Posts

Showing posts from April, 2015

NEPAL DI LANDA GEMPA BUMI PALING DAHSYAT!

Image
TANDA ALLAH MURKA PADA KITA...

Bila kita baca GEMPA BUMI...
Ikut sains,hanyalah kerana getaran atau goncangan yang terjadi di permukaan bumi akibat pelepasan energi dari dalam secara tiba2 yang menciptakan gelombang seismik.Gempa bumi biasanya di sebabkan oleh pergerakan kerak bumi.
Dan banyak lagi maklumat mengenainya boleh kita dapat di Internet.
Sila layari dengan hati yang gembira.

Alasan kat atas tu dari segi sains dan andaian manusia.
Dari segi ilmu alam.Ianya juga dari kerosakan yang kita sendiri buat.
Gunung ganang kita tarah habis!walhal...ALLAH jadikan dia sebagai TIANG ATAU PASAK BUMI.
Tumbuhan kita tebang ikut suka!Walhal....ianya berfungsi untuk MENGUKUHKAN BUMI.
Kita dah terlalu banyak rosakkan bumi,kita kena lebih berhati2 di masa akan datang.

Sebut Nepal..
Teringat teman akan pekerja2 yang ada di sini.Teman tanya...
Amacam?rumah u all kena ke?
Dia jawap...tak,rumah kita tak ada kena,jauh!Tapi itu orang kena.Rumah dia hancur!
Sipolan yang di maksudkan senyum dalam tangi…

WANITA BUKA BAJU DI PETALING STREET

Image
TAK TAHU NAK KATA APA LAGI...
MEMANG CUKUP BERANI!



Sahabat kata jangan lah share video macam ni....MALU...
Sahabat kata....u jangan nak ulas2 isu ni....MALU..
Hahahaha..
Teman hanya gelak.Teman tak sempat nak ulas awal2 sebab....letih dan mengantuk sebaik mengadap skrin ni.
Silaunya buat mata cepat letih...

Banyak ulasan mengenainya.
Yang pasti...sangkaan teman mengenai status wanita ni terpesong jauh.
Masa teman tengok,teman tak berapa faham butir kata2nya...bising!
Pada penilaian teman,wanita ni warga asing dan mirip pada wanita Iran.
Tup2...
Orang kita sehhhh!
Aduh aduh...moden sekali wanita kita.Saling tak tumpah macam wanita asing.Islam atau tak....bukan persoalan lagi.Yang pasti..
Dia cukup berani!
Hanya kerana sedikit salah faham....
Terus buka baju hingga nampak NENEN.
Hahahaha...
Tak tergamak nak tengok...MALU..
Dalam group sek teman ada gambar real dia tak berbaju.Teman kata pada kawan2...
Deletelah...kami orang perempuan tak dosa,kamu2 orang2 lelaki yang dapat dosa sebab te…

PERSEDIAAN RAYA..

MASIH TAK TERFIKIR LAGI...

Jika tahun2 lalu...
Dah pergi beli kain kat Jakel,tempah baju melayu kat Wisma Yakin.
Sahabat tanya...awat awal sangat?
Teman akan jawap....nanti tukang jahit tak sanggup nak jahitkan.

Biasanya...begitulah.Semua persediaan akan di buat awal2.
Selalu sahabat tanya awat awal nau?
Teman akan beri 1001 macam alasan.Antaranya...malas nak berebut rebut beli baju.
Lagi pun teman anak ramai,kalau sekali beli,mahu dari pagi sampai ke malam!
Penat!

Baru2 ni,anak teman tanya...
Ibu tak beli baju raya?
Teman jawap...tak kot?kita pakai baju lama lah!lagipun,tahun ni gawat sikit.
Anak teman pandang macam tak percaya.
Teman kata....betul!ibu rasa malas lah nak beli baju,membazir.Baju yang ada tu pun elok lagi kot?
Anak teman pandang macam tak percaya.
Teman tanya dia...kenapa?boleh kan?
Dia diam je...tetiba dia kata...alaaa...tak kan le tak ganti.Ibu beli le sorang sepasang je.
Dalam hati...payah betul budak ni nak ajak pakat.Kita nak pakat jangan membazir,dia tak faham!na…

ALAHAN...

KUCING ATAU ALLAH YANG TENTUKAN?

Teman tak pernah nak bela kucing sebab.....
2 anak2 teman ada alahan.
Lama juga teman tak terfikir mengenainya...

Bila Aaliya minta teman bela kucing,teman selalu ingat masalah anak2.
Tak boleh ada kucing,tak boleh ada habuk,tak boleh pakai karpet dan sebagainya.

Sehinggalah satu hati...
Aaliya minta teman baik2 untuk beli seekor kucing buat hiburan dia.
Lepas bincang dengan suami,teman pun pergi ke Pets Shop.
Hati dah bulat,hati dah kering untuk bela walau seekor kucing dalam rumah.

