Posts

Showing posts from September, 2015

AZWAN BUAT HAL LAGI..

Image
SAHABAT TANYA..
TAK BACA KE?
Jujur teman nak kata.. TK KUASA NAK KOMEN.. Jangan layan orang macam tu. Buang masa!

Azwan mudah melenting!jiwa kacau dak Azwan ni... Kesian... Tak baca tak faham...terus2 maki hamun. kelakar betul kau ni Azwan...Umur dah tua,perangai macam budak2.Langsung tak tahu jaga air muka sendiri.
Setakat ni komen teman... Malas lah nak ulas panjang lebar,tak syok! Hahaha...
Kepada anak2 semua.. kau orang jangan le jadi pengikut dia... Kalau ada yang minat,kau orang buang le minat kat dia. Bagi ibu tak ada faedah langsung!

KEJADIAN NGERI DI SIANG HARI

NAMPAK POLIS TEMBAK ORANG JAHAT.

Kawasan sekolah Alif sesak dan padat.
Laluan kat situ ada satu je..Pusing le keliling...situ juga tembusnya nanti.

Macam biasa..
Teman ambil Alif...Teman pusing 2kali!sebab parking tak ada..
Masa kami bersesak2 teman nampak kereta polis dan nampak seorang polis sedang memegang pistol dan memasukkan pistol kat sarungnya semula.
Teman cakap dengan Alif...
Polis!polis!pakai tali pinggang cepat,nanti kena saman.

Bila kereta makin hampir,teman nampak kelibat seorang lelaki sedang terhenjut2 nak larikan diri.tapi sayangnya...dia tak mampu berdiri.Kaki dia penuh darah.Alif kata...polis tembak kaki dia kot ibu?
Teman jawap...mungkin...
Nampak di cuba memaut depan sebuah lori,tapi tak mampu di sebabkan kakinya yang semakin lemah.
Teman nampak dia jerit..Tolong!tolong!
Orang keliling dan mula ramai...polis pun datang ramai2.Teman rasa2 dalam 10 orang kot?Sana sini kereta polis...
Jalan sangat sesak!
Teman nampak muka lelaki cina tu berdarah,kakinya juga berdarah…

ORANG SIHAT PUKUL ORANG CACAT

Image
APATAH LAGI MEREKA SUAMI ISTERI!


Lelaki kat atas ni mendakwa sering di sembur dengan racun serangga dan sekali dipukul dengan hanger gara2 selimut oleh isterinya.
ISTERINYA?
Ganas2 isteri zaman laaa ni..
Lelaki kat atas ni OKU,pekak dan bisu sejak lahir.

Gara2 hendakkan selimut,si isteri telah memukul suami dengar hanger di bahu dan lengan suami OKU tu.

Mereka dah bercerai setelah hanya 2 bulan berumahtangga.

Dalam perbicaraan yang mengunakan bahasa isyarat,lelaki tersebut menyatakan...isteri tu selalu sembur racun serangga masa di dalam bilik ayaq.
Apasal le jahat sangat hati tu isteri?
Buat malu je...
Orang perempuan selalunya baik2 belaka.
kenapa hang jahat nau!
Kalau tak suka,kenapa kahwin?
ish,ish,ish...

Isteri tu juga mendakwa OKU tu menolak dia hingga keguguran.
NAMPAK!
Sandirwara hidup dan penganiayaan manusia sesama manusia.
OKU tu menafikan tuduhan..
Katanya...
Saya tidak menolaknya dan tak tahu mengandung dan tiada kejadian tolak menolak berlaku sepanjang mereka berumahtang…

SELAMAT HARI LAHIR ALIF FARHAN

SEMUGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Sumpah mati!teman lupa...
kalau dia tak bersuara...pasti hari bersejarah tu akan berlalu macam tu je..

