Posts

Showing posts from November, 2014

Bersyukur Keputusan Cemerlang UPSR Dengan Memilih Sekolah Agama & Jangan...

Image
SETUJU USTAZ!



Teman pun tak berapa suka dengan gelagat segelintir ibubapa yang membanggakan kejayaan anak2.
Tayang sana sini...
Syukur Alhamdulillah...Anak mama pelajar terbaik!
Syukur Alhamdulillah...Anak mama cemerlang.
Bangganya macam anak2 tu dah masuk Universiti!
Baru UPSR je kot?

Kita memang rasa kembang buntot bila anak2 berjaya.Teman rasa cukup lah kalau setakat simpan di hati.Tak berapa elok di paparkan di muka buku di khuatiri mengecilkan hati ibubapa yang anak2 tak cemerlang.
Teman selalu layan anak kecil berbual..
Bila dia dapat nombor 8,teman bising2..
Teman kata padanya...ibu ni baru nak kembang punggung!adik dah dapat nombor 8,penggal pertama dapat nombor 3,penggal ke dua dapat nombor 2!penggal ketiga!turun sampai nombor 8?
Nak tahu apa dia..
Kalau dah macam tu,tak payah lah kembangkan punggung tu?
Tak benggang ke dengar jawapan dia?
Kadang2 bila dia cemerlang,teman punya lah suka,sampai dia pulak pesan kat teman..
Ibu jangan nak masukkan FB tau!
Hahahaha...
Ternyata an…

MENANTU ANGKAT DERA BAPA MERTUA ANGKAT

Image
ALAHAI..ANAK2 SEDO LE DIRI TU..


MUAR kampung teman,rumah atok teman seberang sungai Muo. Jembatan lama tu! Jembatan yang sesak tahaf gaban jika ada cuti2 umum.
Tapi..Pak Cik Jamil dok kat Ayer Hitam. Tempat orang cari barang kraftangan untuk kahwin atau hiasan rumah. Kat traffic light masuk ke pekan Ayer Hitam ada banyak penjual kutu bambu yang enak2 belaka.Jika teman balik ke selatan,teman akan singgah untuk beli kutu bambu sebagai buah tangan keluarga.
Sepeket ada 6 gulung hanya berharga RM2.50 sahaja.
Patut le menteri kata mana ada barang NAIK HARGA?
Nak di jadikan cerita,pagi tu jam tunjuk pukul 4 pagi,anak dan mertua bertengkar.Pukul 4 pagi dah bangun,mesti diaorang bertahajjud kan?Untungnya kalau begitu!ruginya...jika bangun hanya untuk bergaduh sakan!
Apatah lagi,bergaduh dengan orang tua!tak sempat tobat mahu masuk NERAKA!
Selisih kan?Mintak2 kita tak tergolong jenis manusia begini.Aminn.

Pak Cik Jamil yang malang telah di pukul dengan jota dan kemudian di simbah dengan air pa…

APABILA MASHITAH DOK KUTUK USTAZ USTAZAH SEGERA..!!

Image
POLITIK MALAYSIA SEMAKIN CELARU!



Luangkan masa anda,dengar lah..
Luahan Ustazah Mashitah tentang artis,pelakon,penyanyi yang berubah arah kepada kebaikan tapi..Mashitah tergamak panggil ustaz dan Ustazah SEGERE!
Mashitah nampak OVER sangat!selalu nampak kat TV sopan bagai!duduk bersimpuh penuh adab.
Pijak semua tak mati!
Tapi kali ini,dengan wajah semakin cantik berseri,Mashitah terus bersuara,walaupun secara tak langsung telah mengecilkan hati ustaz dan ustazah segera serta telah mengecilkan hati ustaz Bollywood!
Ustaz Bollywood?
Yee...Ustaz yang ngaji berlagu irama Hindustan tu!

Ustaz teman selalu pesan...
Jaga lidah,jaga lidah..
Tapi nampak gaya,Mashitah tak jaga lidah langsung!Main cakap ikut sedap mulut je..