Dalam hati...
Umur si kakak dah 22thn,umur si abang 11thn...
Tak ada kucing...alahan tetap ada!
Masih makan ubat alahan walaupun dah bertahun2 usia mereka.
Pendekatan di ambil...
Kucing binatang kesayangan Rasulullah.
Kucing bukanlah penentu segalanya.
Jika ALLAH kata jadi!maka jadilah ianya.
Jika ALLAH kata alahan itu tetap ada!makan bertahun2 menanggungnya.

Kelmarin,kawan anak nak tumpang seekor kucing.
Teman tanya kenapa dia tak jaga sendiri?
Anak jawap...emak dia tak s…

MATI ITU PASTI

Image
CUMA TAK TAHU BILA DAN DIMANA?

Seorang lelaki meninggal ketika sedang sujud di Madinah. Bila teman baca bila teman dengar berita macam ni,hati terdetik... Alangkah untungnya mereka. Alangkan baiknya cara kematiannya. KITA? Tak tahu lagi... Masih kabur,masih jauh nasib kita.
Bila kita lihat cara kematian mereka! Kita tahu..... Mereka adalah insan2 terpilih. Mati sedang sujud,mati sedang solat. KITA? Mohon ALLAH matikan kita dalam keadaan baik,dalam keadaan husnul khotimah. Amin....
Semalam,sahabat cerita tentang kematian seorang kawan.
Katanya...mudah je...
Dalam hati...untunglah.
KITA?
Aduhai....tak tertelan air liur bila kita kenang kenangkan.

Seorang kawan teman,mati dalam tido..
Dengar2...isteri kejut awal pagi,dah kaku dan tubuh dingin bak salju.
Sebab tu,sebelum tido,mengucaplah,baca 3 Qul,ayat Kursi dan surah Al Mulk dan jangan lupa doa tido.Kalau tak hafal doa tido.....bacalah apa yang tahu,paling tidak.....kita ingat ALLAH sebelum tido,kalau mati pun....paling tidak,kita dah m…

ALVIN TAN MENGILA LAGI..

Image
MENYANYIKAN AZAN DENGAN IRAMA R&B..


Pada teman usah dilayan..
Lagi di layan dia makin menngada ngada!
Doakan aje supaya ALLAH beri dia hidayah kejalan yang benar.
Biar seksa jiwa dia nanti menanggung rasa bersalah.

Sekarang ni dia rasa hebat!
Boleh kutuk agama kita sebebas bebasnya.
Biarkan...
Kita jangan melenting tak tentu hala.
Maki hamun bagai nak gila.
Kita doa akan aje...

Rasulullah pun dulu teruk juga mengadap cacian,hinaan dari orang2 macam ni...
Rasulullah sabar....
Rasulullah tak mencarut!
Rasulullah....sabar dan terus terus berdakwah.Kita sepatutnya contohi sikap Rasulullah...
Sabar dan terus berdoa.

Kita layan orang macam gini,kita lagi sakit.
Sakit hati,sakit jiwa...
Abaikan dia....
Bila dia penat...
Dia akan berhenti sendiri.

Teruskan bersolat,teruskan apa yang kita sedang buat untuk agama kita.
Teruskan berdakwah....
Itu lebih baik dari kita terus melayan DIA.

PENGAKUAN GADIS CINA...

Image
PENIAGA HP MEMANG PENIPU!


Tak pelik!tak cakap pun teman tahu...
Mereka memang PENIPU!
Tak payah kata apa2lah..
Orang berniaga.kalau tak tipu....lambat kaya!
Biasanya mereka akan menipu.Orang berniaga menipu tu NORMAL.Yang tak menipu tu yang tak NORMAL.

Nabi tak menipu?
Teman jawap....benar!Nabi tak menipu.Benar......Tapi u kena tahu.Itu Nabi!kita insan biasa tak akan terlepas dari melakukan kesilapan.So...menipu tu satu keperluan.

Sahabat kata...pandailah u!
Teman kata....baca tak kes pecah amanah kat TLDM awal tahun.
Sahabat angguk je...
Teman sambung lagi...satu skru kecil size mata kucing setiap satu berharga RM50.00!Tak ke itu di namakan menipu?Golongan macam tu pun menipu apatah lagi penjual HP?

So....
Apa yang di akui oleh gadis cina ini...
Teman langsung tak terkejut beruk!
Sebab teman tahu...
kiri kanan depan belakang...
Kita sebagai pengguna,sememangnya hari2 kena TIPU!


SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI SENDIRI

Image
SEMUGA ALLAH BERI PINJAM LAGI NYAWA UNTUK MEMPERBAIKI DIRI.

Sat lagi....
Selamat hari lahir...
Selamat hari lahir....
Selamat hari lahir...

Teman sambut hari lahir yang ke 47thn.
Diam tak diam...teman makin tua.
Lagi 3thn teman dah jadi warga emas!