Ibu!esok hari apa?
Teman si lurus bendul menjawap...hari rabu.
Dia kata lagi berapa haribulan?
Teman jawap balik...tak ingat lah!berapa haribulan?teman tanya dia balik.
Dia kata lagi..Ibu!hari ini 29hb Sept lah!
Teman jawap...okay!kenapa?
Dia kata lagi...Maknanya esok 30hari bulan lah!
Teman masih tak perasan,teman tanya balik...kenapa?ada apa?
Dia jawap dengan muka benggang seribu!HARI JADI ALIFLAH!
Teman baru sedar...teman terus kata..sorry2,ibu lupa...
Dia balas..ibu ni!
Teman diam kan diri,teman tahu teman salah besar!

Okay!Alif nak apa?
Dia jawap....hadiah lah!
Teman kata..hadiah dah banyak kali dapat,tak harijadi pun dapat juga.
Dia jawap..bungkuskan gula2,Alif nak beri kawan2.
Teman kata...dah besarlah,jajan tu untuk budak2 kecil je...
Dia kata..mana boleh kata macam tu!Alif belum akil balighLah!Alif masih kec…

LEMBU KORBAN

MACAM2 CERITA YANG KITA DENGAR..

Seperti tahun2 lepas,ada je lembu terlepas.
Bekejar kejaran penduduk kampung dengan si lembu.
Orang kata...lembu2 tu ikut nama tuan!
Degil tuan degil le lembu!
ya ke?
Wallahualam

Tahun2 lalu...macam2 cerita duka duka orang uruskan lembu korban.Ada yang lari satu kampung!ada yang masuk longkang!yang pasti...
Kalau tak huru hara..
Bukan le namanya BERKORBAN.

Tahun lepas,suami dapat buat korban kami sekeluarga.
Syukuralhamdulillah..
Semua anak2 teman bawa tengok lembu tu..
Dari jauh teman nampak lembu yang di letak no 6,berpusing2 tak diam.
Teman kata kat anak2...
Tengok tu!lembu ko orang!degil macam kau orang juga.
Alif kata...ibu pun sama!
Aaliyah kata pula...ayah pun...
Teman tak terkata,teman nak perli mereka,sekali dengan teman terkena semula.

Lembu tu pusing2 keliling tiang,nampak tak tenang.
Lembu2 yang lain juga lasak semacam.Nak tumbangkan,bukan satu kerja yang mudah.
Kalau tak beriya iya...memang tak rebah lembu2 tu..
Macam2 cara mereka buat,yan…

REMPUHAN DI MINA

SESUATU YANG TAK DI DUGA...

Siang tadi,sebaik buka mata...terdengar suami kata..
100 orang mati kat Mekah!
Dalam keadaan jalu,teman terus buka mata...
Subhanallah!
Sebab apa?
Suami kata...orang rempuh masuk nak melontar,ramai mati kena pijak,sesak nafas..
Terkelu sekejap..
Apa sebenarnya yang ALLAH nak sampaikan pada kita?

Kelmarin krane jatuh..
Ribut pasir melanda,krane pun tak di letakkan pemberat bagi mengelakkan dia terus rebah ke bumi.
Senang kata...
Masalah teknikal atau kesilapan manusia.
Jangan salahkan takdir,tapi kita salahkan diri kita sendiri.

Hari ini,di saat orang semua menyambut raya..
Tup2 ada pula kemalangan jiwa...
Bukan sikit yang mati,RAMAI!
Punca?Belum dipastikan..
Yang pasti..
Bersesak sesak,berhimpit2,berebut2...
Itulah puncanya..
Jangan kata ALLAH tentukan,semua tu datang dari sikap pentingkan diri.
Semua nak kejar waktu afdal,langsung tak fikir keselamatan diri dan orang lain.
Teman tak pernah lagi menunaikan haji,tapi pernah sekali tunaikan umrah.
Berebut reb…

BILA KHIR TOYO BUAT RAYUAN

YANG PERNAH KITA BACA...

