Posts

Showing posts from 2015

PENGALAMAN FLIGHT DELAY...

Image
LEBIH DARI 6JAM.

Malam jumaat lepas,sepatutnya kami berlepas pulang je Malaysia.Sepatutnya juga kami sampai Kolompo pagi esoknya.
Mahathir hantar kami lebihkurang pukul 7mlm,flight kami pukul 2.30pagi.Makanya tersadailah kami hampir 7jam di tambah dengan penerbangan yang tertunda sebelum ke hotel,kami dah melepak macam gelandangan lebih dari 7jam.
OMTUHAN!letihnya...
Makanan hanya snek2 yang berbaki dari Malaysia.Nak makan takut,nak minum pun takut.
Ada Starbuck hati was2,kat Malaysia dah HARAM tak kan di Beijing HALAL kan?

Orang kata Darurat.Tak adalah istilah tu untuk kite,baru tak makan berapa jam.Orang Syria tu entah berapa hari tak makan tapi still sihat kan?
Jadi belajarlah menahan lapar.

Lepas Pihak Airport declare tutup,kami di beri bilik hotel.
Berdedailah masing2 menuju ke bus yang akan bawa kami ke sebuah hotel tak jauh dari situ.
Malam tu rasa sejuk lain macam,mengigil gigil tahan sejuk.Sebaik sampai,terasa pelik suasana tu,nampak salji halus turun.
SubhanaALLAH...salji tu…

HONGQIAO MARKET ADALAH MALL PALING SESUAI UNTUK KITA DI BEIJING

Image
SEGALANYA ADA DI SINI.

Sedihnya...
Inilah tempat paling akhir Mahathir bawa...
Walhal...inilah tempat paling sesuai untuk kami..
Murah dan mampu milik.

Rasa tak adil je...
Bawa sana sini.Walhal,kat sini semua ada.
Kami datang bukan nak membeli belah sangat,kami hanya nak melihat Beijing dengan mata kepala sendiri.
Sampai hari ini,kami tak faham..
Apa perlunya bawa kami ke gedung2 serupa kilang ikan bilis?
Walhal...tiada keperluan kite ke sana selain menyusahkan diri bila terpedaya.




Teman kongsi 3 gambar untuk ingatan semua..
Satu lambang mutiara tu,nama mall tu dan keadaan yang teman maksudkan.
Mall ni,sesuai untuk kite beli cenderamata dan sebagainya.
Yang penting!
Mesti sabar tawar menawar.Jangan cepat mengalah.Walau dipanggil SIAOW,SOCHAI dan sebagainya.
Tebalkan muka,jangan terpedaya.
Jika anda berkenaan dan yakin akan membelinya jika dapat harga yang baik.
Cubalah minta kurang sedaya upaya.
InsyaALLAH....

SATU LAGI TEMPAT YANG MENARIK...WANGFUJING STREET
Dekat sini macam2 ada...

ISTANA MUSIM PANAS MAHARAJA DI BEIJING

Image
TEMPAT ISTIREHAT DIRAJA

Jikalau kite berjalan kenegara orang,dalam hati,kite mesti nak kenal tempat tu,makanannya,orang2nya dan sejarah2 yang berkaitan dengan negara tu.
Tak perlu le bawa pelawat ke gedung sutera,bamboo produk,teh aneka jenis,ubat  ubatan,mutiara,jed,kristal bagai.
Biasanya kite tak perlu cari benda2 macam tu..
Kat negara kite misalnya,semua tu melambak lambak di pasaran.
Lagi satu,harga yang di letakkan sangat tidak menesabah!walhal.....MADE IN CHINA.

Teman ada tanya kat mereka....kenapa harga sangat tinggi,walhal,kat Malaysia produk  buatan dari china sangat murah?
Nak tahu apa mereka kata...
QUALITY......
(Quality lah sangat.......)

6 hari kami mengembara di Beijing,ada beberapa tempat menepati matlamat kite sebagai pelawat.
Dataran dan Istana larangan,akrobatik show,snow world,Tembok Cina dan Summer place.Yang lain hanya membuang masa dan membuang duit sahaja.

Kali ini teman nak tunjukkan betapa indahnya Danau atau tasik tempat maharaja rehat2 di musim panas.Kebet…

SNOW WORLD

Image
SATU LAGI KENANGAN TERPAHIT YANG PATUT DI KONGSI BERSAMA.