Masa muda,teman kuat!cantik dan putih melepak!
hahahaha...
Alif dan Aaliya selalu tanya balik...
Ya ke ibu cantik masa muda?
Teman akan balas...kalau tak cantik,tak kan lah ayah sanggup datang dari KL,cari ibu kat JB!
Selalunya...Alif dan Aaliya akan gelak kuat!
Dalam hati...sekel juga kepala bebudak ni kang!

Sempena meningkatnya usia,teman hanya berharap agar ALLAH beri pinjam lagi nyawa.
Biasanyalah kan.....orang mati di antara sebulan sebelum atau sebulan selepas hari lahir.Dalam2 tu lah..
Adik ipar teman meninggal beberapa hari lepas hari lahir dia...
Dia lahir 25hb Ogos dan meninggal 29hb ogos.Ada kawan teman meninggal pada hari lahirnya.Lahir 26hb March dan meninggal 26hb March tapi lain tahun.
Pendek kata.....hati teman berdebar.Oran…

SIKAP KITA.....

Image
MASYARAKAT YANG TAK BERTENANG.



Teman tak baca isu ni...
Malas dan tak kuasa langsung nak tahu...
Tak sudah2 orang melayu buat kelako!
Teman memang le sokong tindakan mereka sebab teman  ISLAM!
Cuma pada teman,apalah banggang sangat!nak menghalang pemasangan lambang tu?.Itu semua kerja orang agama dan majlis bandaran.Kita hanya perlu buat report dan selebihnya biarlah pihak berkenaaan yang selesaikan.
Sebagai masyarakat berbilang bangsa.Kita kena hormat fahaman orang lain.Jika nak mereka hormat agama kita,kenalah kita belajar hormat agama mereka.

Teman nak kongsi satu pengalaman kat pekan teman...
Domino's dah buka cawangan kat sebuah kedai 3 tingkat.Mula2 dapat sambutan.....
Lama2,orang islam dah sedar sebab....
Kat atas restoran Domino's ada lambang salib.Teman tak pasti samada gereja tu dah ada sebelum Domino's buka atau dah sedia ada.Tang ni teman tak perasan,walaupun hari2 lalu lalang kat situ.


Teman tak dengar pulak ada orang2 kita mengamuk tunjuk terror kat depan Dom…

NASIHAT BERGUNA DARI ISTERI PM.

Image
BIJAK MENANGANI SUASANA GAWAT


Dalam kegawatan ekonomi yang sedang melanda negara.
Sana sini orang nasihat orang lain supaya jangan boros!bijaklah berbelanja,beli yang perlu je.
Sana sini orang saling ingat mengingati..agar kita berjimat cermat.
Teman sendiri pun nasihatkan anak2 supaya berjimat cermat!Jangan boros!

Tahun2 lalu,teman dah beli kain ela di Jakel untuk raya..
Teman dah beli awal,sebab teman tak suka berasak asak mencari kain baju.
Selalunya....dalam bulan2 ini,semua dah tersedia.Ghairah hari raya mulai terasa walaupun ganti puasa masih berbaki.
Malangnya...
Tahun ini,teman masih BLUR!
Teman tak berani nak membeli belah lagi.Perjalanan masih jauh lagi...
Teman tak berani nak berhabis habisan walaupun perlu.
Teman tak tahu apa akan jadi nanti.
Gawat kali ini,nampak TERUK!
PM pun masih membisu seribu bahasa.
PM buat hal sendiri.Masih mampu bertandang ke luar sana.

Dalam banyak2 orang yang beri nasihat, teman suka baca nasihat isteri PM tersayang,Rosmah Mansur,Wanita Pertama …

TUN MAHATHIR MENYERANG LAGI!

KALI INI.....SERANGAN PADU PADA ISTERI PM.

Sejak kebelakangan ini,Tun menyerang sahaja!
Serang PM...
Malangnya..macam biasa,PM kita buat tak tahu je.
Tak menjawap walau sepatah kata pun.

Hari ini...
Keluar tulisan Tun khas untuk isteri PM.Rosmah Mansur.
TUN MENYELAR CARA HIDUP MEWAH ROSMAH MANSUR.
Hai...Tun baru nampak ke?awat dari dulu Tun tak bersuara?
Awat baru sekarang menegur setelah hampir hancai boncai Malaysia?

Tun menulis....
Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tak betul.Tetapi saya sedia abaikan,kecuali gaya hidup dia dan isterinya.
Tun menulis lagi...
Bila dia tak boleh jelaskan kemana billion ringgit di belanjakan,dan penglibatannya dalam 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat.saya rasa dia dah tak mampu menjadi Perdana Menteri negara ini.

Cukup jelas!
Masih tak faham lagi ke?
Tun dah terus terang.Tun dah bercakap benar walaupun pahit.Kita sebagai rakyat bukan tak mahu menyokong PM,jika benar kata2 Tun,apa lah salahnya kita mencuba kepada yang l…

BILA ORANG TUA BEKERJA.

