Posts

Showing posts from August, 2015

BERSIH4

SEKADAR INGIN TAHU....

Tak pernah dapat join,hanya semalam entah apa rezeki,teman dapat melihat sendiri,rakyat jelata macam teman berjalan menuntut keadilan.
Dari Setiawangsa,kami naik LRT.Kami khuatir tak dapat parking nanti.

Seperti biasa kami takut pada kesesakkan,tapi berbeza dengan semalam..
Suasana agak santai,nak beli tiket LRT pun senang je..
Dalam LRT pun lenggang,ada seorang dua memakai baju serba kuning dengan logo BERSIH4

Kami turun di Dang Wangi,ada sekumpulan anak2 Cina berkumpul untuk ke tempat perarakan.
Kami sertai mereka,dan kehadiran kami amat di alu alukan.
Kami berjalan perlahan dalam satu kumpulan,tak di galakkan  berpecah.Semua berkemungkinan.
Keadaan tetap lenggang..
Tak sesibuk yang teman fikirkan...
Tanya adik...mana manusia?selalu kita tengok kat TV macam ramai je...
Adik jawap...hari sabtu kot?
Teman angkat bahu...mungkin...

Kami susuri jalan..
Sambil borak2 dengan peserta yang lain.
Semua bawa matlamat yang sama...
Tuntut beberapa perkara sahaja.
BERSIHKAN…

SAKIT..

SATU PETANDA ALLAH KASIH ALLAH PADA KITA.

Sakit?
Semua orang takut SAKIT.Mustahil orang senang hati bila badan SAKIT.
Teman nak kongsi sikit je...
Ada kawan teman sakit,tak serius cuma sakit sikit kat area belakang dan leher.
Sahabat tanya....kenapa cakap sakit sikit je?
Teman jawap....yalah sakit sikit je,bukan terlantar tak boleh bangun.Boleh pergi sana sini,boleh makan sedap2...yang paling penting,masih boleh pakai gincu!
Sahabat gelak sakan.Betul2!kalau dah tak boleh bangun barulah sakit banyak kan?pandai uuu!

Dia ketegori sakit tak teruk,baru je rasa sakit.Baru je rasa tak selesa.Almaklum orang ado2,sakit sikit dah takut.kalau orang biasa.....tawakkallah!Tak panik,sebab orang biasa sentiasa dalam keadaan bertenang.Mati lebih baik dari hidup.Mati boleh rehatkan orang2 biasa ni,selagi tak mati!kerja,kerja,kerja.

Alkisahnya....
Sahabat teman yang sakit ni,selalu mengeluh kesah.Sakit tu tak seberapa sebenarnya.Teman rasa macam nak sekel je...
Belakang dia lenguh,leher dia lenguh...
D…

BERSIH 4

Image
29-30HB OGOS 2015


Sahabat tanya....pernah pergi?
Teman jawap...tak pernah.
Sahabat kata...tak usah le pergi...
Teman tanya ..kenapa?
Sahabat jawap...jauh satu hal,bahaya pun satu hal..
Teman senyum je...
Teman akui,sebagai isteri,sebagai ibu,rasa2nya tak sesuai nak pergi pun.BERSIH tu tak bahaya,orang keliling yang jadi SETAN tu yang bahaya.
Teman tak rasa,pendemo tu merbahaya,mereka cuma datang dengan satu tujuan iaitu..
KEJAYAAN DAN KEAMANAN NEGARA TERCINTA.

Teman diam je...
Dalam hati,tak pergi atau pergi...hati teman dah BULAT!teman tahu apa yang akan teman buat pada PRU akan datang.
Teman tahu apa yang baik untuk negara,nusa dan bangsa.
Serta teman tahu apa yang terbaik untuk generasi akan datang.
Teman tahu itu,jangan risau,teman tak akan buat salah.

BERSIH kali ini akan di buat selama 34jam.Bermula 2ptg 29hb hingga keesokkannya.
Sahabat tanya...wah!semalaman?
Teman angguk,ya...itulah yang saya baca.
Sahabat tanya...tak bahaya ke?
Teman jawap...BAHAYA!macam2 boleh jadi.Tambah2 la…

TUDUNG FAREEDA

Image
KES TERBARU KE?