Mahathir kata...
ini tempat snow terbesar.
Untuk masuk,ada 2 harga yang berbeza.
1-Masuk dan main ski=200Y
2-Masuk sahaja.Dilarang menyentuh snow walau sikit pun=100Y.(Undang2 zalim dan kejam.)
Ada yang dapat 150Y,ada yang 180Y,ada yang 200Y.
Setiap saat harga akan bertukar.Sebiji macam bursa saham.

Perlu ingat,kalau kite langgar,tak mustahil kejap lagi ada suara marah kite.
Mereka masyarakat yang tak peramah,pemarah dan kasar.
Kalau nak beli barang,jangan tawar banyak2 takut bila tak jadi,nanti kena maki.
Siaow,sochai semua ada.

Mahathir pesan jangan ambil coach!don't take coach!u tanya u kena bayar nanti.
Semua ingat pesan Mahathir...DON'T TAKE COACH!
Tanam dalam kepala.JANGAN AMBIL COACH!

Kat sini,kite tak boleh minta kasut guna size biasa...3,4,5 atau 10.
Kite kena sebut size 36,38,40 dan bla,bla...
kalau kite minta size biasa...tau2 masa tamat.Masa hanya 2jam untuk 200Y.
Masa teman masuk,teman dengan Aaliya.
Terheg…

TEMBOK CINA,TEMBOK AIR MATA

Image
TEMBOK AIR MATA..

Bila sebut Tembok Cina,kite mesti terbayang...binaan panjang besar hingga dari angkasalepas pun boleh nampak.
Dari dulu,hati teringin nak melihat sendiri,Tembok yang dikatakan terbina dengan penderitaan rakyat.

Pagi tu,kami bertolak awal,dari hotel ke Tembok cina perjalanan hampir 2jam,mujur hari tu sebahagian kenderaan tak boleh keluar,jadi jam tak seberapa lah sangat.
Dari jauh dah nampak,lekaran binaan menjalar diatas bukit.
Salji sana sini,walaupun tak banyak,tapi ada lah juga.


Sebaik memijak kaki,perkara pertama yang teman ingin lihat ialah SALJI.
Kami kutip salji di celah pokok yang kekeringan.
Kami genggam penuh kegembiraan.SubhanaALLAH!maha suci ALLAH yang mencipta semua ini.


Sebelum ke mari,teman tak terfikir Tembok Cina tu macam tangga,ingat laluan dia rata.
Rupa2nya...
Anak2 tangga yang tinggi juga.
Nak sampai ke atas,kalau tak ya ya....memang tak sampai.
Penat,sakit kaki.
Teman daki Tembok yang pendek je tu.Mahathir kata...Tembok tu pendek tapi curam,kala…

PENGALAMAN PALING PAHIT DI BEIJING

Image
SESUATU YANG TAK TERDUGA.

Pagi tu,kami di bawa ke Gedung menjualan mutiara.
Dari luar,bangunan nampak usang,tapi di dalam penuh mutiara.Mutiara kuning,putih tersusun indah.
Seperti biasa.,kami di bawa ke sebuah bilik untuk dengar pelajaran pagi ini...
APA ITU MUTIARA.

Masuk seorang bersuara serak2 basah.
Menerangkan produk2 dari MUTIARA.Ada krim untuk putihkan kulit,ada serbuk mutiara yang di tumbuk halus dan di minum begitu sahaja.Semuanya untuk jadi lebih cantik dan awet muda.
Selepas wanita ini....memberi penerangan,sambil matanya pandang2 kepintu.Konon2 ada orang besar akan jumpa kami.


Seperti yang di kata,masuk seorang perempuan,konon2 pengurus dan merangkap anak empunya gedung.
Wanita ini akan bertampilan jauh beza dari yang lain.Dengan baju yang cantik,penuh satu badan mutiara sampai ke cekak rambut.
Dia akan kelihatan seperti anak tokey yang dipaksa bekerja.Dia akan luahkan perasaan depan kite.Dia akan cerita kisah sedih hingga kite rasa dia telah di anak tirikan oleh ayahnya.

BEIJING DI MATA KITE

Image
BUMI ALLAH TU INDAH,PENGHUNINYA SAHAJA BERBAGAI RUPA.

