 sesama sendiri.
Kak Nora tarik tangan teman...
Dia kata..
Anak akak ada datang rumah?
Teman kata...
Ada,baru2 ni ada sekali je kak,pukul 12 malam.Kitaorang dah nak tido dah masa tu..
Kak Nora kata..
Akak malu dengan awak,akak dah bagitahu anak akak,jangan datang rumah awak malam2,awak tak suka.
Teman jawap..
Bukan tak suka kak,dah malam.Kawasan rumah saya tu orang tak ramai.Takut2 nanti diaorang bersidai,datang orang jahat bawa parang bagai!mana nak lari?
Kak Nora jawap...
Yalah,akak faham,akak dah pesan dengan anak akak,jangan buat macam tu lagi..
Dalam hati teman...kesianya Kak Nora,dah tua kot...masih menagih simpati anak.
Teman tanya..Kak!anak akak tak ambil SPM ke?
Dia jawap..
Ambik!tapi sebagai calon persendirian.
Teman tanya lagi..dia tak sekolah ke kak?
Kak Nora jawap..
Dia tak boleh sekolah,Cikgu nasihat dia berhenti sebab dia suka maki hamun cikgu!pantang di marah,dia balasnya balik.Akak tak tahu nak buat macam mana lag…

ANGIN KENCANG MAIII LAGI...

Image
KALI INI KAT KLANG JE...

Muhasabah diri sat...
Jangan fikir ini semua kebetulan..
Jangan fikir ini semua hanya angin biasa..
Tapi...
Jadikan ianya satu petanda yang kita semakin leka.

Sana sini orang perlekehkan hukum.
Sana sini orang mengutuk ALLAH
Sana sini orang berani mengutuk Rasul..
Sana sini!
Orang mula berani memperkatakan dan mempersoalkan siapa TUHAN?

Contoh 1


Contoh 2


Contoh 3


Contoh 4


Contoh 5


Dan...
Banyak lagi kesilapan yang kita buat..
Apalagi yang kita nak katakan lagi?
Semua dah terang2 berlaku...
Sana sini!orang dah tak takut tuhan.Tak kira bangsa,semua dah mula fikir mereka hidup dari usaha sendiri.
Mereka kaya atas usaha gigih sendiri
Mereka bahagia atas kesabaran mereka sendiri.
Pendek kata...
Mereka dah tak ada tauhid dalam hati.
Mereka dah tak peduli siapa yang cipta dunia,siapa yang cipta makhluk.
Yang mereka tahu...
Makan,tidur dan bersukaria je.
Tak kira bangsa!
Semua sama je..

Pesan anak2...
Jangan pandang sepi semua ni..
Bala datang tak kira masa..
Jika ALL…

HAPPY DEEPAVALI

UNTUK KAWAN BERBANGSA INDIA.

Mesti kawan2 teman sedang sibuk buat maruku,buat kuih2 yang istimewa.
Teman terpanggil nak ucap HAPPY DEEPAVALI untuk semua.
Sebenarnya teman tak boleh meraikan perayaan agama bangsa lain.Tapi...
Nawaitu teman hanya mengucapkannya sekadar menghormati kawan2 India teman.
Itu je,tak ada niat lain.

Sempena hari bahagia ini,teman teringat Citra yang kematian ayah hujung bulan lalu.
Teman tanya...
Citra!macam man raya ini?Citra sambut ke?
Citra jawap..
Tak kak!saya tak boleh sambut.Kalau mahu sambut saya kena pergi rumah orang lain.
Teman tanya lagi...
kenapa Citra?
Dia jawap...
Sebab ayah saya mati dalam rumah saya kak.Dalam Hindu,kalau orang mati dalam rumah kita,satu tahun saya tak boleh sambut apa2 pun!
Teman pernah dengar,kawan2 teman dah beritahu teman sejak dulu lagi termasuk mak Rajah anak didik teman dulu.
Mereka yang kematian ahli keluarga tak boleh sambut apa2 pun.Maksudnya tak boleh berpesta bagai!
Teman tanya...
Boleh pakai baju cantik2 ke Citra?
D…

PELAJAR BARU...

HIDAYAH MILIK ALLAH..