Image
APA YANG KITA FIKIRKAN?


Patut?
Tak patut?
Atau malas nak fikir..

Pada teman...
Ikut keadaan,dalam usia macam tu,nak ikutkan hukum akal...dah boleh dok kat rumah.
Dalam usia macam ni,elok le kita banyakkan amal.Bukan apa....
Dah nak dekat dah tu!

Sahabat kata...wehh!orang muda pun boleh mati!
Teman kata...betul!orang muda akan mati,tapi...orang tua lagi PASTI!
Sahabat balas..KURANG AJAR!

Teman selalu fikir positif,hidup lawannya mati.
Itu sebab..dalam hati selalu kata...kalau aku mati,siapalah yang nak jaga anak2 aku tu?
Bila kami berbual,sahabat selalu kata...pandailah suami u tu cari penganti.
Teman tak tersentak.Pada teman...tak mustahil suami teman akan cari penganti,sebab lelaki tak boleh hidup tanpa perempuan.Paling lama mereka boleh bertahan  cuma 3 bulan je,masuk bulan ke 4,dah cakap sorang2.
Teman hanya berharap...suami teman tak biarkan anak2 teman hidup melata.Teman harap suami teman tak lebihkan isteri baru hingga kebajikan anak2 terabai
Teman harap,suami teman akan lebih m…

5 ARTIS LELAKI SEDANG DI INTAI...

ATAS ALASAN AKTIF SEBAGAI PENEMAN TIDO...

Semalam,teman terdengar dari siaran TV.
Teman tanya suami...
Maknanya....pelacur lelaki lah kan?
Suami jawap...GIGOLO.
Hahaha...lama tak sebut perkataan tu.Masa teman muda2 dulu ada juga terdengar,lepas tu senyap...

Apa nak jadilah anak2 muda zaman sekarang.
Pengalaman teman...
Pernah di usha usha seorang remaja dalam lingkungan 19thn gitu...
Teman ni lurus bendul.Pada teman...budak2 beso tu ibarat macam anak2 je.
Yalah kan?
Anak2 teman sebaya dia...
Mustahillah teman nak layan...
Teman ni orang belajo masjid.Tak kan lah.....nak buat benda2 tak senonoh macam tu!
Sepatah kata nenek teman...
Ish!selisih malaikat 44!

Masa tu teman seorang,tunggu suami habis meeting kat KLCC.Teman jalan2 di sapa dek budak tu...
Masa tu,dalam otak teman....
Mungkin dia anggap teman macam mak mak dia je...
Masa dia menyapa...
Teman dapat rasakan,seolah2 renungannya tu nak ajak teman bercinta!
Hahahaha....
Bukan syok sendiri.Tapi..pengalaman dah banyak kan?
Almaklum.…

SIKAP NORMAL PEKERJA KERAJAAN

KURANG SIVIK!

Siang tadi teman gi IKM Manjung.
Teman daftar masuk anak lelaki teman yang macam macam tu!
kalau teman tak gerak,beku gitu le dia..
Tidur baring tidur baring dah berbulan.

Kelmarin,suami suruh teman gi tanya apa kursus yang boleh dia ikut.Suami kata...dia nampak ada kain rentang tulis pengambilan pelajar baru.
Tanpa berlenggah,teman cuba2 je...
Nak ikutkan keputusan.....BEREH!
Tak lah teruk sangat.Teman sekadar sedia payung sebelum hujan je.

Masa teman sampai,pak guard suruh teman gi ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Masa teman sampai,pejabat tu senyap sunyi je..
Teman tolak pintu kaca ,ada meja panjang,ada banyak kerusi .Atas meja ada loceng yang tertera SILA TEKAN LOCENG.
Teman pun tekanlah loceng.Datang seorang petugas wanita berselendang panjang.
Lepas tahu tujuan kedatangan,dia ke dalam ambil borang untuk teman dan anak isi.Lepas semua selesai,petugas tu tak datang walaupun dia pasti nampak teman terjenggah jenggah nak serah borang balik.
Apa citer ni?diaorang buat tak …

MAKANAN ONLINE

Image
INDAH RUPA DARI RASA..

Kat dalam FB ramai rakan2 berjualan.Ada yang jual tudung,baju,kain,periuk belangga dan makanan.
Pendek kata...
Macam2 ada....

Teman tak pernah mencuba.Sampailah siang tadi tekak begitu teringin nak makan kebab yang di jual melalui FB.
Gambar?


Subhanallah!nampak segar dan menyelerakan.
Dengan harga yang boleh tahan...
Teman gagahi untuk mencuba.