Hahaha...
Tak mahu nak mengutuk,tapi....buat malu je..
InsyaALLAH,teman tak akan terikut.Bukan cakap besar,tapi....teman tak akan berebut atau beratur macam ni...
Sanggup tido baring kat kaki lima hanya kerana tudung ini?
OMG!
Tolonglah kaum hawa,jangan bodohkan diri ..
Banyak lagi tudung yang anda  boleh beli...
Jangan jatuhkan martabat diri hanya kerana sehelai tudung berjenama FAREEDA.
ALLAH tak suruh kita tutup aurat dengan tudung yang begini.Jenama ni tak memenuhi syarat yang ALLAH mahukan.


Sedarlah wahai kaum hawa....
Jangan lah keterlaluan...
Berfesyen tu boleh....tapi jangan le sampai tido baring kat kaki lima kedai!
ish!
Tak masuk akal teman le...
Lagu ni...

MERDEKA

Image
MERDEKA KAH KITA?


Bendera ni teman pasang setiap tahun.Tak buka2 walau hujan panas melanda.Akan di tukar bila dah lusuh sahaja.
Teman sengaja memasangnya,untuk didik anak2 teman agar menghargai jalur gemilang yang cantik berseri ini.
Jalur gemilang tak salah!
Yang salah....manusia yang tak amanah,yang tiada semangat patriotik dalam hati.

Kebetulan teman tinggal jauh dari kelompok sebangsa teman,maka teman kena tunjuk pada jiran2 teman....
SAYA ANAK MALAYSIA!
SAYA CINTA MALAYSIA!
SAYA MAHU ANDA TAHU....KEMANA SAHAJA SAYA BERADA,INILAH LAMBANG SETIA SAYA KAT NEGARA TERCINTA.
kata2 tu hanya dalam hati,dan berharap agar jiran tetangga sedar untuk turut bangga dengan MALAYSIA.

MERDEKA makin hampir...58thn,terlalu lama dan sepatutnya kita semakin maju dan aman sentosa.
Malangnya...makin hampir tarikh keramat itu,semakin luntur perasaan di hati.
Tak tahu nak kata apa...
Yang pasti....teman semakin terasa kita sebenarnya belum MERDEKA!
Kita MERDEKA pada kertas tapi dalam hati tetap suka di ja…

KES CULIK KANAK2 SEMAKIN MERUNCING

Image
BENAR ATAU SEKADAR GOSSIP?




Pesanan ringkas ni teman dapat dari suami.Ini bermakna teman dah dapat banyak pesanan ringkas macam ini. Culik kanak2,untuk ambil organ dalaman untuk dijual keluar negara. Percaya atau tak... Semua ni dah berlaku dan berluase sekarang.
Tindakan polis? Teman tak mahu komen,polis pun pening kot nak selasaikan masalah. kanak2 hilang bukan baru,tapi dah lama... Ada yang hilang TERUS! Ada yang tinggal jasad Dan  ada yang jumpa kembali. Alhamdulillah...
Kelmarin,teman dapat video pengakuan mangsa,anak nya berusia 14thn,di culik dan di bawa lari ke satu tempat,kebetulan kanak2 tu cerdik,setiap perbualan dapat difahami dan menunggu peluang untuk lari. Antara sebab dia di lepaskan.. Umur telah melebihi had yang mereka kehendaki. Bila tiada permintaan.... kanak2 tu di lepaskan dengan syarat jangan buka mulut!
kelmarin,seorang ayah tunjuk kat teman kes seorang kanak2 perempuan telah di culik di pekan Lumut.Hingga kini kanak2 tu tak di temui. Mula2 teman tak percaya.. Y…

CELOTEH ANAK2

PENGANTIN DULU DAN SEKARANG

Teman kemaskan gambar2 kahwin teman  23thn lalu.
Sekitar tahun 90-an.
Anak2 kecil ada di sisi melihat2 gambar tu.
Sambil gelak2 bila ada gambar2 yang pada kita cukup cantik,tapi bagi mereka kelakar tahaf tetinggi.

Teman dengar je bualan mereka..
Yah!kau tengok muka ibu,masam je...
Yah!kau tengok gincu ibu,merah sengat!
Yah!kau tengok ayah...kurus,tapi sekarang dah gemuk!
Si Yah jawap...bukan gemuk tapi buncit.
Gelak ketawa memecah sunyi.