Benarlah...
Hidayah milik ALLAH.
Ana yang teman kenali dua tahun lalu begitu beriya2 nak mengubah diri.
Orangnya kurus tinggi..
Usia sama kot dengan teman atau teman tua lagi...
Entahlah.

Awal tahun lalu,teman jumpa dia di sekolah anak2.
Teman pun tak tahu,teman jumpa dia di mana...Yang pasti,dia cukup peramah dan bersahaja.
Teman senang berkawan dengan orang biasa biasa ni..
Tak payah nak melayan banyak ragam.Tak payah nak berlumba jenama terkini.Kepala pun tak sakit,hati pun tak kecewa.
Hehehe

Aku nak berubah lah!aku nak berhenti kerja...
Itulah luahan hatinya..
Teman hanya mampu kata...
Baguslah!
Dia tanya...
Kau ikut kuliah kat mana?
Teman jawap...
Alaaa kat pekan tu,ada masjid depan CIMB tu...
Dia jawap...
Ooo..kat situ,aku rasa nak pergi lah!
Teman hanya kata...
JOM!
Teringat kempen pegang anjing,tapi kali ini kempen teman berbunyi...JOM GI KULIAH!supaya tak jadi JAHIL seumur hidup!

JAHIL ni ada dua jenis:
1)JAHIL BASIT-orang yang tak pandai hukum hakam dal…

RAKYAT MALAYSIA PALING PEKA

Image
HINGGA BAJU CIKGU PUN MEREKA PERHATIKAN.


Macam2 komen yang teman baca..
Ada yang suka ada yang benci ada yang jatuh cinta!
Bagi teman..
Tiada masalah.
Cantik dan bergaya.
Bagi teman...
Cikgu cantik salah satu dari daya penarik jika di bandingkan dengan cikgu yang ala ala nak gi paso!

Teman sendiri suka pada kecantikan.
Walaupun kita tak cantik macam Maya Karin.Kalau kita kemas itu lebih baik daripada kita cantik tapi comot.
Teman perhatikan ada cikgu2 yang cantik dan bergaya.
Dan
Ada cikgu yang yang asal boleh.Pakai baju macam dok rumah,pakai baju tapi tak ada imej pendidik.

Teman bukan nak puji diri sendiri.
Teman gi paso pun macam nak gi KLCC.
Dengan baju sedondon tudung.Kasut tinggi seinci dua .Dengan lipstik merah bata.Spek mata kat kepala...
Pulamak!mengalahkan orang keje OPIS!

Pernah di tanya...
Nak pergi mana?
Akak nak gi paso,beli ikan...
Mak aii!pergi paso macam ni punya lawa ke kak?
Teman jawap ringkas je...
WALAU DI MANA KITA BERADA...IMEJ DIRI TU PENTING!

Teman tak nampak d…

KEMPEN TERKINI...JOM PEGANG ANJING..

Image
JOM!JANGAN TAKUT....JOM!JOM!..

Hehehe...
Macam2 dunia zaman sekarang.
Ada kempen pegang anjing lak!
Lagi bijak manusia lagi banyak perkara yang pelik mereka lakukan.

Kempen ini di anjurkan oleh seorang anak muda bernama Syed Azmi Alhabshi di Central Park,Bandar Utama.
Sahabat tanya...
Are U sure?Ada kempen ni?
Teman jawap...YES!
Sambil tunjuk cerita tu di mukanya.
OMG!macam tak percaya lah!
Teman kata...
Tak tahu nak kata apa lagi...


Inilah penganjur  I WANT TO TOUCH A DOG!
Anak orang islam yang dan terbuka minda untuk pegang anjing.Almaklum...beliau ni belajar jauh,Kat france sana!luas lah pandangan,hingga dah tak tahu apa2 pun..
Dia menulis dari awal bagaimana dia boleh berani memegang anjing.
Di hari tu juga ada sukarelawan,ustaz,Doktor yang bersedia untuk memberi pencerahan.
Sesiapa yang ada kemusykilan tentang anjing boleh bertanya pada mereka.
Yang Pasti!kempen JOM PEGANG ANJING adalah untuk menerangkan bahawa..
Kita boleh pegang anjing dengan syarat kering dengan kering dan sea…

JIRAN TEMAN YANG BERMASALAH

SUKA GADUH TAK MENGIRA WAKTU

Sejak teman pindah sekitar tahun 2010.Jiran teman memang suka bergaduh!
Tak gaduh dengan suami,dia akan gaduh dengan anak2.
Tak tahu le apa masalah dia sebenarnya.