Apa masalah artis jadi pendakwah?
Kebanyakkan mereka bukan bercerita pasal Fekah,Tauhid,Tasawuff atau sebagainya.Mereka kongsi pengalaman hidup je.Tak pernah pula teman dengar Abby,Aishah ajar mandi junub!Yang selalu teman dengar,mereka hanya ceramah bab dunia je,mereka cuba …

ORDER PIZZA..

TUNGGU SAMPAI MALAM!

Anak bujang teman lapo..
Kebetulan hujan,perut lapo sepanjang masa.

Suami orderkan Pizza, dari pukul 9.41 malam hingga pukul 11 masih tak sampai2.
Mula sabo juga,almaklul hujan...
Bila teman bunyi sikit,anak lelaki teman kata..Ibu ni!hujan kan?sabo le..
Teman jawap..adik dah tido,tunggu pizza.

Teman call talian terus,teman tanya..kenapa order saya lambat sangat?dah nak pukul 11 malam.
Mereka pun terperanjat,kenapa masih tak sampai sedangkan budak tu keluar pukul 10 malam.
Teman tanya lagi...kalau saya cancel order boleh?
Mereka jawap...tapi budak tu dah keluar Miss..
Teman kata lagi...sebab terlalu lama,anak2 saya dah tido.
Mereka diam je,dan ulang untuk cuba cari budak penghantar Pizza tu.
Teman kata...
Oklah,kamu cari budak tu dan pastikan dia datang cepat!
Mereka jawap..Baik Miss..

Teman tunggu lagi....
Tetap tak sampai,badan dah sejuk panas.Hati dah macam nak marah je...
Tetiba teman dengar bunyi motor,teman suruh anak lelaki teman jenggok siapa di luar sana.
PI…

BAPA RAKAM GAMBAR BOGEL ANAK

APA NAK JADILAH BAPAK ZAMAN SEKARANG?

Anak baru je umur 14thn,ayah?
Pastinya dah tua bangka kot?
hahahaha!
Biar teman pekse ya....
SAH!45thn umurnya.Pasti dah kereput luar dalam.
lelaki tak tahu malu!anak sendiri sanggup di intai,dirakam berbogel macam ni...
Kurang ajar!

Makin menjadi jadi pula kes2 macam ni.
Nak kata binatang?
lelaki ni manusia...
Nak kata gila?
lelaki ni siuman,ada isteri lagi...
Tak cukup dengan isteri anak pula di cabulnya.
Mujur le si ibu terjumpa gambar2 anak tu kat HP,kalau tak...
Mula di raba,di cabul...lama2 pasti di tenggeknya.
Subhanallah!Macam SYAITAN!

Bila baca berita macam ni,teman rasa malu sebenarnya.Apa yang lelaki ni hendak sebenarnya?
Seks?
Isteri kan ada..
Seks?
Pelacurkan ada...
Tergamak buat kat anak?
ish,ish,ish..
Nampak sangat ayah ni dah gila,serta kurang iman dalam diri.

Ustaz teman ada berpesan..
SOLAT pendinding kita.Jika kita bersolat,sekurang2nya kita tak akan lakukan perbuatan macam ni.
SOLAT akan buat kita sentiasa takut pada ALLAH.
Tu …

YURAN PENGAJIAN AKAN NAIK!

20% TAHUN DEPAN..

Masa baca berita ni,teman terkedu.
Mak aii!NAIK?
Kesian le suami teman cari duit nak tampung kos anak2 belajar.
Yang sulung kat IPTA,yang ke dua kat IPTS.
Kedua2nya teman biaya sendir.
Tahun hadapan bakal menyusul seorang lagi...
Maknanya kami kena tanggung 3 kepala dengan kos yang semakin tinggi.

Teman rasa kecewa dengan apa yang berlaku.
Yang pasti....
Bila pembangkang minta PENDIDIKAN PERCUMA!
Ada rakan taulan yang tak setuju!ada yang sibuk mempertahankan tindakan kerajaan.
Ada rakan taulan yang kata...kalau semua percuma,MATILAH!
Kalau semua percuma!mana kerajaan nak CEKAU duit?
Pendek kata....
Macam2 persoalan menyebelahi kerajaan.