Khir Toyo bekas MB Selangor.
Didapati bersalah dan menyalahgunaan kuasa.
Rasuah sana sini...
Terbongkar bila UMNO Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Sebab kalah?
Teman malas lah nak fikir,jika minat nak menyingkap sejarah,sila le google sendiri.

Kali ni tak mahu cerita pasal menang kalah Khir Toyo,hanya nak kongsi sikit perihal Khir Toyo merayu supaya tak masuk penjara.
Dalam rayuannya...
Khir minta hukuman penjara di tukar kepada khidmat komuniti untuk cabut gigi rakyat miskin secara percuma selama 2thn sahaja.
Rawatan itu juga akan di beri selama 3 kali seminggu.
Ada syarat kau!teman ingat rawatan untuk orang miskin selama lamanya!

Peguam Khir kata lagi...Khir dah tua,umur dah masuk 55thn,anak 6 orang.Yang besar 24thn yang paling kecik 6thn.
Apa masalahnya?
Orang lain yang buat salah pun masuk penjara walaupun anak baru je keluar.
Wek!Wek!..si ayah cuma mampu pandang je...
Tahu2 bila keluar penjara,anak dah besar!silap haribulan...isteri pun dah ada abang…

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

SEMUGA KITA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN!

Teringat emak mertua,dia sambut raya haji penuh meriah.
Teringat mak teman sendiri,dia juga sambut raya haji penuh ceria.

Pantang emak mertua....
Jangan sapu sebelum orang balik solat raya.
Perempuan tak perlu ke kubur,di mana sahaja,doa anak yang soleh akan sampai juga.
Itu pantang emak mertua...
Pantang emak teman!
Pagi2 muka macam ayam berak kapur,raya haji ke raya puasa ke..
kena sambut penuh meriah.

Kadang2 rasa malas nak sambut,makan pun tak le banyak..
Tapi penat memasak tu yang buat teman LOMAH badan!
Emak teman kata...sambut,takut2 nanti anak2 tak meneruskan agenda ni.Bila raya..sama je,tidur dari pagi sampai petang.
Emak kata....sayang jika anak2 nanti tak tahu apa2 pasal HARI RAYA HAJI ATAU QURBAN.
Inikan hari2 istimewa kita orang islam.
Teman hanya mampu jawap...baik mak...

Pernah jiran mak,pagi raya kami hantar sedulang makanan.Sebaik buka pintu dia yang baru bangun tidur bertanya...
Ada apa?
Kami jawap...Hari Raya Kak...
Hahaha…

BILA ORANG KETIGA MENGANAS!

Image
PULANGKAN SUAMI DIA...


Keratan akhbar ini menarik hati teman..
kebetulan...
Rakan teman sedang berhadapan dengan masalah yang sama..
Tak tahu nak kata apa..
Teman tak mahu campur sebenarnya...
Ditelan mati mak di luah mati bapak!

Sikap lelaki,kalau dah suka orang!macam orang gila.Tak peduli anak isteri.
Hari2 nak keluar,hari2 leka berwhats App,hari2 senyum sendiri.
Yang pasti....
Hubungan suami isteri jadi jahanam purba!

Siang tadi,teman jumpa dia...
Teman bukan kepoh,tapi..cuba membantu sebolehnya.
Teman tanya perempuan tu...dah berapa lama jumpa?
Dia jawap...baru je,dalam 3 bulan...
Teman tanya lagi..Apa yang buat awak suka sangat kat suami orang tu?
Dia jawap...dia baik..dia kelakar..
Dalam hati...BAIK?KELAKAR?muahahaha!kau belum kena!
Teman tanya lagi...macam mana awak boleh rapat dengan suami orang tu?
Dia jawap...masa dia kerja baikkan atap kat rumah kawan.
Teman tanya lagi...awak tau kan dia dah kahwin?
Dia jawap...tau
Teman tanya lagi..dah tahu kenapa teruskan?masa akak tahu a…

SAHABAT TEMAN

SAKIT YANG TERUK TAPI TETAP BAHAGIA TERPANCAR DI WAJAHNYA.