Teman terpaksa mencari dimana mereka berada.Mungkin ALLAH nak bagi teman pengalaman membeli makanan melalui order2 macam ni.
Teman jumpa dia di persimpangan jalan.Makanan bertukar tangan.
Dia pasangan muda yang beranak kecil.Mungkin kegawatan buat mereka berusaha untuk duduk dan berdiri sama tinggi dengan orang lain atau desakkan hidup di zaman ini.
GST,harga barang NAIK melambung tinggi.Teman rasa....mereka cuba memneperbaiki keadaan.

Sampai rumah,teman hangatkan kebab moden.
Teman terliur dengan rekabentuk tapi...sumpah mati teman tak sangka apa yang ada di dalamnya.
Dek mata yang rabun...
Teman tak dapat nak mengenal i…

JIRAN

JIRAN TEMAN TOKEY PERABUT.

Teman nak cerita sikit je...
Jiran teman tokey perabut.
Akan tetapi...
Teman tak beli perabut kat dia,teman sanggup pergi kedai jauh,asalkan tidak membeli dengannya.

Sebelum berjiran,teman pernah ke kedainya.
Masa tu..
Teman bawa Alif sama.Masa tu juga,umo Alif dalam 2tahun lebih..
Tengah lasak dan aktif.

Masa kami jalan2 pusing kedai,Alif lompat sana sini!
Bila dia duduk atas kerusi..
Anak tokey akan datang sambil kata...
Alik!jangan lulok sini,jangan lulok sana..
Kita dengar,kita rasa marah!
Serba tak kena anak kecik teman tu.
Akhirnya teman angkat kaki!tak kuasa nak beli kat kedai macam tu.

Bila pindah rumah baru,cittt!tengok2 muka tokey tu muncul depan pintu.
Dalam diam kami jadi jiran yang saling menghormati.
Dia tak kacau teman dan teman pun tak kacau mereka.
Hiduplah kami sebagai jiran yang sangat memahami.
Bila jumpa!Tokey!
Dia pun balas...Hai Tokey!
Hahaha...teman pun Tokey juga.
Walhal....bukan Tokey tapi Taugeh!

Semalam..
Teman nampak rumah dia da…

PENIAGA AYAM YANG KEJAM

Image
MASALAHNYA!APA HUKUMNYA?



Celaru otak kepala teman memikirkannya.
Betapa di akhir2 zaman,halal haram orang dah tak pandang.
Kalau dulu...
Atok teman sembelih ayam,siapa bertutup kepala,asah pisau tajam2,kemudian...abang teman tolong pegang kaki dan atok pegang kepala dengan tenang.
Di mulakan dengan Bismillah,di sudahi dengan alhamdulillah.
Begitulah cara paling sopan ketika menyembelih ayam yang nak kita gulaikan.
Lepas sembelih,atok akan lepaskan ayam tu meronta ke sana ke mari.
Atok hanya akan ambil bila ayam tu dah tak gerak lagi.

Nenek jerang air panas untuk rendam ayam bagi memudahkan kerja mencabut bulu.
lepas dah bersih,nenek akan potong ayam kecik2....
Teman tak terfikirlah pulak,ada proses menyembelih ayam sebegini rupa.
ish,ish,ish...
kadang2 kita lupa....
Sebenarnya hidup kita berkaitan di antara satu dengan yang lain.
Jika si polan buat salah,kita tak menegur,kesalahan tu sama seperti kita melakukan sendiri.
Bila kat akhirat nanti,untuk melepaskan diri,kita akan cuba menga…

PETUA BERGUNA

Image
DI CEDUK DARI BLOG LAIN..
Buat anak2 semua...



Penyakit kudis dan bisul merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bagi merawatnya, anda boleh menggunakan daun petai belalang. Nama saintifik petai belalang ni adalah Leucaena Leucocephala.

Saiz biji petai belalang agak kecil sikit berbanding dengan petai biasa. Petai belalang yang sudah tua, buahnya akan pecah. Itulah perbezaan dengan petai biasa. Namun begitu, baunya tetap sama.

Untuk merawat kudis dan bisul, anda boleh cuba petua ini dengan menggunakan daun petai belalang;
Ambil beberapa helai daun petai belalang.Bersihkan dan keringkan daun petai belalang terlebih dahulu.Kisar atau tumbuk kesemua daun petai belalang tersebut sehingga hancur.Campurkan daun petai belalang yang sudah hancur dengan minyak kelapa (boleh juga gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun).Setelah siap, letakkan minyak campuran daun petai belalang pada bisul atau kudis.Amalkanlah proses di atas sehingga bisul atau kudis anda…

BAJU MELAYU LELAKI YANG TELAH DI PERMODENKAN.

Image
OLEH PEREKA MUDA.




Kadang2 teman terfikir,apa yang mereka mahukan.
Pada teman baju melayu lelaki tak perlu le di ubah2,biarlah ianya kekal macam tu.
Ada perkara yang kita boleh modenkan,dan ada seseperkara yang elok kita kekalkan selamanya.
Bila teman baca artikel ni,teman rasa......
Sedih yang amat sangat.
Sayu terlebih lebih,sebab teman bakal hilang satu lagi pusaka datuk nenek.