Seawal pukul 5 pagi,keluarga ini dah bangun dan mula bergaduh.
Hari2!
Mula2 dulu terganggu juga..
Lama lama.....
Alah bisa tegal biasa.

Siang tadi,teman di kejutkan dengan jeritan di selan selikan dengan bunyi HON yang kuat dan panjang.
Hampir setengah jam,riuh rendah tu keudara.
Terganggu juga le kan?
Lepas zuhurkan selalu kita nak melelapkan mata atau nak rehat2 kan badan.
Kalau dah memekak macam tu!
Mana boleh tahan?

Teman hanya memerhati dari rumah.Jelas kelihatan..
Wanita Cina ini menjerit memanggil seseorang sambil di selang selikan dengan HON!
HON!bla,bla,bla...HON!bla,bla.bla...
Bayangkan?
30 minit maaaaaa!boleh naik darah!

Teman call jiran depan rumah...
Teman tanya..
Apasal itu jiran bising2?
Dia jawap...
Biasa maaa....kitaolang sulah biasa,itu pasal tak buka pintu...
Teman jawap...
Ya…

SUAMI TEMAN..

DAN JUBAH BARUNYA..

Raya Adha lepas,suami teman ada beli sepasang jubah pendek. Masa kat kedai,dia kata.. Nanti kamu pendek kan sikit lengan baju ni.. Teman macam biasa beri jawapan ringkas... OK!
Sebelum raya dia ada tanya... Dah pendek kan lengan baju? Teman jawap... Nanti saya pendekkan...
Esok lusa tulat.. Akhirnya sampailah hari yang di tunggu tunggu..
Dengan jubah lengan pendek suami teman bergaya sakan menyambut raya.
Teman pun sama...
Walaupun baju lama..
Tapi..
Boleh lah dari tak pakai baju langsung!
Hehehe...

Sebelah petangnya..
Kami ada jemputan makan makan di rumah seorang sahabat.
Sebelum pergi,suami teman kata..
Tak mahu lah pakai baju ni.Lengan dia menjejeh!(maksudnya lengan tu labuh lagi lah tu...)
Teman hanya kata...
Ya ke?
Dia kata lagi..
Ya!tengok ni...labuh lagi lah!kamu potong ke tak?
Teman jawap..
Potong!seinci je macam yang kamu nak tu..
Suami kata...
Kalau dah potong kenapa labuh lagi?
Teman balas..
Mungkin kena 2 inci kot?
Akhirnya dia sendiri kata...
Mungkin …

LANJUTAN EKSEKUTIF TV9 YANG MATI 2THN LALU...

HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU DUDUK PERKARA..

Masih ingat kisah kes eksekutif TV9 yang mati bunuh diri?
Tak ingat?
Ish,ish,ish...
Macam orang tua lah!patut le Tun Mahathir kata melayu mudah lupa.
Baru berapa tahun je,dah lupa..ish!

Suami dia kata...dia tak bunuh tapi...isteri tu yang membunuh dirinya sendiri..
Tapi...
PDRM tak bodoh...
Suami itu ingat,apa yang dia kata orang lain boleh terima bulat bulat!
Jangan harap!
Akhirnya dia di tahan atas tuduhan membunuh isteri sendiri.
Walaupun dah 2thn berlalu,teman masih ingat lagi..

Apa yang teman ralatkan,kenapa tergamak bunuh isteri sendiri.Kalau kat luar negara,teman tak pelik sebab mereka yang melakukan perbuatan tu kebanyakkannya bukan islam.
Bila orang islam yang lakukan.teman rasa terpana!
Kaku dan malu...
Agama teman sangat istimewa,banyak perbuatan yang dilarang.
Larangan tu bukan lah maksudnya mengongkong,tapi halangan dari melakukan perbuatan yang keji.Sebab tu kita ada adap.
Islam mengajar kita perkara yang baik2 je,islam tak se…