Siang tadi,teman jumpa dia...
Dah lama tak jumpa,kelihatan dia susut dan kurang bertenaga.
Lelehan air mata,tak pernah teman nampak,kali ni ada dipipi...
Sedih?
Tak juga...
Pada teman,ALLAH sayang dia,ALLAH nak tinggikan martabat dia..
Dia untung besar!
Sebab sakit yang dia hadapi,buat dia banyak kutip pahala.

Kenapa?
Orang sakit sahaja yang akan ingat ALLAH selalu.
Orang sihat akan gembira dan rasa diri hebat.
Kenapa?
Itulah yang selalu kita dengar,kita lihat di keliling kita.
Yang sihat,kaya....Hahaha...aku lah ni karang!jalan mendongak ke langit,macam2 lagak di pamerkan...
Sahabat kata...tak semua.
Okay!teman ngaku...tak semua,ada yang baik dan beriman.

Teman akui....
Dalam hati,teman berdetik...untung dia ni,walau sakit,tapi masih mampu belajar,masih mampu berdiri,walaupun katanya...dia pening berbulan bulan!
Teman tak dapat bayangkan...
Betapa sengsaranya dia..

Sebelum ni,dia cukup tabah,tak pernah nampak dia sedih.Tapi h…

ANAK TEMAN...

Image
DAH MAKIN BESAR...
HUHUHU....


Ini anak teman...
Anak betul!bukan anak angkat bagai...
Teman dapat dia masa tu umur teman dah nak masuk 40an.
Ibu tua yang banyak sakit.

Masa awal teman mengandungkan dia,teman di sahkan diabetis tahaf 2,teman terkejut dan tak takut dia tak sihat.
Teman hampir2 nak 'keluar'kan dia...
Atas nasihat doktor berpengalaman,teman teruskan kandungan.
Antara suka dan duka...
Teman terpaksa memantau kandungan dengan rapi.
Teman suntik sendiri insulin,teman jaga pemakanan hingga berat badan teman tak naik2.
Doktor kata...jika u sayang dia,u kena disiplin,jaga pemakanan dan jaga kandungan.

Lepas dia lahir..
Teman kata dengan doktor,saya tak nak insulin lagi,biar saya control diri sendiri.
Masa berlalu...
Dia dah 8thn sekarang.Dan sepanjang tu,teman belum lagi disahkan ada diabetis walaupun potensi besar untuk dapat sakit tu.
Cuma satu pesan doktor...
Anak comel teman berpotensi besar untuk dapat.
Jadi..
Ayahnya,kakak dan abang...
Sila bantu adik untuk elak d…

AMALINA PENYANYI DANGDUT

Image
BUKAN NAK MENGATA,TAPI DAH MELUAT!

Usia Amelina juga semakin meningkat dan ramai peminatnya menyarankan supaya Amelina berubah dan menutup aurat kerana artis dangdut yang lain yang sudah pun berubah.  Namun Amelina mempunyai alasan tersendiri kenapa dia tidak dapat berbuat sedemikian. “Ramai yang bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab. Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi” “Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujar Amelina kepada mStar Online baru baru ini berhubung komen para peminat itu.
Tak minat nak komen,tapi terpanggil juga untuk menulis tentangnya.
Inilah yang di namakan belum dapat hidayah.
Itu teman tak kisahlah!
Yang teman kisahkan.....
Jawapan yang di beri telah menunjukkan kecetakan ilmunya.
Nak tunggu kaya baru pakai tudung?
Nak tunggu ekonomi stabil baru nak ber…

MASJID KETIGA YANG PATUT KITA KUNJUNGI

Image
MASJID AL AQSA

Masjid ketiga yang teman ingin sampai.
Macam2 cerita mengenainya..
Takut?
Bagi teman,tak takut sikit pun...
Mati kat mana2 boleh mati...
Yang pasti,ALLAH ada...