Baju melayu potongan lama tu dah cukup menarik,mengapa perlu diubah suai sehingga jadi macam ni.
Hahahaha...
Wahai pereka muda,jangan ambil lewa hal2 macam ni.
2015 tukar lagu ni....
2020 teman tak terbayang apa bakal berlaku.
Mungkin baju melayu akan di padankan dengan kain susun tepi kot?

Tak agak2 pereka ni,terlalu syok sendiri!
Sehingga tergamak merubah semuanya hingga tak nampak langsung rekabentuk asli.
Dulu....
Arwah Sudirman turut memodenkan baju melayu tapi bukan rekabentuknya tapi corak kainnya.Jika biasa kain kosong,arwah ubah kepada yang bercorak.Arwah sedondonkan warna hingga ke songkok.Teman mas…

GST SANA SINI!

OH TIDAK!

Teman singgah beli sikat untuk buka gulungan bulu si Tom,harganya lebih kurang RM22++,setelah di tolak harga ahli konon2nya,baki tinggallah RM20++ macam tu lah.Bila dapat resit teman nampak tertera GST RM1.14.
Budak perempuan tu kata...harga ahli dan sudah masuk itu GST.
Teman terpaku sejenak!
Beli sikat kucing pun kena GST?
Sana sini GST!
Teman semakin BOSAN!

Kelmarin teman gi Aeon,teman singgah kedai alatan senaman.Teman tanya..
Ini berapa?
Jurujual jawap...RM4800.00 termasuk GST Puan.
Mata teman terbeliak!teman kata dengan budak tu...
Jangan sebut GST boleh tak?hilang mood lah!
Budak tu jawap...bukan Puan je terbeliak mata!ramai pelanggan tunjuk reaksi yang sama bila sebut GST.
Teman kata...dalam keadaan hangat2 macam ni,jangan sesekali sebut GST!perkataan tu buat awak pendek rezeki!
Budak tu kata...jangan lah Puan,kami sekadar menjual je,semua cukai tu kerajaan punya.Kami tak dapat apa2 pun..
Teman jawap...memang bukan salah awak,tapi perkataan tu buat nafsu tertutup unt…

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Image
UNTUK HARI TUA KITA!


Semua manusia yang dah cukup umur di galakkan keluar bekerja.
Yang mana masih tak ada kerja kenalah cari kerja.
Tak kisahlah kerja apa,asalkan halal.

lepas SPM teman kerja sementara di kilang buat album.Tokeynya dari Singapore.
Baru sebulan kerja,dah kena potong KWSP.
Masa tu...tak tahu apa2,tak faham apa2...HR pun macam musibut!bukan nak jaga pekerja tapi mencekik pekerja.
Teman kerja 1 bulan je,penat tahaf gaban!
Tangan penuh gam!berdiri 12jam,kecuali 1jam makan.Selebihnya kerja sambil berdiri.Memang TERUK!
Lepas dapat gaji cukup bulan terus CHA ALIF BUT!
Tak sanggup!

Diaorang potong KWSP?
Teman jawap...POTONG!amat mustahil China tu tak potong,tambah2 pula,HR melayu macam lembu cucuk hidung.
lepas dewasa,baru sedar...
Diaorang tak boleh potong KWSP pekerja yang masih belum ada kad kaler merah tu.Nombor ahli pun tak ada...
Memang sahlah tak di carumnya.Masuk balik kat Tokey le jawapnya.

KWSP tempat duit kita di simpan supaya tua nanti tak melarat.
Idea yang baik.

BILA TUN MAHATHIR BERBUNYI....

IBARAT GAJAH DENGAN GAJAH BERGADUH!

Kelmarin,ada siaran khas.Rancangan yang di buat secara tergesa gesa.Tanpa hebahan,tanpa promosi tup,tup,tup... ada rancangan khas buat semua.
Suami kata...malam ni ada rancangan khas PM.
Teman kata...untuk apa?
Suami angkat bahu tanda tak tahu sebab musababnya.
PM akan menjawap segala persoalan.
Semua?tanya teman pada sahabat.
Sahabat jawap..dengar2 semuanya,termasuk isu2 sensitif.
Teman bertanya lagi...ya ke?
Kami sama2 ketawa,bukan kelakar tapi ketawa paksa.

Malam di tunggu telah tiba,maaf..teman tak menyaksikannya.Teman hanya dengar2 je.Teman mengaku teman tak boleh dengar suara 'itu',setiap pagi,suara itu kedengaran di kaca TV di corong radio,berceritakan pasal keistimewaan Bantuan Rakyat dan sebagainya.
Pada teman,suara tu tak jujur.Nadanya sengaja di tekankan agar nampak tegas,tapi hakikatnya TIDAK!
Suara tu tak serasi di telinga teman...
Pada teman suara itu penuh dengan kepalsuan.Penuh pembohongan,maaf andai teman terkasar,itulah per…

LUAHAN HATI 'SEORANG' DARI BERJUTA RAKYAT INDONESIA.