Lawatan di teruskan,kali ini ke...
DR TEH!


Macam biasa di sambut mesra.
Di sumbat dalam bilik kuliah untuk belajar APA ITU TEH.


Jika kite pergi Cameron Highland,kite juga akan ke ladang2 Teh.Lihat keindahan alam kat lereng2 bukit.Lihat orang petik teh,lihat sendiri pucuk teh.
Tapi kat sini...
Dia cuma cakap2 je..
Teh itu teh ini.
Lepas beri keterangan,mereka akan suruh kite pilih kotak teh mana yang kite mahukan.Selagi tak ada orang beli,selagi tu kite tak akan keluar dan akan terperap dalam bilik tu.
Mujur dalam group teman ada yang teringin nak beli,jika tidak...tido le kami kat situ.Atau sampai kena halau keluar.
Bayangkanlah...
Sekotak Teh paling murah 500Y.Ada kawan teman beli  sampai 7900Y.Teman tak tahu le teh apa semahal tu.
Pada teman,bab teh kat Malaysia lagi POWER kot?

Kami juga di bawa ke sebuah Gedung Ubat.
Macam selalu,masuk kelas.kali ini beza sikit,ada urutan kaki percuma.
Beberapa minit kemudian,datang beberapa ora…

HARI HARI DI BEIJING

Image
SUKA SANGAT!

Awal pagi kami dah keluar.
Mahathir kata...kebetulan jerebu,separuh kereta tak boleh keluar,kalau keluar akan di saman.
Sebab tu lalu lintas lancar dari biasa.
Biasanya...dia akan arahkan group2 yang lepas bertolak pukul 7 pagi,untuk elak jam.
Pada teman okay juga keluar awal,kite boleh tengok pemandangan paginya yang cantik ni.



Kami menuju ke Dataran,Tian An Men Square.Dataran luas yang cantik dan indah.Dataran ini dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat termasuk orang luar macam kite.
Dataran ini,tempat bersejarah.Di sinilah,Cina di ikhtiraf sebagai Rupablik pada 1hb Okt,1949.
Dan di sambut setiap tahun.
Kat sini juga demonstrasi selalu di adakan,macam kite lah kat Dataran Merdeka  tu..
Perlu di ingat juga,kat sini teman nasihatkan jangan layan sebarang permintaan atau tawaran untuk bawa anda ke Tembok Cina atau perkhidmatan2 yang lain.Mereka akan goreng anda cukup2!
Jika anda dalam group yang besar,masalah ini tak akan menjadi serius,tapi...jika anda dalam kumpulan ya…

BEIJING

Image
SESUATU YANG AMAT PENTING UNTUK DI KONGSI

Kami teruja untuk kesana.Dari cakap2 orang..
Beijing......BAGUS!INDAH!CANTIK!
Kami teruja nak main salji,nak main ski,nak genggam salji sepatah kata suami  macam ais kepal.
Sengaja pilih musim sejuk walaupun cerita2 buruk lebih banyak dari baik.
Teman kata..mustahil!ALLAH jadikan musim ni untuk susahkan kite.

Semua persiapan di sediakan,agar tak mati sejuk.
Boot,baju bulu2 kat tengkok,stokin yang sesuai,mafla,baju2 bulu untuk panaskan badan.
Paling penting...long john.Tanpa pakaian ini,kite pasti tak boleh tahan sejuk tahaf beku ni.

Hari yang di tunggu akhirnya tiba..
Kami diterbangkan dengan pesawat merah putih milik AirAsia.
Walaupun tak segah Mas Airline,pesawat Air Asia masih mampu bawa kami dengan selamat ke Beijing.
syukur..

Sampai lebihkurang 2.30 pagi.Penerbangan yang memakan masa selama hampir 6jam amat memenatkan.
Lenguh badan duduk di kerusi keras.
Kiri kanan....kelihatan pelancong2 dari Cina memenuhi ruang.
Satu yang teman tak suka…

DEBAR SEBELUM PENERBANGAN KAMI

KE BEIJING.

Bila sebut Beijing.Kawan2 tanya...kenapa pergi Beijing?
Teman tak tahu nak jawap apa..
Kenapa pilih Beijing?entahlah...masa buat plan dengan kakak,tak terfikir apa2 pun.
Dah buat keputusan,baru teringat MH370.
Kapalterbang yang ghaib tu,laaa ni tak jumpa lagi.

