Posts

Showing posts from July, 2015

DI MUSIM ORANG JAHAT DI SANA SINI..

ORANG BAIK PULA JADI MANGSA.

Pagi tadi,rumah teman di datangi oleh Jabatan kesihatan.
Biasalah...
Ada kes demam denggi kat kawasan rumah teman.
Biasalah...
Bila ada orang kena demam denggi,di mana dia tinggal di situlah!Jabatan Kesihatan akan sembur ubat nyamuk.
Ubat nyamuk bau busuk tapi mungkin sesuai untuk membunuh nyamuk2 jahat tu!

Hello!hello!teman dengar mereka teriak.
Teman kena tutup aurat dulu ,barulah boleh tunjuk muka...
Ya Encik.ada apa?
Jawap mereka...saya dari Jabatan Kesihatan Puan,kami nak periksa kawasan rumah Puan.
Boleh kami masuk?
Dalam  hati...kau dah tanya,mestilah boleh....
Teman buka  gate,mereka masuk dan meninjau sana sini...
Habis di selak semua daun dan pasu..
Mujur le tak ada pembiakan nyamuk kat rumah teman.
Kalau ada!
Sah!Seekor RM500?Bayangkan kalau ada 50 ekor?
Matilah teman...mana nak cari duit bayar denda?

Sebelah tak ada orang ke Puan?
Teman jawap...ada!kenapa?
Jawap mereka...tak buka pintu pun...
Teman balas...memang mereka tak layan.Ada pun mereka…

POLITIK?

TEMAN MAKIN CELARU

Sahabat tanya...kenapa tak komen sikit pasal politik?
Teman hanya mampu gelak je,dalam hati...tanya  jujur atau perli?teman pun tak tahu..
Sahabat tanya lagi...
Komen le sikit pasal Politik,saja2 je nak baca pendapat u.
Teman gelak lagi.....
Teman tak pasti dia benar2 jujur atau dia mata mata gelap?

Sejak dua menjak ni,isu2politik makin hangat di perkatakan.Malangnya....
Teman makin jauh....
Semangat ingin tahu dah terhakis!
Sana sini kata mengata,umpat mengumpat.
Langsung tak menunjukkan ciri2 politik yang sihat.
Dengan gelagat pak menteri,mak menteri....Kita umpama telur di hujung tanduk.
Mereka begitu rakus!begitu menakutkan......dan...begitu mengecewakan.

Hari ini sejarah berulang lagi...
PM PECAT TPM...
Hanya kerana menyatakan kebenaran,TPM di pecat!
Aduhaiiiii.....
Di tengah2 kemelut permasalahan paling rahsia.
Kebinet di rombak dan menampakan sesuatu yang tak kena  sedang berlaku.

Satu Malaysia gempar dengan pemecatan mendadak ini.Walaupun dah dengar ura ura.…

ANTARA DUA DARJAT

Image
ANTARA SI ENGGANG DAN SI PIPIT..

Teman ada pengalaman mengenainya... Beberapa tahun yang lalu... Teman ada pergi beraya di rumah kawan abang ipar.Rumahnya.... FUHHHH!lumayan...
Kenapa teman ada dalam ini cerita?
Sebenarnya....kami akan beraya di rumah saudara mara sebelah abah teman kat Kolompo,selalunya juga...kami jalan ramai2.Satu rumah ke satu rumah dengan penuh gembira.
Jom pergi rumah kawan abang ude nak?kebetulan kawan tu kawan kepada adik ipar teman,jadinya...serampang dua mata lah kan?
Rumah dia kat mana?
Abang ude kata...belakang zoo...
Teman dan adik beradik lain tercopong mulut,ingat belakang zoo dan tak ada rumah lagi,almaklum le...zoo.Kang banyak binatang buas,siapa lah yang sanggup tinggal kat situ.
Rupa2nya....lagi class tempat tu kau!