Kerajaan tu macam kitalah kan?
Anak2 tak peduli mana si ayah dapat duit nak tampung hidup.
Anak2 tak kisah pun...si ayah kerja siang malam.sebab dah itu kerja ayah!
Anak2 tu kan amanah ALLAH kat kita.Bagaimana sekali pun,kita yang kena cari punca untuk jaga mereka.
Macam kerajaan juga,mereka di amanah untuk jaga kita,jaga negara..
Jadi…

ISTIKHARAH SEORANG ARTIS

Image
YANG BERNAMA AMALINA

Dia ni bukan penyanyi pilihan teman.Walaupun teman kenal dia,cuma melalui pembacaan dan dengar lagu2 dia diradio.
Dulu...dia aktif,tetiba hilang dan kehilangannya juga menjadi hangat dengan kenyataan keluarganya di dada akhbar.
Teman baca je...
Jangan le pulak kata teman kaki gossip ya..

Lama dia menyepi,tetiba keluar dah bertudung litup.Teman hanya baca je..
Teman tak ambil kisahlah,diaorang nak bertudung ke?nak bogel ke?teman tak ambil tahu langsung..
Ini semua suka duka orang glamour.
Sebagai manusia,kita suka lah dengan perkembangan baiknya.
Tapi...bila tetiba dia keluar dengan imej tak bertudung.Bila di tanya dia jawap..
Saya tak pernah bertudung,saya memakainya hanya untuk mengelak dari di kenali oleh orang ramai.
Oooo....gitu ke?
Oklah kalau macam tu!ikut suka hang lah!

Semalam,terbaca pula status baru...


Dia dah buat 3 kali solat istikharah.Persoalannya?
Boleh gitu?
Solat istikharah ni kan solat mohon petunjuk?
Boleh ke?
Teman rasa sangsi.Tak kan lah ALLAH…

CUTI SEKOLAH PUN BERMULA...

ANAK2 TEMAN MULA BOSAN.

Cuti sekolah baru je bermula.
Tapi Sekolah Agama berjalan seperti biasa..
Walaupun tak belajar macam selalu,paling utama anak2 kena mengaji sampai cukup bulan.
Ustazah As tak mahu makan duit ibubapa percuma.Dia mesti ajar sampai hujung bulan.
Teman kata..
Alahai,tak pe lah As,kalau dah cuti,biarlah cuti..
As jawap...Tak boleh kak!saya tak boleh makan duit ibubapa macam tu je!
Teman hanya jawap...terpulanglah..
Dalam hati,bukan apa As,akak malas nak keluar rumah untuk hantar anak2.
Tu je...

Ngaji tambahan hanya untuk seminggu ni je,minggu depan,depan dan depan..
Anak2 akan berkubang dalam rumah.
Welawehhh!!pengsan le teman...
Tak habis2 masak,tak habis2 kemas rumah,tak habis2 basuh baju,lipat baju...
Pengsan le teman...
Alamat,tangan teman tak sempat kering le jawapnya.

Anak2 teman suka gaduh,satu hari tak gaduh....TAK SAH!
Hari2 mesti gaduh punya!
Teman berani makan cili kalau satu hari dia orang boleh hidup aman damai.
Teringat teman zaman kecik2 dulu...
lagi …

ANAK 'BUANG' IBU KERANA SELISIH FAHAM..

MAK AII...SEBAB SIKIT JE KOT?