Selak lagi lembaran baru...
Ketawa lagi dan lagi dan lagi...
Hati teman dah mendidih.Teman kata...tak baik,kutuk ibu bapa sendiri.
Keduanya jawap...tak lah ibu,kitaorang ketawa je...
Teman tanya...cantik tak?sambil tunjuk gambar teman pakai baju minangkabau.Aaliya jawap...ibu tengok cantik tak?
Teman jawap...cantik lah!
Dia kata...kalau ibu kata cantik,jadi cantik lah!
Alif sampuk...kenapa muka ibu masam je?
Teman jawap...
Orang dulu2,kalau jadi pengantin,tak boleh ketawa2...nanti ada orang kata..gatal nak kahwin le tu!
Ali…

NAJIB KATA KEWANGAN NEGARA TENAT

Image
CAKAP SAHAJA?
LANGKAH SELANJUTNYA?

Bergaduh sesama sendiri?
Mengutuk sana mengutuk sini?
sakit kepala wehhh!

keadaan makin parah!
Walaupun.....
GST di teruskan
Subsidi minyak petrol dan diesel telah di hapuskan
Tol bakal di naikkan..
RM2.6Billion tak tahu entah ke mana?
Pendek kata....keadaan makin menyesakkan dada!

Sebagai PM merangkap menteri kewangan...agak2nya....apa cara bakal di buat NAJIB?
Hanya nak tunjuk pandai berkata2?tapi wa hasil balik asal?
Rakyat dah berkorban walaupun tak buat hutang piutang berbillion.Rakyat menahan lapar dahaga hanya kerana duit yang tak bernilai.
Semua janji hanya manis di mulut,hakikatnya....habuk pun tak ada!
Rakyat di dahulukan hanya slogan penyedap kata.
Hakikatnya....
Kami tahu kami di tipu hidup2.

Rentetan kes2 yang membabitkan duit bukan puluh ribu tapi berbillion billion!Malangnya...
PM masih lagi nak bertahan memegang tampuk pemerintahan.Pleaseeee PM,buatlah sesuatu atau sila letak jawatan jika tak daya nak atasi.Berterus terang sahaja..
ra…

MALAYSIA BAKAL BANGKRAP?

Image
OHHH TIDAKKKKK!!!


Tun Daim dah bersuara....
MALAYSIA AKAN BANGKRAP PADA SEPTEMBER INI SEBAB RINGGIT SUDAH TIADA NILAI.
Puas hati penyokong tegar UMNO?
BAKAL BANGKRAP!
Masih nak jadi pak turut?masih nak kekalkan apa yang ada....
Sanggup mati bersama PM Najib?kata seorang wakil dari Kepong.
Masih sanggup jadi hamba seorang PM yang boros?
Masih?
Sila kan..........

Kami yang tak menyokong dah sedaya upaya sedarkan anda semua.
Tapi...
Jika itu yang anda pilih?
silakan....
Kami tak daya lagi nak berkata kata...
Semua akibat perbuatan kita akan sama2 rasai,akan sama2 tanggung selagi nyawa ada di badan.

Sekarang ni pun,beban dan terasa,apatah lagi selepas RM tiada lagi nilai di mata dunia.
Bukan mudah nak pulihkan...
Tapi...
Banyak yang rela asalkan 'mereka2' bahagia.

Teruslah jadi penyokong membawa rebah ya Tuan Puan sekelian....
Teman dah tak tahu nak kata apa lagi....




BERUK (MICHAI) DAN MERCUN BOLA

Image
SUARA MENUNJUKKAN BANGSA



Salah satu contoh hati manusia semakin HITAM

KEMAJUAN MANUSIA TERKINI

Image
MENGALAHKAN HANTU RAYA!






Kisah berlaku di Taman TAR Ampang.
Kebiasaan binatang akan makan sahaja apa yang kita beri sebab....DIA TAK ADA AKAL!
Kita yang berakal kena fikir apa makanan yang sesuai buat mereka.
Sebab kita manusia di beri OTAK untuk berfikir.