Sebaik sampai... Kena letak IC kat pondok pengawal.Lepas tu....Baru boleh masuk dalam rumah yang mewah tu. Sebaik masuk... Ada 2 pembantu rumah sedang masak sup.Tak pasti sup apa,yang pasti....menu hari itu ialah SUP! Kawan abang ipar tu…

LAMANYA BLOG TEMAN KAKU BISU...

TEMAN BANYAK KOJE!

Hari ini,dipagi yang hening...
Mata tak mengantuk sebab dah lewat dari waktunya.
Teman cuba tido tapi...tetap tak mengantuk.
Peliknya!
Kalau teman nak mengaji,tahu2 dagu dah sampai dada!
Buruk benau rupanya.
Kadang2 bila mengaji...boleh terlelap begitu sahaja.
Dalam hati....semuga ALLAH kurniakan makrifatnya buatku.

Semalam..
Rumah teman di datangi sekumpulan kanak2 berbasikal untuk beraya.
Nak tahu pukul berapa?
Pukul 9malam kau!
Ting tong ting tong.....
Teman rimas!teman rasa kanak2 ni tak patut datang rumah orang malam2 buta macam ni.
Teman buka pintu....
Nak apa?
Mereka jawap....dia ni nak raya!
Teman bukan lah jahat sangat.Tapi teman tak berminat nak ajak mereka masukkan.Teman faham...mereka bukan nak beraya sangat pun.Mereka sekadar nk duit raya dan balik.
Teman jawap kuat...
Nak raya apa malam2 buta ni?datang esok!
Tahun2 lalu,keadaannya sama ..
Tapi untuk tahun ni,teman tak mahu menjadi pengalak buat kanak2 meronda mencari duit raya hingga ke malam.
Teman ra…

ISU PERKAUMAN JANGAN DI BUAT MAIN

IANYA UMPAMA API DALAM SEKAM.

Teman tak berapa suka isu ni di jaja kesana kemari..
Ini bukan isu remeh temeh,ini isu BESAR PUNYA!

Setakat ini,teman tahu....
Bangsa lain tak suka pada kita...
Bukan teman tuduh,tapi...
Alif kata...ibu!kawan Alif kata...melayu bodoh.
Teman tanya balik..siapa cakap?
Dia jawap...budak cina yang cakap.
Dalam hati...tengoklah apa yang ibubapa mereka ajar pada mereka.
Ibu!kawan Alif kata...India pencuri.
Teman tanya balik...siapa kata macam tu?
Dia jawap..kawan Alif lah!
Teman serkap jarang...budak cina tu ke?
Dia angguk setuju.
Teman tanya balik...Alif tak balas apa2?
Dia jawap...tak lah!Alif nak kata apa?tapi kawan India Alif kata balik...cina makan babi!
Teman tanya balik...budak Cina tu jawap apa?
Alif kata...dia diam je...Tapi dia selalu menyakitkan hati orang...

Itu sedikit dari permasalahan kat atas...
Sebagai ibubapa...kita juga kena mainkan peranan.Kita tak boleh ajar anak2 perkara yang bukan2.
Macam mana budak cina tu berani kata orang melayu bodoh?…

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA

MAAF ZAHIR  BATHIN

Esok teman nak balik kampung.teman ucap awal2 sebab kat kampung teman line macam siput.
Semalaman teman uruskan baju menimbun!
Tak tahu nak adjust macam mana...
Semua benda nak kena bawa...
Baju raya,baju tido dan lain lain...

Mira!banyak tak beg ibu ni?
Mira jawap...besar tapi...baju untuk 4 orang kan?
Dalam hati.....banyaknya!macam nak pindah!

Setiap kali nak keluar....
Siapkan baju pun ada list.Mula2 si kecik,lepas tu di abang,si ayah dan teman sendiri.
Pening di buatnya...
Keluar masuk baju dalam beg...
Sat sat...teringat...aku bawa tak baju tu?tak pasti....buka lagi dan lagi...