Image
WAJIB DENGAR....
TEMAN SOKONG 100%





BLACK MARAH BILA PEMINAT HINA ANAKNYA.

Image
PEMINAT PUN SATU HA!AWAT HANG PIII KUTUK ANAK ORANG?

Gelihati teman dengan gelagat Black.
Sahabat tanya Black tu siapa?
Teman jawap....Black tu penyanyi yang dulu jual ikan kat pasar,lepas menang peraduan apa entah!terus meletup dan kira2 berjayalah juga.

Apa hal dia buat report kat polis?tanya sahabat lagi.
Entah!saya tak tahu...
Dalam hati,sekejap lagi teman nak cari punca!
Yes!
Tak susah,enter je....Pasti semua terhidang di depan mata.

Teman tanya Mr Google...
Mr Google,awat Black marah2?
Sederet keluar Black dengan macam2 kisah!
Tapi..isu Black Malaysia,panjang berjela.
Black buat laporan peminat hina anaknya.
Teman cari lagi dan lagi...
Akhirnya...
Teman jumpa.
Subhanallah!patut le dia naik angin.Ada orang kata anak dia macam BERUK!
Beruk tu macam monyet,macam kera kan?
Kenapa orang tu tulis komen macam tu?
Kalau tak suka,jangan lah tengok,tutup mata udah le.
Kalau teman pun bukan report polis je,teman gi cari sampai dapat!
Kurang ajar!
Budak kecik je pun!sanggup kau samakan denga…

CELOTEH ANAK

ANAK TEMAN SEMAKIN PINTAR.

Masa ambil dia tadi,dia kata...
Ibu!saya gagal tauhid.
Macam biasa juga,teman mulakan leteran beracun!
Tulah,macam mana nak lulus?baca buku MALAS!bla,bla,bla..
Teman selalu melayan dia macam tu,walhal teman tak lah marah sangat!
Teman suka dengar jawapannya.
Selalunya dia akan memulang paku buah keras kat teman je.

Ibu!boleh tak bersabar?saya belum tunjuk lagi kertas jawapan katanya perlahan.
Teman jawap...adik tadikan kata GAGAL?
Dia jawap...tengok lah dulu!jangan bising dulu!
Teman jeling kertas ujian...100/100..Macam tulah anak ibu!
Dia tanya...ibu suka?
Teman jawap...suka lah,tak sia2 ibu hantar adik pergi balik pergi balik,kalau gagal tadi mesti kena MARAH lah!
Dia kata lagi....ibu ni tak sabar,lain kali tengok le dulu!
Teman jawap...tadikan awak yang kata tak lulus?
Dia jawap..saya main2 pun tak boleh?
Teman jawap.....ok,lain kali jangan  buat lagi tau!nasib baik ibu tak turunkan adik kat bus stop tu!
Dia jawap ibu ni,orang main2 pun tak boleh!
Teman j…

SESI SOAL JAWAP BERSAMA NAJIB RAZAK

Image
MENGENAI ISU TERKINI.



Teman sekadar kongsi je,teman tak sempat nak tengok lagi...
Orang sana sini dah ulas,jadi teman tak mahu bazirkan line 4G teman yang semakin pantas GHAIB.Baru Top Up,esok dah kosong.
Tak tahu nak buat apa lagi,setiap bulan hampir RM100.00 teman top up,komplen dan beribu kali....
Habuk pun tak ada!

Kepada yang berminat boleh le menontonnya dan menilaikannya sendiri.
Pada teman.....
Tiada membawa apa2 makna lagi....
Teman dah kecewa dengan keadaan politik masa kini.

Untuk PRU akan datang....
Maaf le,teman tak nak balik mengundi,selain buang masa,buang cuti dan buang duit je.Tiada pihak yang menganti masa,cuti dan wang teman.
Maaf juga....tiada lagi bantuan untuk kempen piliharaya,teman tak mahu bazirkan wang untuk perkara yang tak menguntungkan.PRU berlalu,mereka menang dengan girang,yang kalah terus mengasak yang menang,yang menang terus mengasak yang kalah!akhirnya....
Ayam sekor pun tak terjual.
Kita?
Baca je kisah mereka.Gaduh sana gaduh sini,fitnah sana fitnah…

CELOTEH ANAK

SESEKALI DIA BERBUNYI...

Hari ini teman lambat angkat Alif.Teman terkandas dek remote pago anak bujang bawa keluar.
Teman nak marah,nak jadi HULK!
Tapi...teman sabo..
Dalam hati,sabolah hati,sabooooo...
Walhal dia tahu,teman nak gi jemput adik2 balik sekolah,dia tetap angkut kunci rumah hak teman.