Malangnya ada beberapa manusia yang boleh di ketegori bodoh piang!telah mencampak mercun bola kat monyet ni.
Sebaik di pegang,mercun tu meletup hingga hilang jari hamba ALLAH ni...
Kita tengok muka,kena tengok luka kat jari tu.....kita tahu monyet ni sakit.Dia sedang terpinga pinga memikir apa yang dah berlaku kat jari2 dia tu.
Malangnya....manusia ketegori bodoh piang ni akan gelak2 suka,sebab dalam otak kepala dia dah hilang nilai2 murni kemanusian.
Pastinya anak muda dan amat mustahil orang tua akan buat keje ngok ni.

Sahabat kata...mana tau budak2?
Teman jawap...tak kan le orang tua!
Sahabat kata lagi...tak mustahil,orang tua sekarang pun dah macam2!jahat mengalahkan hantu raya!hahaha...dari sini le teman dapat ayat kat atas tu.M…

PENANTIAN SETENGAH ABAD

Image
BARU DAPAT JEJAK KAKI KAT MEKAH


Mak Cik kenapa menangis?
Mak Cik diam sambil mengesat air mata yang tumpah membasahi pipi...Tangisan terus memecah sunyi.
Mak Cik ingat Pak Cik.....pasti itu jawapnya...
Sausana terus suram....
Tahun ni,Mak Cik di panggil untuk jadi tetamu ALLAH,tapi Pak Cik tak ada.....pasti juga itu sambungan ceritanya.
Suasana terus suram.....
Selama 50thn,akhirnya Mak Cik dapat ke sana...
Suasana terus terusan suram....
Duit tu Pak Cik simpan sejak 50thn lalu...
SUBHANALLAH!50thn simpan duit baru tercapat hasrat di hati(pasti ini yang terdetik di hati)
Tapi...Pak Cik dah tak ada,tinggalkan Mak Cik.....
Suasana terus sunyi sepi,tangisan Mak Cik pasti kedengaran walaupun lahan...
Pak Cik kerja kampung,buat sawah je...Pak Cik susah payah simpankan duit untuk kami gi haji,tapi...malangnya ALLAH jemput Pak Cik awal.....Hanya Mak Cik yang berjaya pergi,itu pun dari hasil usaha keras Pak Cik menabung.
(Jasa mu di kenang....Alfatihah buat suami Mak Cik...)

Kisah tu,teman ba…

POLITIK MALAYSIA SEMAKIN KALUT

DAN TAK PASTI BILA AKAN BERAKHIR..

Sana sini orang asyik cerita pasal politik Malaysia yang semakin mengarut!
Dalam kegawatan ekonomi paling teruk!
PM kita tetap menguruskan diri sendiri.
PM kita asyik dengan keinginan untuk menguasai Malaysia.

Sana sini orang cerita pasal 1MDB,GST,NAIK TOL,NAIK MINYAK DAN PALING SENSITIF SEKALI!
DERMA RM2.6B YANG PM kita perolehi dari sumber yang kabur.
Ikut hukum akal...siapa lah yang baik budi beri wang sebanyak tu?
Bukan sikit tu....7 keturunan makan tak habis!

Raya kelmarin...
Inilah topik terhangat.Sana sini orang geleng kepala....
Apa nak jadilah Malaysia.
Semakin kalut!

Paling kita benggang...
Kejap derma tu dari kutipan derma parti,kemudian kata dari timur tengah.Maaf teman memang tak mengikuti lagi...
Pada teman...tiada apa lagi yang nak teman perjuangkan.
Nasi dah jadi bubur...
Tiada apa lagi yang nak di tangiskan.
Semuanya semakin kalut dan menakutkan.

Lebih malang...
Penasihat2 PM semakin hilang arah,kenyataan mereka sering di jadikan law…

GUBAHAN KAHWIN

SERBA  MODEN..

Jika dulu kita gubahan kahwin atau tunang berbelit2. Ada bentuk angsa,bunga ros sekuntum,buah anggur dan macam2 lagi. Lepas kecuh kata tak boleh bentuk binatang. Semua rekaan tu mati macam tu je...
Masa zaman teman,gubahan tu wajib di sunting dengan hasil kerja tangan.Bunga di buat sendiri,pendek kata....belum ada bunga plastik terpanting atasa dulang.Semua di reka dari kreativiti pengubah misalnya mak andam.
Zaman berlalu.... Gubahan terakhir yang teman dan keluarga reka....sekitar awal thn 2000. Masa tu dah moden juga,banyak rekabentuk sedia ada di pasaran terutama di SSF. Pusat gubahan terulung di pasaran.
Baru2 ni... Sahabat nak tunangkan anak... Teman turut sama mencari bahan2 untuk bantu dia dapat idea yang terbaik. Subhanallah!cantik2 belaka.. Dah tak ada dulang2 tembaga... Yang ada semua kotak2 lut sinar...ditambahkan lagi dengan batu2 kristal bertabur di atasnya. Bunga2 pun tak macam dulu.... Kini lebih ceria.Berwarna warni beranika rupa.
Bayangkan lagi 5thn,pa…