Ibu!ikan bilis atok?
Subhanallah!hampir lupa...Sesekali balik,mak teman nak ikan bilis from Perak.
Bukan tak ada di sana...ikan bilis tempat teman bersih dan tak berlapok.
Teman ikut je..
Pada teman..no hal!janji tak lupa nak beli.Kalau terlupa...nasiblah emak ya...

Kemas rumah,sebelum tinggalkan rumah itu WAJIB.
Teman akan pastikan semua dalam keadaan teratur...
Pesan dengan kucing2 2 e…

GADUH DI LOW YAT

LEBIH PARAH BILA ADA ORANG MENUMPANG SEMAMGKUK.

Kelmarin kita di kejutkan dengan kejadian yang tak di ingini.
Pergaduhan antara pembeli dan tuan kedai APPO di LOW YAT.
Teman ada pergi sekali je...
Masa tu,suami ajak teman gi cari HP.Teman jalan2 je...
Teman tak minat gadget2 bagai ni...
Apa yang ada tu,semua suami yang belikan.
Pada teman...
TAK MASUK AKAL!
Pada teman...LINE paling penting!setakat phone mahal tapi asyik tak ada kredit,Tak berguna juga.

KATANYA....(teman tak pasti punca,mula2 baca cerita ni lebih kurang di bawah,esok lusa....dah tukar,KPN bagitahu,budak melayu tu PENCURI,betul atau tidak....
Kita tak tahu...Yang pasti...jika betul di aniaya,kita setuju bela dia,jika betul dia PENCURI!kita jangan jadi bodoh bela dia.....)
Mula2 teman dengar,anak muda ni beli phone...
Sampai kat rumah,dia baru perasan....phone tu palsu.Lepas tu dia pergi ke kedai tu dan kata apa yang dia rasa.
lepas tu....budak melayu tu kata wakil kedai tu tengking dia dah tak bagi tukar phone.
Lepas tu…

10 MALAM TERAKHIR

SEBELUM DIA PERGI....

Ralatnya...
Teman didatangi bulan.Apa nak buat...
Lumrah wanita.
Sahabat tanya...dah khatam?
Teman jawap..belum,datang bulan pulak.
Sahabat kata...tak boleh mengeluh,tak dapat apa nanti...
Teman jawap...OK...

Dalam keuzuran wanita,teman hanya mampu berzikir dan berselawat.
Jari asyik mengira...Isnin,selasa,rabu,khamis,jumaat.....Wah!dah 5hari.Bercinta nak ganti puasa nanti.
Bukan mudah berpuasa di kala orang lain makan merata rata.Di sana sini orang makan dengan pelahapnya,kita?kena puasa...
Huhuhu...

Sahabat kata...tak baik cakap macam tu.
Teman jawap...bukan saya bantah,cuma nak jujur.....puasa dikala orang lain tak puasa,memang banyak dugaan.
Sahabat kata...oklah tu,ikut je le perintah ALLAH.
Setuju!teman tak akan bantah,tang agama....teman banyak ikut je.Dari dulu,sampai sekarang tak pernah nak pertikaikan.Tak pernah nak tanya banyak2.Tak perlu fikir jauh2,sebab teman tahu...
ilmu teman cetek je..

Kakak kata...aku rasa malam tadi,lailatukadar lah!
Teman tanya…

MALAM LAILATUKADAR

Image
MALAM PALING ISTIMEWA

Teman teringin nak berjaga sampai subuh esoknya.
TAPI...
Mata ni bagai di tarik2,sangat mengantuk.
Kadang2 tengah mengaji,sedar2 dagu dah tunduk serapat rapatnya di dada.
Kadang2....
Tengah solat pun,tahu2 dah beri salam...
Teman bagai hidup atas awangan2...MAMAI!
Kadang2 malu juga dengan ALLAH,nampak sangat kita ni insan paling lemah.
Ada rasa letih rasa mengantuk dan rasa jemu.