Banyak sungguh kes2 melampau ni..
Rasa2nya zaman sekarang ramai yang tak takut balasan TUHAN.
Hanya kerana menyangka ibunya menyebarkan cerita keluarga kepada orang luar,seorang anak tergamak meninggalkan ibu yang berusia 74thn tadi di hadapan rumah adiknya yang dah 20thn tidak ditemui.
Si anak yang berusia 38thn telah meletak si ibu di hadapan rumah tersebut BEGITU SAHAJA TANPA SALAM.
Sebenarnya kita tak tahu cerita sebenar,bila kita baca...Mungkin benar si ibu ada buat cerita,sebab teman pernah jumpa,seorang bapa suka cerita aib anak cucu.kalau kita tanya...
Dah makan Pak Cik?
Jawapannya tak pernah SUDAH!madang belum makan,walhal,kat tepi bibir ada nasi.
Bila teman tak de keje,suka borak2 dengan dia,bila kita tanya pasal anak2 dan isterinya.Tak pernah jawapannya positif,madang negetif!
Teman tak pelik sebab teman kenal anak2nya.Mereka baik,jaga ayah dengan sempurna.

Dalam kes macam ni....
Kita rasa anak tu tak patut buat macam tu!DOSA!
Kita rasa,walau m…

RESTORAN ALI MAJU,SETIAWANGSA

Image
BERSIHKAN MEJA GUNA MOP!



Buekkk!pengotoh!sebab tu le teman tak selera nak makan kedai2 Mamak.Kalau teman makan pun sebab TERPAKSA!musafir tak boleh memilih.Makan apa je asalkan kenyang.Tapi..jika di beri pilihan sanggup lagi teman makan roti Gardenia 80sen tu!

Suami teman selalu perli teman...dia kata...Memilih konon...
Tang ni yang buat teman terpaksa rendahkan diri.Tak mahu le dikatakan kacang lupakan kulit.Almaklum,dulu2 masa teman kecik2,abah teman selalu bawa makan kedai Zam Zam kat Jalan besar.Masa tu teman makan dengan lahapnya,Mee goreng mamak SATU!Fuhh!berpeluh peluh kami habiskan.
Selalu teman ngadap mamak tu masak....
Mula2 dia campak cili kisar,campak mee beserta taugeh dan sawi,ktang ktong! letak sos tomato letak kicap...ktang2 ktong!tepikan mee semua dan pecahkan telur,ktang ktong.....SIAP!
Meleleh air liur teman masa tu...
Makan sampai licin.
Tapi tu dulu......................
Zaman teman tak tahu kebersihan lagi.
Zaman yang ALLAH je lindungi teman.
Lepas mee goreng mam…

DRAMA MALAM INI..

'JAHIL..'

Dah lama tak menonton drama segala drama kat TV.Bukan tak sudi tapi tak sempat!
Mak aiii....macam keje jaga peluru kan?
Bukan drama melayu je teman tak tengok tapi...semua drama kat TV teman dah lama tak menontonnya.Kecuali Tanyalah Ustaz,itu pun dapat menonton setengah jam je,itu pun bukan mengadap TV tapi hanya memasang telinga dari dapur.

Sahabat selalu bertanya..
Tengok tak drama semalam?
Teman jawap..Tak...
Sahabat teman kata..u buat apa?
Teman sendiri pun tak pasti.Yang teman tahu...dah lama teman tak menonton TV.
Tu je...

Semalam tergerak hati melihat drama kat Oasis,teman nampak Kak Fauziah Nawi rakan FB teman promote kat wall.Dalam hati...ok juga,macam sedap je ceritanya.
Teman pun tunggu,tepat pukul 10.00 malam.Teman terus melekatkan punggung atas kerusi depan TV.Dah beri amaran pada anak2,JANGAN TUKAR!

Ceritanya mudah nak faham...kisah seorang lelaki yang dah lama leka dengan agamanya sendiri.Mujur ada emak yang sentiasa mengingatkan dia tengah solat,tenta…

PENATNYA JAGA ANAK...

KADANG2,RASA NAK PITAM!

Ada seorang sahabat call teman...
Dia ceritakan dengan penuh perasaan alkisah anak jantannya.
Dia kata...anaknya itu amat menyakitkan hati!Malas belajar,kalau belajar pun jenuh bersuruh!
Malangnya lagi,anaknya itu berkawan pula dengan kawan2 yang kurang memberangsangkan.Leka dengan hiburan,leka dengan motosikal.
Dia kata..anaknya pantang nampak hari siang,mulalah panas punggung.Tak boleh langsung duduk diam.Selalunya akan keluar ikut kawan.
Walaupun di tegah,anak dia tetap mahu keluar berhibur siang dan malam.
Teman diam je..
Teman tak tahu nak cakap apa!
Dia bercakap bak peluru berpandu!Sesekali bunyi hembusan hingus tanda dia menangis.
Dia kata lagi...SPM tak habis lagi,sedangkan anaknya tetap sama.Di marah di leter,dia tetap sama...
Mungkin dah lali dengan teguran si ibu.