KAHWIN CAMPUR...

ADA BAIK DAN BURUKNYA.

Teman pernah ada BF bangsa cina.
Aw Seng Chow nama di beri...nama glamour Danny Aw.
Ceh ceh.....
Bukan main ya....
Hahahaha

Teman kenal dia dari ting 1 hingga tamat sekolah.Tapi sekadar gitu2 je...
Lepas dia ke Kanada,dia mula berutus surat nak ajak teman kahwin.
Masa tu...temam tak matang,tak tahu nak kata apa....
Pada satu hari....teman terjumpa banyak poskad dari BF kat bawah alas baju.Teman tanya mak kenapa mak simpan poskad2 ni?Emak kata...kita tak cukup kuat nak didik dia,jika kita gagal,kita akan berdosa.

Teman diam je...
Teman masa tu tak tahu apa2....
Bercinta jarak jauh,mana sama dengan hari2 jumpa.
Lepas mak tunjuk sikap tak suka...
Teman mula abaikan BF,teman senyapkan diri dan akhirnya....BF pergi jauh dari teman.
Biarlah...bukan jodoh teman agaknya.

Teman juga ada kawan yang berkahwin campur...
Mula2 dia tak suka...
Lama2 dia suka dan berkahwin dan telah di anugerahkan anak 4 orang.Baru2 ni nampak kelibat dia dan keluarga di Madinah dan Mekah.Teman…

JIKA KITA FAHAM MAKSUDNYA..

Image
PASTI KITA AKAN JAUH LEBIH BAIK DARI SEKARANG.

Benar kata ustaz ustazah...
Hidayah tu milik ALLAH.
Jika tiada hidayah darinya....tobat lahom!kita tak akan memakainya.

Masa teman togel tak bertudung.Teman sendiri pandang orang bertudung tu asing.
Bukan teman tak tahu hukum tapi...hidayah milik ALLAH.
Belum terlintas untuk memakainya.

Teman tahu...rambut tu aurat yang wajib di tutup.Teman tahu.....islam larang kita mempamerkan rambut di khalayak ramai walaupun sedar.....rambut mahkota wanita.

Tapi...
Kita selalu pandang remeh remeh bab ni..
Selalu kita dengar wanita kata...tak tutup aurat tapi hati baik.
Apa kene mengena aurat dan hati?
Aurat tu anggota badan yang terbuka dan wajib di tutup...
Hati pula organ dalaman dan tidak kelihatan di luar serta tak menganggu mata lawan jantina.

Kadang2 kita ikut hati sangat.Kita tak cuba nak faham...
Mengapa kita di wajibkan tutup aurat?

Masa teman pakai tutup kepala,umur masuk 21thn.Sebelum tu ada beberapa manusia yang nasihat suruh pakai termas…

BINATANG PUN KENAL...

Image
MANUSIA YANG BAIK DAN JAHAT!

Seekor burung terbang dan hinggap kat kepala Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.Masa ni,Erdogan baru selesai solat jumaat di Masjid Al Qiblah. Sahabat kata...biasa le tu.. Teman jawap..tak biasa,luar biasa!Mana ada burung tetiba hinggap kat kepala kalau berak atas kepala tu ada... Sahabat cemek bibir....Kebetulan... Teman jawap...mungkin,cuma harap ada petanda baik utk umat islam.