Bila kawan2 tanya....kenapa pergi Beijing?
Baru teman teringat kisah lama tu.
Terlalu bersemangat kami,hingga tak mahu fikir yang buruk2.
ALLAH ada..
InsyaALLAH ALLAH akan jaga kami.
Dan InsyaALLAH kami selamat.
Jika kite fikir semua tu,kite tak akan kemana mana.
Kawan kata...i tak mahu ingat apa2,kalau fikir takut,sampai bila2 kite tak akan lihat kebesaran ALLAH.
Semangat kembali balik...

Bila kawan2 tanya..hellooooo....Beijing musim sejuk.Kesejukan tahaf beku kau!sanggup ke?
Sebenarnya...itulah impian kite,pegang salji yang putih.Selama ni tak terfikir macam mana rupa sajli.Suami kata...macam air batu kepallah!
Teman kata..tak kisahlah,air batu kepal ke,air baru campur ke...Tak peduli,nak pergi juga.
Mungkin orang …

SURAT TERAKHIR SEORANG BANDUAN KHAS UNTUK IBU

Image
SEMUGA DAPAT MANAFAAT BUAT KITE SEMUA.


Benar atau tidak cerita ini,marilah kite sama2 fikir sejenak.
Benar atau tidak,belakang kire,tapi isi cerita boleh kite kongsi sama2.
Lelaki ini banduan terakhir,maknanya dia akan jalani hukuman gantung sampai mati.
Sebelum di gantung,dia minta pen dan kertas sebagai permintaan terakhir.

Sesudah tu dia menyerah semula kertas dan pen...
Di atas kertas ada catatan terakhirnya yang berbunyi...

Ibu...
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini,kita berdualah yang seharusnya di hukum bunuh,dan bukan hanya saya seorang.Ibu juga bersalah keatas liku kehidupan yang saya jalani.

INGATKAH IBU...
Ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya?Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.

INGATKAH IBU....
Ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita?Ibu juga yang pergi bersama saya kesebuah pasaraya untuk membelanjakannya.

INGATKAH IBU...
Ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi mening…

KELUH KESAH RAKYAT

SANA SINI MENGELUH TAK SUDAH.

Politik Malaysia makin teruk.
Teman akui....
Teman dulu sokong UMNO.Bila mengundi...MESTI pangkah calon BN.
Tak kiralah calon tu orang ke monyet ke...
Teman pasti pangkah X.

Teman akui....
Teman sokong Tun Mahathir.Teman suka tengok muka dia senyum je.
Masa dia memerintah,kite mungkin buta IT.Banyak perkara kite tak tahu...
Dalam tahun kemelesetan ekonomi,teman sokong apa juga yang Tun buat.Masa tu...kite cuma tahu yang baik2 je.Kite tak tahu banyak perkara yang patut kite tahu,dek buta IT,kite biarkan perahu belayar kemana sahaja.
Kite ikut sahaja tanpa bantahan.

Lepas Tun pecat Anwar.
Sokongan teman dah mula goyang.
Satu sebab....Teman tak percaya.Jika benarlah Anwar suka liwat orang,itu urusan dia dengan ALLAH.
Kite tak layak pun menghukumnya.
Lagi satu sebab.....jika benarlah meliwat tu salah.Kat lorong2 belakang,ramai lelaki jadi wanita,mengapa tak tangkap dan penjarakan?
Kenapa biarkan sahaja mereka saling membontoti sesama sendiri?
Lagi satu sebab.…

ANAK TPM YANG BARU KENA ROMPAK.

Image
TAHU TAK APA YANG BERLAKU?

Rata2 masyarakat dah tak kisah,komen ikut suka....
kalau tak faham...
Tak tahu nak kata apa..










Melampau kan?
Kebanyakkan komen dengan ayat2 yang kejam.
Patutnya kite simpati.Tapi...perasaan tu dah terhakis dek sakit hati.
Teman tak salahkan rakyat Malaysia.Teman tak salahkan perompak,tapi teman salahkan pihak berwajib.
leka dengan politik.
Sana sini politik sahaja.
Selalu teman baca...Malaysia aman.Jenayah makin kurang.
Apa dah jadi?perompak tak takut sesiapa lagi.Rumah anak menteri pun dia balun sama.