Pakar motivasi selalu pesan,jangan berleter,nanti anak2 jemu.
Masalahnya!
Lagi tak leter lagi tak marah!
lemak lagi tebal!
Teman faham,sebab teman pun ada anak2,tu yang memahami sungguh!
Pe…

NAIK MINYAK LAGI!

Image
KALI INI BUKAN NAIK MINYAK TAPI....POTONG TERUS SUBSIDI.

Sahabat tanya...
Kenapa tak tulis pasal isu ni.(kenaikan minyak)
Teman balas....Malaslah,saya tak ikuti sangat..(kataku berbohong walaupun aku tahu mengenainya)

Pada teman,itu semua bukan kerja kita.Sebagai rakyat kita hanya akan di pergunakan masa mengundi je.
Selepas mengundi.....BOLAYAN!
Siapa nak layan kita?
Semua yang kita bangkang tak pernah di ambil kisah pun.
Semua yang kita tak suka,pemerintah buat juga!alasan....kenaikan yang tak boleh di elakkan.Kenaikan yang boleh membantu orang miskin.
Teman tak faham dan terus tak faham...



Kenaikan minyak akan menandakan kenaikan semua benda kat pasaran.
kadang2 bila gi kedai,tawar menawar dah tak ada...
kalau kita buat tawaran,peniaga acuh tak acuh je dengan kita.
Nak tahu kenapa?
Tak ada kaedah tawar menawar lagi..
Semua harga dah tetap dan tak boleh diubah2 lagi.
Semua harga dah di letakkan kat dinding..
Tengok je le..
kalau rasa mampu,beli..
Tak mampu,beli le ikan keli..

Air su…

CELOTEH ANAK.

SEMPENA MAJLIS AKHIR TAHUN.

Esok,sekolah agama anak2 ada buat majlis penyampaian sijil bagi yang berjaya.
Bagi yang tak berjaya,cuba lagi di lain kesempatan.

Tahun lalu,anak perempuan teman dapat juga naik pentas.
Sebagai penerima anugerah dan sebagai penyanyi nasyid.Boleh le teman tumpang gembira.
Tahun ni,nampak gayanya tak ada le anugerah bagai sebab MALAS KAN?
Nak hadiah apa kalau sekadar dapat nombor 8!

Tapi..dia beriya iya kata dia dapat hadiah.Teman punya le sakit hati!
Teman tanya..
Adik kan dapat nombor 8?macam mana pulak ada hadiah?
Dia jawap...ya...cikgu cakap saya dapat hadiah!
Hati teman mula mendidih,suhu dah naik tinggi...
Dia nak pergi juga ke majlis anugerah tu.
Tangisan mula kedengaran,teman rasa macam nak jadi HULK!
Dalam hati...sabo ibu,dia masih kecik lagi,tak faham...
Teman pujuk lagi..
Adik,awak dapat nombor 8,mana boleh cikgu kasi hadiah,biasanyakan cikgu akan kasi hadiah pada murid2 yang dapat nombor 1 hingga 3.
Dia jawap...betul!cikgu cakap saya dapat hadiah,…

PEKERJA TEMPATAN LAWAN PEKERJA LUAR..

BAK LANGIT DENGAN BUMI!

Semalam...
Kakak teman call...
Dia kata...orang kita keje macam HARAM JADAH!
Dia kata...keje sehari,esok dah berhenti!
Dia kata..keje sehari,esok dah cuti!
Dia kata...suka cuti hanya untuk tengok kucing beranak,hanya nak tengok kakak beranak!
Dia kata...suka MC!datang haid pun ambil cuti!
Begitu mudah cara orang kita bekerja.