Teringat kata2 seorang ustaz... Kalau orang tu baik,bukan manusia je yang suka,binatang pun akan turut menyukainya. Kita? Panggil kucing peliharaan pun tak di layan!Walhal...pagi petang kita le yang beri dia makan! Bila panggil buat dek je... Muhasabah diri sat. Nak suruh orang suka pun susah,inikan pula binatang. Ish,ish,ish..
Teringat juga  kata2 hikmah dari ustazah teman,ciri2 orang yang baik, Hati itu seperti pohon.Bila dahannya rendang,burung2 pun senang hinggap di atasnya. Apa2 pun.... Kita gembira dengan pemimpin begitu.Kita mengharapkan satu hari nanti.....MALAYSIA juga…

INSTANTLY AGELESS

Image
KEAJAIBAN DUNIA MODEN



Pernah dengar?
Krim untuk mudakan kita.
Teman hanya tengok kat youtube.Dalam hati...ya ke?macam tak percayalah!

Adik teman ada kata...
Ish!kita nak belilah krim mata tu..
Teman tanya...krim apa?
Dia jawap...krim tu sapu je kat bawah mata,nanti bengkak tu hilang.Tengok kat youtube,diaorang ada tunjukkan.

Balik dari rumah dia,teman luangkan masa cari krim yang di kata2 kan paling baik.
Saksikan lah...
Krim untuk hilangkan bengkak2 kat muka.Kerut kat dahi dan tanda2 penuan yang lain,sapu tunggu kejap...
NAH!hasilnya...lumayan kok!

Pada satu hari,kawan teman datang bawa kirim tu,jujur kata...teman ni tak suka bersolek dan tak pandai nak berdandan lebih2..
Cukup lipstik,celak dah ok...
Solek ala2 wayang pekji masa menikah je..
Belum ada keperluan untuk bersolek tebal2.

Apa2 pun...
Dek asakan kawan2,teman cuba beli...sekeping dua.
Nak tahu berapa sekeping?
Tak mahal bagi orang kaya,bagi orang yang dapat BRIM...
Subhanallah!mahal yang amat amat sangat.
Sahabat tanya...b…

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 23THN

SYUKUR....

Diam tak diam...
Dah 23thn teman berumahtangga....
Dah berbagai2 rintangan kami lalui...
Kami pasangan biasa,dari kalangan orang2 biasa je...
Makanya,tiadalah yang luarbiasa berlaku dalam rumahtangga kami.

Dari awal kahwin....
Tiada yang menarik untuk di ceritakan..
Yang pasti kami lalui bersama dengan sabar.

Kami pernah lalui zaman susah,senang sikit dan senang banyak!
Hahaha....
Boleh gitu?
Senang banyak!kelakar je ayat.

Pencapaian terbaik....
Dapat bawa anak2 dan emak gi umrah.
Masa tu....tiada yang terbaik kami lakukan untuk keluarga.
Pada suami,cari duit susah2 tiada tempat paling baik selain di sana.Kebetulan suami dulu belayar,jadi dia dah tak berapa suka nak TERBANG kesana kemari lagi.
Pada dia...cukuplah cuti2 dalam negara je.
Jimat dan boleh santai selalu.

Selama 23thn kahwin...
Gaduh?
Subhanallah!mustahil tak gaduh...
Tapi selalu ingat pesan arwah emak mertua...
Hutang banyak tak pe...asalkan setia.
Itulah pesanan yang pada teman sangat bererti.
Hutang banyak,sam…

PERJUMPAAN RAYA 2015

HATI RASA NAK PERGI,TAPI KUDRAT.....
LEMAH....JAUH SANGAT!

Mereka dah lama rancang.Teman tahu mengenainya...
Tapi....dek jauh,teman pendam hati.Malas nak janji.
Bila kawan2 tanya...
INSYAALLAH....
Kalau ALLAH izinkan,sampailah aku..
Itulah kata2 teman pada mereka.

Ada yang kata...ikut hati,kalau hati tak mahu,apa pun tak jadi.
Benar....
Teman ikut hati...
Bukan teman tak suka,tapi...keaadaan tak mengizinkan.
Setakat hari itu,keputusannya tak pergi.
Titik...

Semalam,teman msg seorang kawan lama.
Teman tanya...tak pergi?
Dia kata...hati nak pergi tapi...sibuk sikit.
Teman kata...
Ok yang penting ada hati nak pergi.Kesian ketua tu,niat nak sambung silaturahim,kita pula tak beri kerjasama.
Jom kita pergi,kamu belanja saya?
Kata putus di ambil...kawan sekelas teman sanggup bayar untuk teman.Walaupun tak mahal..kesanggupan tu buat teman suka.