Kadang2 kita ni tak berusaha.Langsung tak berusaha...
DOA?
Langsung tak ada!
Impian setinggi langit tapi.........usaha kearah tu hanya hangat2 tahi ayam.
Ustaz pesan..sebelum tido pesan dengan malaikat supaya sedarkan kita,supaya bangunkan kita,kunci jam...
Ini tidak!
Semuanya harap sedar je...
Bila dah sedar....dah lewat,lailaturkadar apa kebendenya?
lepas tu nyesal...Kalaulah aku kunci jam,kalaulah aku doa....
Sebab tu...kita kena belajar,bila kita belajar...azam kita jadi kuat!
Kita akan sentiasa muhasabah diri.
Dan akan cuba jadikan diri manusia paling ALLAH sayangi.

Jika kita tak pe…

IDEA DARI DECOUPAGE

Image
TEMAN BUAT SESUATU YANG TAK TERFIKIR SELAMA NI...

Sahabat tanya...APA?
Teman jawap adalah.....
Sahabat tanya lagi...APA?
Teman kata...Saya buat ini!

DECOUPAGE ATAS PENUTUP MERAH YANG BIASA DAN MURAH!


Kebaikkan:
1)Murah botol paling kecil sekitar RM1.10,sederhana RM1.30 dan yang paling besar lebihkurang RM1.40
2)Kalau jatuh tak pecah!
3)Kedap udara


Akan tetapi...Untuk di gunakan macam tu je,malu lah kot?
Macam tak senonoh le pulak!
Jadi kita akan keluarkan dan masukkan dalam balang yang lebih bergaya.
Masalahnya! balang atau telap kaca....tak kedap udara,kuih mudah lemau,kalau jatuh PECAH!

Selepas di fikir banyak banyak kali!teman pun terfikir untuk DECOUPAGE agar jadi lebih berseri.
Teman beli balang dan mulakan operasi.
Dah siap!teman tayang untuk rakan taulan.Teman bukan nak berniaga sebab belum begitu pandai lagi,teman sekadar memahirkan tangan dan kegunaan sendiri je.

Bila dah siap!kebaikkan lebih banyak lagi.Selain murah,tak mudah pecah,kedap udara....ianya juga boleh kita letakk…

BILA ANAK2 MAKIN BESAR...

RAYA KITA SUDAH TAK MACAM DULU...

Masa mereka kecil...
Kita yang atur perjalanan untuk berhari raya.
Bila mereka besar dan tinggal jauh dari kita..
Kita pula diatur oleh kepadatan jadual mereka.

Suami tanya...
Nak balik kampung bila?
Teman jawap...tanya budak2 bila mereka mula cuti?
Suami tak jadi isi borang cuti.
Bila tanya yang sulung,dia jawap..tak tahulah ibu,boss asyik tak ada je,nak tanya pun susah.
Bila tanya yang no 3,lagi haru biru!berurusan dengan budak lelaki,hati lagi sakit.
Sepanjang masa tak tahu!
Bila teman nak tanya sendiri,dia kata JANGAN!nanti dia uruskan sendiri.
Masalahnya!
Ayah nak isi borang cuti!

Kebetulan raya tahun ni,suami tak sebuk,kami plan nak balik awal,nak pergi cari murtabak Larkin.
Emak kata...orang dah tak beli murtabak larkin lagi,KOTOR!kat kedai dia banyak tikus.
Teman tercopong mulut....
PULAK!
Mana emak tau?tanya teman
Adik cakap!kat belakang kedai dia banyak tikus!
Aduhai...punah impian tinggal anggan je,hati dah terasa rasa kesedapan murtabak tu…

POLITIK DAN TEMAN

Image
MAKIN CELARU DAN MENAKUTKAN.

Hari demi hari,satu demi satu...
Semuanya terbongkar,samada benar atau tidak itu masalah nombor 2.
Yang pertama.....
Apa sebenarnya yang berlaku.
Hidup makin tertekan,Ringgit jatuh menjunam.
Cukai sana sini,harga barang melambung tinggi.