Teringat cerita suami..
Kawan seopis dia suka cuti.Sat sat cuti...sat sat cuti..
Bapa sedara meninggal...CUTI.
Sedara mara meninggal...CUTI.
Kawan meninggal...CUTI.
Sampai satu tahaf boss suami tanya..
Sedale dia manyak mati maa,dia bila mahu MATI?
Mak aiii!sampai ke situ boss dia berfikir.
Logiknya....betul juga,asyik beri alasan MATI je..

Kakak teman cerita lagi...
Kali ini,pekerja Taska cuti hanya untuk jumpa BF kat Sabah.Kelmarin baru cuti 2 minggu,hari ini nak cuti lagi 2 minggu.Orang lain nak cuti juga!kalau asyik dia je....payahlah!
Kakak cerita lagi,payah kalau pekerja jatuh cinta.HP asyik ditangan,senyum simpul sendirian,mula lala…

CADBURY TERKINI..

JAKIM ULANG KENYATAAN RASMI STATUS COKLAT  INI...

Ingat dah tamat isu ini,sebab teman tak ambik port pun...
Pada teman,sekali dah kata HARAM,maka HARAMLAH!
Sejak tu,teman tak lagi beli coklat ini.Pada teman,kita selagi kita was was...kita tak boleh makan walau apa pun terjadi.

Teman nampak kat kedai2,masih tersusun coklat jenama tu.
Teman tanya budak yang sedang menyusun atur coklat kaler ungu tu,
Dah boleh makan ke coklat ni dik?
Dia jawap..boleh kak..
Teman tanya lagi,kerajaan tak isytihar apa2 pun?
Dia jawap..
Saya tak tahu kak..
Itulah dialog biasa teman dan jurujual.

Baru sat,teman terbaca...
Jakim ulang kenyataan bahawa coklat ni HALAL.
Beriya iya JAKIM nak suruh kita semua makan coklat.
Sampai kena ulang2 kenyataan!
JAKIM Kata...Cadbury tu HALAL,punya sijil HALAL sejak 2004.
APA?
2004?
Selama ni tak HALAL ke?
ish,ish,ish...
Teman rasa teman dah makan coklat  ni dari teman anak dara lagi!masa tu teman masih muda belia..
Bila berkahwin,suami teman suka beli coklat ni dan ia menja…

BRIM 2015

Image
PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG!
Kepada sesiapa yang layak,sila daftar cepat sebelum terlambat. Kepada kawan2 teman yang tertunggu tunggu... Cepat!cepat!... Pendaftaran di buka mulai 1hn Disember 2014!

Walaupun Tun Mahathir kata BRIM adalah RASUAH kerajaan pada rakyat. Rakyat tak peduli!walaupun sikit...syukur..dapat juga.Boleh le dapat tambah duit untuk anak2 sekolah. Walaupun Tun Mahathir kata pemerintahan yang lemah sahaja buat begini. Rakyat tak peduli.Siapa nak kasi duit tambahan kalau tidak di zaman PM kesayangan. Masa Tun memerintah berpenggal penggal....rakyat tak dapat sesen pun.Tapi...di zaman Pak Jib... rakyat di manja dengan Bantuan Rakyat 1MALAYSIA.
Teman tak layak tapi teman dapat bantuan RM100.00 untuk anak2 sekolah. Teman tak hipokrit!teman gi ambil juga.Teman juga macam ayam di tabur jagung.Berkejaran ke sekolah.Dapat RM200.00 boleh juga teman buat beli kasut sekolah anak2 teman. Almaklum....orang biasa2.lagipun duit kita juga,kalau teman tak ambil akan masuk kat poket p…

BILA KITA DI MAKI.

Image
HATI JADI PANAS!


Ini bukan kes pertama.
Ini juga bukan kes terbaru!
Dah biasa...
Bila dah biasa terjadi,dia menjadikan kita lali.
Maki kaum lain,itu juga normal..
Mengapa?
Sebab kita dah saling tak menghormati di antara satu dengan yang lain.
Sebab kita dah hilang rasa sayang di antara satu dengan yang lain.