Jumaat lepas,macam2 dugaan umat islam dapat..
Di Mekah krane rebah ke bumi,mengakibatkan lebih 100 orang meninggalkan kita.
Dalam waktu yang sama,masjid Aqsa di serang lagi..
ALLAH maha mengetahui,sampai bila kita harus begini...Teman pun tak tahu...

Nampak ketul2 batu tu?
Itulah senjata umat islam untuk lindungkan masjid kita dari di ceroboh si penjahat sekian lama.
Bagaimana mereka melakukannya?
Hanya ALLAH yang tahu....

Tahniah untuk anda semua,kecekalan anda memberi peluang kami ke sana nanti.
Kami titipkan doa agar anda selamat dan tabah menghadapi semua ini.


PERHIMPUNAN SI BAJU MERAH

Image
PERLU KE?

Sahabat tanya...tak pergi perhimpunan BAJU MERAH?
Teman cemek je...tak....tak kuasa!
Sahabat tanya lagi...BERSIH 4 u pergi?kenapa BAJU MERAH u tak pergi?
Teman jawap...BAJU MERAH tu berhimpun untuk apa?
Sahabat balas...untuk mempertahankan maruah melayu.Nak lawan BERSIH.
Teman kata...Selama ni maruah melayu ada masalah ke?
Sahabat jawap entah!ada kot?

Tak tahu nak kata apa...
Banyak lagi kerja nak di buat,banyak lagi isu nak di bincangkan.Bosan dengan sikap melayu tu sendiri.Sanggup mengkhianati rakan melayu sendiri.Masa BERSIH tempohari,tujuan untuk ganti PM.Semua melayu tak setuju,yang pergi di panggil bodoh.Tak faham lah!

Terbaca artikel ni...
MELAYU TIPU MELAYU
PERDANA MENTERI MELAYU
TPM MELAYU
RAJA RAJA KITA SEMUANYA MELAYU
KPN PUN MELAYU
TKP PUN MELAYU
KETUA TENTERA MELAYU
GABENOR BANK NEGARA MELAYU
MENTERI KEWANGAN MELAYU
WAKIL2 RAKYAT KEBANYAKKANNYA MELAYU
PEGAWAI DAERAH JUGA MELAYU
BOMOH2 PUN BANYAK MELAYU
KENAPA TAKUT DENGAN BANGSA LAIN?NEGARA INI DIKUASAI SEPENUHN…

SELAMAT HARI MALAYSIA 2015

Image
SEMUGA NEGARA KITA PULIH SEGERA

Di petik dari Wikipedia... Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah,Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa2 Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri sabah sempena hari keputeraan Yang Di Pertuan Agung.Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di serawak dan Semenanjung Malay…

MEKAH

Image
YANG SENTIASA DI RINDUI..

Kejadian krane jatuh tu tak langsung mengugat niat nak ke sana.
Bagi teman....
Itu dah takdir,ALLAH maha mengetahui..
Jangan lah susah hati..
Kita jangan prasangka buruk pada ALLAH.Pasti ada sesuatu yang ALLAH nak sampaikan kat kita.
Mungkin ALLAH nak kita tau akan kemurkaannya.

Teman tengok video2 yang ada...
Subhanallah!ngeri...
Tapi hikmah di sebaliknya...
Mereka semua insyaALLAH bakal jadi tetamu ALLAH di sana.
Hari jumaat,penghulu sekelian hari.
Mati dalam runtuhan banggunan.
Dalam ihram.
Sedang melakukan ibadat.
Pastinya dalam berwuduk.
Dan banyak lagi keistimewaan mereka.

Cemburu?
Pasti!semua orang pasti sedang kata...kenapa tidak aku?Kenapa dia?kenapa si polan?
Teman cemburu...
Kalau boleh kita nak mati macam tu....
Walaupun nampak tragis,tapi....itu yang terbaik.
Jalan pintas untuk ke syurga.

Alfatihah untuk mereka.

KEBIASAANNYA..