Benar!teman tak pandai,teman tak cerdik macam para pemimpin.Tapi sebagai pemerhati....
Teman tahu banyak yang pincang.
Percaturan tak kena gaya...
Manusia2 munafik berada sekeliling kita.
Amanah yang di beri di letak bawah kaki.Langsung tak takut TUHAN.Masing2 berlagak macam saudagar!walhal.....hidup mewah dari kepercayaan yang di beri.
Kami memilih anda,kami membayar gaji anda!tapi...anda memusnahkan kepercayaan itu.

Impian kami musnah,negara makin kelam kabut.
Sana sini orang bercerita mengenainya.
MALU?
Teman tak malu....
Sebab....bukan teman tak amanah.Teman dan orang lain tak malu....
Cuma kami rasa hampa dan kecewa jika semua ini benar2 berlaku.
Orang luar ketawakan kita?
Biarlah!
Mereka hanya mampu ketawa,kita yang …

UBAH SIKAP-JANGAN BALIK KAMPUNG RAYA TAHUN INI.

Image
AGAK2LAH APA KATA IBU KITA..



Pakar kewangan lah katakan..
Dia memang mahir bab jaga WANG.
Kalau boleh dia hendak tingkatkan tabungan kita,sebab tu cadangan dia banyak pada UNTUNG sahaja.Rugi tolak tepi...

Dia beri kita idea,bukan keputusan muktamad.
Katanya...
APA KATA TAHUN NI.....KITA JANGAN BALIK KAMPUNG.JIMAT DAN TAK KELUAR DUIT BANYAK UNTUK MINYAK,TOL DAN HOTEL.
Jangan salah sangka,niat dia untuk kita tak terbeban dan tak mahu kita akan beri alasan sebab GST dan sebagainya.

Teman call mak kata tak balik....
Mak teman tanya kenapa?
Teman kata...gawat,jimat pada yang tak berfaedah.
Mak teman balas,,,mak dah tua,entah esok entah lusa,mak mati...lepas tu kau tak payah lah balik lagi.
Teman jawap...kita dengar nasihat pakar kewangan,cuba jangan balik kampung,untuk tahun ni sebab kegawatan ekonomi.
Mak teman kata....tak pe lah kalau mak tu(sayu je bunyinya)
Teman kata lagi....mak tak ambik hati ke?
Emak jawap...taklah...kalau dah susah sangat,mak nak buat macam mana?
Itu mak teman,mung…

DI LAYAN PERSIS RATU

SEMUANYA SERBA SEMPURNA.

Kawan tag gambar tu kat teman.
Mula2 tengok....
Meluat pun ada....
Tapi...
Apa nak buat,isteri orang ado ado.Mesti dilayan 5 bintang!
Cuma tu lah....kena pandai ambil hati rakyat,depan umum jangan buat gini.Orang tak suka nak lihat.
Ini dah kes MEMBULI!
Tapi apa nak buat,pembantu tu di beri gaji untuk layan dia kan?
Pakai kasut,silap2 pakai baju dan kain kot?

Lama dulu,TMJ negeri teman buat gini juga...
Tiadalah di perkatakan kerana dia anak SULTAN.Kalau di perkatakan pun sekadar habis di situ je.
Masalah nya?
Dia hanya isteri orang ado ado,dia mungkin di beri keistimewaan,tapi jangan di pertontonkan.Sesekali merendahkan dirilah sikit.Apatah lagi di saat2 macam ni.
Sana sini orang dok kata suami dia kan?
Songlap duit bukan ratus bukan ribu bukan juta tapi dah berbilion!
Sebab tu....
DIA harus....
Pandai2 sorok benda2 remeh ni.
Rakyat dah meluat,tiada sayang di hati rakyat lagi.Gara2 dia ketepikan semua hak kita!
Yang tinggal hanyalah sedikit kekuatan untuk hid…

RUMAH SEWA

DI MANA MANA PUN SAMA....