Mengapa wanita ini marah?
Mungkin sebab dia hilang pertimbangan diri,atau tak sedo diri!
Muahahaha!

Masa teman baca,teman tak rasa apa2 pun..
Teman anggap dia gila atau dia kurang akal.Tak timbul rasa marah sebab teman pun boleh maki dia sebegaimana dia maki bangsa teman.Tapi..
Tu hanya untuk puaskan hati sendiri.Teman tak luahkan sehingga orang lain dapat membacanya.
Teman maki dalam hati je...
Teman sumpah seranah dalam hati je...
Dia ingat dia je pandai maki?teman lagi terror lah!
Nak tahu kenapa?
Sebab teman ada akal!kalau teman layan maki hamun kat alam maya ni...
APA PUN TAK BOLEH!

Satu hari anak teman balik dari sekolah dia kata...
Kawan Cina dia kata MELAYU BODOH!
Kawan In…

KOS ARAK TERMASUK DALAM TIKET PENERBANGAN MAS?

BIAR BETUL?

Teman terbaca artikel ini..
Setiap penumpang MAS telah membayar kos arak yang di sediakan pada penumpang yang nak minum arak dalam tak sedar.
Macam mana boleh terjadi?
Teman pun tak tahu....
Teman semakin takut dengan kelekaan pihak tertentu.

Itu le sebabnya,jika kita memilih pemimpin atau individu2 yang mentadbir negara,kita kena cari yang berakal dan beriman.
Jika akal dan iman tak ada?
Inilah jadinya.Semua perkara di anggap remeh.

Nak tahu kenapa?
Mereka tak faham tuntutan agama sendiri.
Mereka tak belajar,nampak zahir pandai tapi rupa2nya...
JAHIL MURAKKAB.

Teman ada juga naik MAS,maknanya dalam diam,teman pun menyumbang harga ARAK?
Tapi teman tahu...
ALLAH maha mengetahui,kita tak salah!sebab kita tak tahu...
Orang yang tak tahu,di kira tak berdosa.Tapi bila kita dah tahu?
Bagaimana lak?
Bagi teman,kita mangsa keadaan..
Mereka yang mentadbir itu yang perlu menanggungnya.

Sebagai orang islam,kita tak boleh berurusan dengan benda2 yang di larang agama termasuk le arak.

BILA MANUSIA HANYA FIKIR KEUNTUNGAN..

Image
SEMUA JADI BERANTAKAN!

Telekung corak FROZEN
Mak aiii!telekung pun ada....
Teman tanya Aaliya...
Adik nak tak telekung ni?
Dia jawap...tak nak lah!
Teman tanya kenapa?
Dia jawap...banyak sangat barang FROZEN.Beg,baju tido,baju gaun..banyak sangat!saya tak minat lagi...
Teman pancing lagi..
Tapi ini telekung...
Aaliya jawap...tak nak!ALLAH tak suka.Ibu tengok le...ada rusa,ada orang...Kita mana boleh solat guna telekung ada corak macam ni!
Dalam hati...
Hahahaha!budak kecik macam Aaliya pun tahu fikir,macam mana le orang yang mencipta telekung corak ini boleh tak peka.
Teman tanya lagi...
Siapa ajar adik?
Dia jawap...saya tahu sendiri.Mana boleh bawa solat telekung corak macam ni?kalau bunga ke...boleh le...

Sedih teman fikirkan,keterlanjuran manusia mencari rezeki.Asal boleh je!
kalau ikut trend semasa pun,jangan le sampai di kaitkan dengan agama.kalau ya pun corak ni jadi kesukaan kanak2,jangan sampai kita terlupa diri.
Mula2 suka2,lama2 orang dah tak kisah atas alasan alahai...kanak…

BON JOVI ALWAYS

Image
DALAM DIAM HATINYA ADA TAMAN..




Kawan2 seusia teman,pasti kenal penyanyi rock ni.
Teman tak le minat beno kat dia,cuma lagu2 dia tu pernah le teman dengo..
Bila sebut nama dia,pasti teman kenal....
walaupun macam2 cerita kalut yang dia buat.