Tadi siang teman call beberapa kawan,kata teman jadi balik minggu ni,masing2 gembira dan kami janji akan jumpa di sana.
Teman tak ramai kawan,kawan ka…

MYANMAR DI LANDA BANJIR BESAR

Image
SEHINGGA MEMINTA BANTUAN DUNIA.





Dek sibuk dengan urusan sendiri,teman lupa hal ehwal dunia luar.Teman tak nonton TV,tak baca paper,teman hanya baca berita melalui blog je.
Baru satt jumpa artikel ni..
MYANMAR DI LANDA BANJIR BESAR SEHINGGA MINTA BANTUAN DUNIA.
Teman tengok tarikh...betullah berita terkini.
Terpacul di bibir...
Padan muka kot?kelmarin kau halau orang islam,kau pukul bantai seolah2,orang islam tu barang tak bernilai,tak bernyawa.
Sekarang kau rasa....
TUHAN aku balas hanya dengan BALA macam ni.
Air besar,wabak penyakit dan kerosakkan bumi.
SIAPA LEBIH BERKUASA?
SAMI KAU?
Mereka juga tak boleh buat apa2..
Mereka hanya pandai membantai manusia yang tak bersenjata.
Mana ada agama di dunia yang mengajar umatnya mengasari penganut lain?hanya agama2 kamu sahaja yang buat begitu.
Ugama kami TIDAK!
Kami tak di ajar untuk rosakkan hubungan dengan agama lain walaupun kami tak setuju dengan kamu semua.

Banjir besar ni,dah menelan 46 orang dan 210 000 orang yang lain sedang menderi…

BALA UNTUK KITA

HARAP DIJAUHKAN DARI KETURUNAN..

Masa baca kisah budak 11thn beranak kecil,mulut tak henti2 kata....subhanallah!siapa le yang buat keje ni?
Biasanya dalam kes2 macam ni orang2 rapat je yang terlibat.Rupa2nya dalam diam...anak2 kecil ini dah ada BF!
Masa teman umur 11thn,teman tak tahu apa2...Yang teman tahu meloncat,berlari dan aktif ke sana ke mari.
Belum terfikir nak bercinta.
Tak sangka,anak2 ini dah bernafsu dalam usia semuda ini.
Tak tahu nak kata apa....

Salah ibubapa?
YES!berani teman kata...salah kita.
Jangan melenting,jangan nak tunjuk samseng...
Salah kita.
Kenapa?
Kita tak jaga,kita biarkan anak2 melata,kita tak ajar agama pada mereka,kita tak ajar akhlak yang islam tuntut kita buat,kita tak pantau anak2...
Sahabat kata...ada ibubapa yang pantau anak2,tapi kawan pulak!
Teman kata...itulah pasal!kita pantau anak2,kawan2 pula bawa masalah.Kalau kita semua sama2 pantau anak2,comfrim!anak2 ini tak jadi gini.
Saya jaga anak2 saya baik,awak jaga anak2 awak baik2.Semua orang jaga …

POLITIK

SEMUA ORANG BIMBANG ...

Sana sini...
Orang akan kata...habislah...
Sana sini..
Orang keluh kesah akannya...
Satu dunia gelak kan kita...
Tapi..masih ada yang tak faham,masih jadi tukang angguk,geleng2..
Sampai bila kita nak begini?
Politik yang kotor,kegawatan ekonomi,RM yang merundum jatuh..
Sangat menakutkan.

Sahabat kata i dah pening baca paper,dah terang lagi bersuluh!pusing macam mana pun,pekong makin terserlah!
Dia tetap buat tak tahu...EEEeeee tak malunya!
Teman hanya senyum,dalam hati....betullah tu!tak malu lah!

Teman akui.....teman dah tak boleh tengok muka,dengar suara....
Teman betul2 MUAK!
Setiap pagi akan ada suara dia di TV atau radio...
Tangan teman pantas menekan punat TV atau radio....SENYAP!

Abang ipar teman kata....
I tak mahu campur,kalau salah....jatuh dosa pulak!
Mungkin abang ipar atau biras I tu terkecuali.Dalam hati....pakar bedah mayat tak ada masa nak fikir bab politik,pada mereka hari2 tengok mayat,tengok mayat.....
Langsung tak ada hiburan lain..
Bila tem…

MH 370 DAH DI TEMUI....