Kami rakyat biasa,tido malam dengan perasaan tak aman.
Anak menteri ada jaga tunggu,ada pengawal peribadi,tetap pencuri lolos dalam rumah.
Berapa hilang?
RM25k je...
Sikit sangat,ayah boleh ganti sekali gus!

Jiran teman ...hilang sebuah kereta Camry,semua handbag yang di gantung di dinding dan beberapa barangan yang lain.
Paling berharga....barang2 peribadi arwah suami.
Dia seorang balu kematian suami.Ada 5 anak.Tidak berkerja.Makan guna duit simpanan arwah sua…

PANADOL

Image
ANTARA LARANGAN DAN KEBERKESANANNYA.

Ada kawan share kat wall teman pasal PANADOL.
Panadol yang kite tahu,ubat perbagai guna.Dari kecik sampai tua,panadol bertahan laaa ni.
Menurut pengalaman hambaALLAH ni.
Suami saya bekerja sebagai jurutera IT di sebuah hospital,dimana pihak hospital sedang menyiapkan pangkalan data pesakit.Suami saya kenal rapat dengan Doktor yang berkenaan.
Doktor tu beritahu suami saya,jika mereka pening kepala,mereka tidak sesekali ambil Panadol atau Paracetamol.Sebaliknya mereka akan mencari ubat2an herba atau mencari cara lain.
Tidak akan sesekali mengambil PANADOL.
Menurut mereka panadol adalah bertoksid kepada tubuh kita.
Merosakan hati.
Penadol akan tinggal dalam tubuh kita,sekurang2nya 5thn.
Pernah berlaku seorang wanita mengambil terlalu banyak panadol semasa haid.Kebetulan sebagai paramugari dia perlu berdiri sepanjang penerbangan.Akibatnya...dalam usia awal 30-an,buah pinggangnya rosak dan perlu dialisis setiap bulan.
Menurutnya lagi..
Panadol adalah  se…

STEM

DULU 30sen SEKARANG 80sen...

Teman ingat lagi,dulu hantar surat kat mana2 tempat dalam negeri hanya 20sen atau 30sen.
Kalau kat luar negara,mahal sikit harganya dari dalam negeri.
Suami teman hantar poskad dari merata negara juga dalam sekitar harga macam tu.

Dek masa berubah,dah lama rasanya tak guna perkhidmatan Posmen2 kat Pejabat Pos.Setiap tahun kalau hantar kad raya pada mak,teman guna pos laju je.Mahallah sikit,tapi boleh lah!
Sebab hari ini pos,esok mak dah boleh baca curahan hati anaknya yang jauh ni.

Lama juga teman tak beli stem.
Semalam,anak2 nak masuk peraduan silang kata.Dah lama minta teman belikan stem.Dalam suka tak suka...
Teman pergilah juga ke  Pejabat Pos.Dalam kepala otak ni,terbayang orang ramai,beratur panjang sampai keluar pintu.Biasanya macam tulah kan?
Tapi...hairan bin Ajaib!sebaik masuk....kosong!tak ada satu umat pun.Kalau ada...setakat bayar bil je.

Teman kata...pergi beli stem.Teman beri Alif RM5.00
Teman kata...
Kakak...nak beli stem 30sen.Nanti kakak …

BABY SHOWER

Image
KHAS UNTUK IBU2 MENGANDUNG.

Zaman ni,ramai dari kite sibuk mengikut cara orang asing.
Apa yang islam ajar,tak di pedulikan.Cara orang asing juga yang di sukai..
Alasannya...
Saja suka suka!
Alasannya..
Ikut nawaitu.Jika untuk suka suka...okay kot?

Bertunang dulu..Sembunyi2,kalau boleh seorang umat pun tak perlu tahu.
Tapi..Sekarang.Kalau tak berpelamin bagai!tak de le namanya bertunang.
Teman dah pesan kat anak2..
Tunang2 majlis dia ringkas je.Esok tak jadi buat malu je.Lagi pun...berpelamin ni bila kahwin je kan?tunang pun berpelamin bagai!hahaha...tak ada le seri bila kahwin nanti.