Lama tak dengar cerita dia..
Mungkin lambakan penyanyi baru buat dia terpinggir..
Mungkin le...
Baru sat,teman terbaca tentangnya..
Dia dah berniaga rupanya...
Buka restoran yang pasti serba mewah.
Restoran yang di beri nama,The Soul Kitchen terletak di Res Bank,New Jersey.Menariknya restoran Bon Jovi,ialah....orang miskin tak perlu bayar atee 5 sen pun!
Menarik kan?
Di restoran ini,tiada harga di menu,sesiapa yang ingin makan,hanya perlu meninggalkan USD20 di sampul surat yang di sediakan.Dan jika pelanggan yang datang itu berkata aku lapar,restoran Bon Jovi akan tetap memberi mereka makanan.Cuma Bon Jovi pesan,dia tetap ingin pelanggan yang miskin melakukan sesuatu untuknya iaitu melakukan sesuatu sebagai balasan iaitu pencuci piring atau sukarel…

PENGAKUAN SUAMI CURANG

NAMPAK SANGAT SUAMI2 KAT DUNIA NI PENTINGKAN DIRI.

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik,yang baik dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat,abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.

Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan bat…

INGAT LOLA?

Image
ALAHAI..PEREMPUAN YANG TINGGALKAN ANAK SAMPAI KERING TU!

Ingat LOLA?
Tak ingat?
Ingat FIRDAUS budak OKU yang kena tinggal kat rumah usang.Masa jumpa budak tu dah tak rupa orang?
Ingat?
Bagus!mudah keje teman...
Lola dah di jatuhkan hukuman 7 bulan penjara dan denda RM10k SAHAJA!
Suami isteri yang pukul anak kat Sweden kena penjara 12 bulan,tapi Lola kena 7 bulan je.tu pun bermula dari tarikh penangkapannya.Makna baki hukuman tu hanya tinggal 4 bulan je lagi.
Untunglah Lola...
Lepas keluar nanti boleh le tebus kesalahan dengan anak tu ya.

Sahabat kata...
Kita cakap macam tu,tapi si Lola tak pernah pun nak jumpa anak tu dan tak ingin nak jaga pun...
Teman tanya...ya ke?
Sahabat kata ya....Dia tak pernah pun buat permohonan nak jumpa anak dia tu.Walaupun di galakkan oleh JKM.Dia kata...lepas keluar penjara dia tak akan tuntut anak tu lagi.Pendek kata...anak dia tu dah diserahkan bulat2 pada JKM.
Teman kata...
Ya ke?insaf ke tak tu?
Sahabat kata...Hanya ALLAH je yang tahu.

Teman cari makl…

DALAM DIAM KAMI MULAI MENYAYANGINYA..

TOM DAN LUCKY..

Dulu..
Teman tak pernah terfikir nak bela kucing.Selalu teman elak dari membela sebarang binatang dalam rumah.Bukan membenci tapi...
Bimbang tak terurus nanti.

Dulu...
Teman selalu elak dari membela sebarang binatang walaupun pernah juga mencuba.Beli Hamster,bela kucing yang orang bagi masa beli ikan kat paso.
Malangnya..
semua tak menjadi.
Kedua2 kucing mati 'kering'
Hamster teman beri kat Nateni,pembantu teman,simpan kat rumah pun tak jadi apa.Anak2 teman geli lihat binatang kecil yang comel tu.

Teman tak berapa suka bela binatang sebab..
2 anak teman pengidap alahan.
2 anak teman tak suka kucing,nampak kucing terus stress!takut bukan main!Pernah teman pergi makan kat kedai,puncanya hanya kucing datang meleset kat kakinya,dek takut..dia menangis terjerit2!,malunya teman bukan kepalang.Sejak tu,kami tak dapat menyinggah makan kat kedai tu lagi.Baru nampak simpang anak teman dah pucat gigi!
Akhirnya.....kami tak lagi ke situ.Segala makanan yang kami minati dah …