Anak kakak dapat kerja di Pulau Pinang.
Seharian dia mencarikan rumah sewa,kebanyakkannya MAHAL2 belaka.
Orang kaya je yang dok rumah tanah,itu pun perumahan lama,perumahan baru?usah di tanya sewaanya,melambung tinggi macam pisang goreng cheese!
Kondo atau bangunan tinggi2 usah di tanya...
Kalau setakat gaji budak baru habis belajar,hanya mampu dok sewa bilik je le...
Sebilik RM300.00
Nak murah?
Bilik kecik ukuran panjang katil bujang je.
MAHAL KAN?
Pada teman melampau sangat!
Rumah teman kat Johor pun teman hanya sewa RM400.00 je...
Teman nak naikkan kesian....
Budak baru nak hidup,tapi...dalam diam,teman suruh dia beli je,senang dan tak perlu teman nak layan penyewa2 akan datang.

Jalan punya jalan...
Kakak beritahu agen,tolong carikan rumah ada banyak orang melayu.
Agen India tu kata...
Buat apa?duduk dengan melayu tak bagus!orang melayu suka bising,suka gaduh,suka marah anak2 jerit2 macam serupa gila!anak2 bunyi motor kuat2,mahu tido pun tak senang.Orang I…

AJAR ANAK PUASA

Image
TAK WAJIB SEKADAR MENDIDIK SAHAJA.

Anak2 teman dah mula puasa sejak umur 5thn.Tak paksa sekadar mendidik dan mengenalkan PUASA untuk mereka.

Mula2 banyak kerenah,lama2 dah ok dan berjalan seperti biasa.

Artikel ni buat teman seriau!
Teman tak le terfikir sampai ketahaf ni.teman sekadar nak dia puasa,jika tak tahan...dia boleh makan.
No problem.

Anak kat atas tu mati sebab kena stroke haba.
Baru2 ni je keluar istilah2 ni..
Sejak 47thn,teman tak pernah tahu mengenainya.
Jarang sebab PUASA  orang MATI.
Amat jarang sekali.
Akan tetapi...jika kita baca ceritanya.
Kita kena faham...tiada yang mustahil dalam dunia ni.
Jika anak2 minta air.....
Kita lihat dulu keadaannya.Jika masih boleh melenting!maknanya tenaga dia masih banyak,dan kita tak usah layan.
Tapi...bila kita tengok keadaan dia semacam je...
Batalkanlah PUASAnya,kita orang tua pun tak sanggup berlapar dan berdahaga,apatahlah lagi mereka.

Ramai orang kata atau nasihat dari para ustaz2.
Ajar anak solat dulu,PUASA tu kemudian.
Bila a…

ALVIN YANG MELEKAKAN

Image
JANGAN MUDAH MELATAH!
BIARKANLAH DIA...

Teman jumpa ini..

Tapi...
Tak terlintas nak marah pun...
Nak tahu sebab apa?
Dia individu yang datang pada kita untuk menguji,
kalau kita ada POWER!kita pasti nampak kat kepala dia ada 2 tanduk,mata merah menyala,taring tajam mencengkam bibirnya.
Usah layan...

Dia sengaja menulis ayat2 ini untuk timbulkan kemarahan kita.
Pada teman...
Dia tak faham atau kurang faham atau tak cuba untuk memahami.

Pakai tudung bagi kita wajib,orang perempuan islam yang dah baligh WAJIB pakai tudung dan tutup aurat(walaupun ramai yang pakai tudung tapi telanjang).
Alvin sengaja provok kita..
nak ikutkan....
Tak jadi kudis pun buat kita.
Jalan terbaik,jangan layan...
Biarlah dia menulis ikut sukahati dia...
Bila penat dia akan berhenti.

Sebagai orang islam yang baik,kita kena terangkan elok2..
Jika Alvin tetap berdegil dan terus tunjuk samsengnya.Doakan agar dia di beri hidayah.Ramai manusia yang masuk islam pernah mengutuk sepenuh hati islam tu.
Jangan risau....
Ja…