Masa menikah....
Ada yang betul2 ikut kita,cara orang islam sebenar.Ada yang ikut ala2 aje...nak kata islamik sangat pun tak...nak kata kafir sangat pun tak...
Kira tengah2!
Lagi haru...ada yang ikut sebiji...macam orang asing.Tak dapat nak tolong.Tapi masih ada...
Sahabat kata...kurang ilmu,doakan mereka di beri hidayah.
Aminn..
Teman dah pesan kat anak2...
Buat majlis ringkas tapi kemas dan teratur.
Jan…

TOL PLUS NAIK LAGI

MAKIN SESAK LE KITA..

Walaupun baru nak bentangkan kat kerajaan,rasa2nya di luluskan atau tak?
Teman percaya,pasti LULUS punya!
Walaupun baru ura2...
Teman pasti itulah petandanya.

Teman rasa sebal juga,kerajaan makin buat tak tahu masalah kite.
GST,cukai sana sini,naik harga barang,naik tol ikut suka...
Teman tak nampak kerajaan sayang kite,apa yang teman nampak...kerajaan kikis kite.
Kerajaan mempergunakan kite untuk selesaikan masalah mereka.
Kerajaan terkini betul2 mencabar kite.
Nampak dah macam boss binggai dengan para pekerja yang makan tido,makan tido sampai lembab tak boleh nak berfikir.

Teman terasa betul beban di tanggung.
Yuran anak2 naik,tol naik,harga tambah pengangkutan naik.Semua tu sebenarnya beban tak tertanggung.
Anak2 teman 3 orang yang belajar kat U,ada lagi 2 orang masih sekolah.
Jumlahnya hanya 5 orang sahaja.
Dengan kos yang ada...
Suami teman boleh mati berdiri!

Orang akan kata...buatlah sesuatu!
Betul kite boleh buat sesuatu.Tapi sampai bila?
Tak kan le kite …

GST OH GST

Image
PENDAPATAN LUMAYAN TAPI...KENAPA TAK ADA LAGI SUBSIDI?



Teman baca kat surat kabo,
JABATAN KASTAM DI RAJA MALAYSIA mencatatkan hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang di pungut dari kita rakyat Malaysia LEBIH RM30BILION setakat hari ini sejak dimulakan bulan April lepas.

Kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang bernama Matrang Suhaili.RM30B tu di pungut dari 400,000 syarikat berdaftar seluruh Malaysia.
Subhanallah!
Banyaknya!
Dengan duit sebanyak itu,apa lagi yang kerajaan mahukan lagi?
Kata hasil kutipan tu untuk rakyat juga,kenapa sejak dua menjak ni....kami rasa tertindas?banyak peruntukan kami di tarik sesuka hati.
KENAPA?

Matrang jug berkata hasil kutipan akan bertambah pada tahun hadapan.
Bila wartawan tanya angka sasaran,Matrang tak mahu cakap...
Rahsia...
Muahahaha!
Hasil di kutip dari rakyat tapi...bila di tanya berapa nak kutip lagi?
Rahsia lah pulak!
Rakyat umpama mentimun berlawan dengan durian
Digolek sana sini...
Tetap mentimun yang hancur berkecai.
Apa nak buat...

GEGAR VAGANZA

Image
KEBAIKAN HANYA UNTUK YANG MENANG ASTRO DAN TOKEY KEDAI

Malam ni malam penentu.
Siapa yang menang kita masih tak tahu...
RM100RIBU bakal di bawa pulang disamping beberapa lagi hadiah yang di tawar.
Mujur teman tak pandai nyanyi,kalau tak....mesti tiap2 thn teman nak daftar diri.

Kebetulan teman tak ada keje,teman pun duduk mengadap TV.
Masa tu persembahan dah nak habis.Selingan dari tokey kedai.
Maaf jika teman terlalu jujur.
Teman tak minat langsung dengan produk Pn Vida tu...
Promote le bagaimana sekali pun,teman belum terbuka hati nak cuba...
Lagi beriya tokey kedai keluar TV,lagi teman tak sanggup nak beli.

Sahabat kata teman cemburu.
Bukan!teman sikit pun tak cemburu tapi hanya tak sebulu.
Teman bukan jenis gedek2 bagai ni...
Teman tak boleh dah buat macam tu,dah tak sesuai....
Walaupun masih ramai yang suka,biarlah..
Itu hak masing2 untuk suka atau tak.Yang pasti kebaikan tidak patut di war warkan...
ibarat tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu.
Kalau dah semua orang tahu!
He…