KATANYA....

Semalam PM kesayangan anda semua buat pengumuman...
SAH!MH370 telah di temui di Pulau Reunion nun jauh di sana.
Tak puas hati?
Comfirm !tak puas hati...

Tak ada angin tak ada ribut...tup2 badan MH370 ada kat sana.Sebuah pulau yang cantik dengan jumlah penduduk sekitar 800ribu orang sahaja.

Tak percaya?
Jujur kata......teman tak percaya dan masih tak boleh terima semua ni.
Kalau benar jatuh menjunam....mustahil selama 515 hari...tiada sedikit pembayang langsung!tiba2 dah terdampar kata sana.
Aduhai....
Macam orang bodoh kita semua, kena paksa terima sesuatu yang tak masuk akal...
Sahabat kata...jangan macam tu,mungkin betul?
Teman kata...yalah..selama ni tak ada ke satellite yang nampak.Dengar2 semua satellite kat atas tu canggih2 belaka.

Baru jumpa sikit bukti dah sah kan MH370.Carilah lagi,cari lebih lagi....
Sepatah kata waris....walau sehelai baju misalnya.
Permintaan waris tu simple je,hanya sehelai baju didalam beg yang penuh sarat dengan isi perut.Selama ini,mustahil…

JUBAH LELAKI TERKINI

Image
SEMAKIN MENYERLAHKAN KEDUNGUAN KITA



Bukan tak cantik...
Tapi...nampak sangat BURUK!
Masa teman gi umrah,teman berkenan dengan jubah2 orang sana...
Teman tanya...mana nak cari jubah2 macam ni?
Mereka kata...tempah.
Ok....tempah baru ada peten.Selalunya kita beli jubah,besar gedoboh!tapi jubah mereka sekali imbas macam baju kurung melayu,ada kekek dan ada potongan yang buat mereka ramping.

Bila teman nampak jubah2 macam ni,teman tahu...kita dah cuba ubah dari bentuk asal...
Jubah kaler kosong sesuai dengan watak lelaki,tapi bila dah ubah macam kat atas...
Teman rasa pelik dan terasa jadi hamba fesyen pulak!

Jubah perempuan diubah suai....teman boleh terima.
Tapi jubah lelaki tak perlu kot?
Bayangkan jika jubah2 berpeten di pakai oleh imam solat jumaat?
Pasti kelakar dan tak nampak macho!

Kepada suami,anak2 dan kawan2...
Jangan sesekali pakai jubah2 beropol ni,pakai jubah biasa yang nampak lebih kemas.Kalau nak pakai juga....
Pandai2 lah pilih agar pemakainya nampak lebih kacak dan islam…

ANAK2 KITA

Image
TAK PERNAH FAHAM HATI IBUBAPA



Ni kali keduam,aku jumpe pakcik ni.Datang sekolah.. cari anak dia.. 1st time dtg.. pakcik ni nak belikan baju sukan untuk anak die.. tapi datang sekolah anak tak de kat sekolah..

“Pg td die keluar pegi skola cikgu.. pakai bj skola.. bwk beg skola.. minta duit nk bli bj sukan.. sy dtg nk blikan.. cari die xde.. cikgu dia kt da lame die x dtg skola.. sy takot die kne buang.. mane sy nak cari die ni ye…”

mmg xleh j…wb.. sbb sah2 ank die x masok skola..

Arini.. pakcik ni dtg lg.. dok jengok kat tepi bilik ak ngadap ke padang..

“Assalamualaikum cik.. pakcik cr sape?..”

“Sy cr ank sy cikgu.. nk tgk die dtg skola x.. td sy pergi kelas die.. kwn2 nye ckp bdk2 kelas die kat padang..”

Ak panggil bdk.. suh carik ank pakcik ni..

“Cikgu.. bdk2 kelas die ckp ****** da 2 ari x dtg skola…”

Pakcik ni tgk ak.. muke die cm kompius..

“Cikgu…. ank sy pergi skolah cikgu.. sy hantar td pg… die pkai bj skolah.. bwk beg skola.. sy bg duit blanje cikgu…”

Die trus jln.. tekebil2 pakcik ni..mu…