Bila sampai,nampak dari jauh dia dok di tembok jalan.
Muka masam mencuka!
Teman mula cari akal...
Salah cakap pasti marahnya lagi meluap!

Biasanya sebelum dia marah,teman kena tunjuk muka lagi marah dari dia.
Sebaik dia masuk,dia jeling teman dan teman jeling dia.
Kami sama2 menjeling.
Pertengahan jalan,teman tanya...kenapa?
Dia jeling je.
Dia tanya teman kenapa ibu marah?
Teman kata...ibu lambat sebab tunggu...bla,bla,bla...
(ada yang teman tokok tambah agar cerita jadi menarik!)

Akhirnya dia akur,tak marah lagi dan mula ceria..
Dia tanya...balik nanti dia makan apa?
Teman jawap...nasilah!apa lagi?
Dia jawap...bosannya!
Teman kata lagi...kenapa nak bosan?makan je le...kanak2 kat negara pera…

GST LAGI..

Image
MENTERI KATA..ADA GST BARANG AKAN TURUN!

Ya ke? Pelik bin ajaib kan? Macam tak percaya je?
Hari2 gi kedai,gi pasar,ke ngeteh.... Terasa harga barang mula NAIK melambung tinggi! Kadang2 rasa macam kena bodoh2kan je.. Terasa betul2 di perbodohkan.
Menteri yang bernama Ahmad Maslan selalu kata... Barang tak akan NAIK! Kalau ada peniaga yang NAIKkan barang,sila buat laporan. Ya ke? Boleh di layan atau akan di simpan semua laporan?
Jujur kata....terasa betul beban di tanggung. Walaupun rakyat Malaysia tak menganas! Tapi hati merintih pedih. Tambahan lagi dengan perbelanjaan yang kerajaan pamerkan,rasa2 macam tak masuk akal! Kita di suruh berjimat cermat,tapi mereka beli macam macam! BMW 7series,JET baru,itu ini semua di beli dengan kos melampau tinggi! Sakit jiwa,sakit jiwa....

Semalam..
Teman gi paaso lagi.Sejak teman jadi surirumah tangga sepenuh masa.Paso antara tempat yang paling kerap teman pergi.
Sahabat kata...apa nak buat,jadi isteri jadi ibu mestilah kena pergi PASO!
Teman senyum …

MAJLIS KAHWIN...

KADANG2 TAK MENJADI JUGA!

Siang tadi,teman gi majlis kahwin rakan suami.Tapi malangnya suami tak turut serta,makanya...teman gi le dengan anak2 sahaja.
Biasanya, teman cari tempat duduk dan suami ambil makanan.
Tapi kali ini,teman kena beratur panjang.
Alif tanya kenapa kita beratur?
Teman jawap,,ambil makananlah!

Dalam masa yang sama,teman suruh Alif carikan tempat duduk,sebab teman tak mahulah,dengan makanan di tangan,nak pimpin Aaliya,nak jaga handbag,nak angkat kain sebab meleret,nak jaga langkah...teman rasa cukup banyak kerja yang teman nak buat.
Alif balik semula kat teman...
Ibu!tak adalah..
Dalam hati...aduhai..macam mana ni?
Panik,panik...

Masa ambil makanan,teman kena ambil satu pinggan extra untuk Aaliya (mujur Alif tak nak makan).
Bayangkan?
Nak bawa dua pinggan
Nak jaga handbag
Nak jaga kain yang meleret tu..(bukan le meleret macam gaun pengantin,tapi labuhlah juga ikut kesesuaian peten baju)
Nak jaga langkah lagi...
Dan yang lagi membebankan...
Aaliya asyik tarik baju j…

TASKA LAGI...

Image
KALI INI TASKA ORANG LAIN...



Teman jumpa kat FB kawan ...
Menurutnya...anak kecil ini di gigit oleh budak umur lebihkurang setahun lebih!
Bayangkan dalam usia setahun!berapa gigi yang dia ada?satu atau dua atau 10?
Atau baru nak tumbuh?

Pengasuh ni,kalau nak beralasan biarlah masuk akal sikit!
Jangan beralasan macam orang tak sekolah.
Teman mengendalikan Taska hampir 10thn,teman berani bagi RM100.00 (cukup le banyak tu,teman bukan orang kaya pun....)
Jika pengasuh kata budak setahun lebih tu yang gigit.
Teman tak percaya!
Teman tak pernah nampak budak beso tu gigit kawan sampai macam tu.
Biasanya,mereka akan gigit sikit je..
Hujung gigi je,kesannya pun tak beso,tapi segaris lurus tanpa ada bentuk gigi atee sebatang pun.
Mangsa akan menangis kalau sakit dan hanya merenggek minta bantuan dari kita.
Bila kita marah,pembuli akan ketawa dan kemudian mereka akan ketawa sama sama.
Kalau gigitan tu melampau!mangsa akan menangis kuat dan kita akan sedar cepat.Kalau dah parah tahaf ni!ish,ish,i…