Image
ADA IBUBAPA YANG TAK PEKA DENGAN KEADAAN SEKELILING.


Kelihatan seorang ibu mengatur kencing anak kat sinky Food Court.
Rasa2nya elok ke?
Jawapannya  tak elok,tak boleh buat macam tu..kotor!

Semua komen membayang kan wanita itu berbangsa cina.
Bangsa cina jangan marah,kebiasaannya begitulah.Kalau anak nak kencing,anda akan suka2 je pancut kat sana sini.
Teman bukan nak mengutuk tapi kenyataan.
Selalu nampak,bukan tabur fitnah.Kadanh2 rasa marah juga dengan sikap ibubapa yang kencingkan anak kat tepi2 longkang,kat kedai makan..
Kita nak makan pun rasa tak seronok,walaupun hanya budak kecil.
Mungkin anda tak kisah sebab itu anak anda,tapi kami tak selesa untuk melihatnya.

Pernah teman melihat dengan mata kepala sendiri.
Seorang ibu aturkan kencing anak kat tayar kereta.Ngam2 tuan kereta sampai.
Apalagi!marahlah hamba ALLAH tu.
Antara ayat2 yang dia keluarkan...
U tau tak?hanya anjing sahaja kencing kat tayar kereta.
Ibu tadi,terus berlalu,tak terkata dengan ucapan tuan kereta.
Pada tema…

JEREBU OH JEREBU

Image
TIAP TAHUN SAMA SAHAJA

Punca?
Macam biasa....
Pembakaran terbuka kat Indonesia.
Tindakan?
Maaf dipinta harap kita tak marah...

Tiap2 tahun jerebu mai...
Nasihat berjela...
Pakai mask,jangan berada di kawasan terbuka,jangan itu jangan ini...banyakkan minum air bla,bla,bla..

Sampai bila?
Sampai pembakaran terbuka padam sendiri,sampai angin tak bawa asap ke mari.
HUH!
Tu je le...

Tanya ustazah As..
Tak tutup sekolah?
Dia jawap...kenapa?
Teman kata..jerebu.
Nak tahu dia jawap apa?
Alahai kak,jerebu je,tak mendatangkan apa mudarat pun...
Mungkin orang tua,kanak2,orang yang sakit atau ada penyakit kena berusaha jangan keluar,setakat kita yang sihat2 ni,tawakkallah  je le,dugaan ALLAH.
Bagai kena sepak je kat pipi,berpinau mata..
Teman senyum je,teman tak terkata...
Betul lah tu...
ALLAH duga kita.
Hanya dengan jerebu kita dah kecut perut.

Sahabat kata...
Jangan banyak cakap!tetap kena hati2...



kesimpulan...
Tak payah takut sangat dengan jerebu,tawakkallah pada ALLAH.
Doa je agar jerebu tu c…

BERITA DARI SELATAN

SEDIH ATAU.......
Kakak teman tanya...kau kena Mariani? Teman jawap...kenal!Mariani ada dua.Satu bini tokey Hospital,satu lagi....kawan kau kan? Kami gelak,kakak kata...kawan kau juga! kami gelak sama2.
Mariani yang cantik rupawan,bukan kawan kami,tapi kawan atas kawan.Nak ikutkan susur jalur...tak kenal langsung! Dulu2,lepas SPM kita akan daftar kat Jabatan Buruh.Jika ada peluang pekerjaan,jabatan ni akan hantar kita ke mana2 sahaja. Mariani yang di maksudkan...asal dari Segamat.Di hantar ke daerah kami.Melalui kawan atas kawan,akhirnya dia datang menumpang di rumah kami.
Sampai masanya,dia datang untuk kali pertama dan inilah kali pertama kami juga mengenali beliau. Untungkan? Jika emak tak bermurah hati,pasti tawaran kerja tu Mariani terpaksa tolak.Dan dari punca kerja tu,daerah yang asing telah serasi bersama.Akhirnya jodoh Mariani pun di sini,kawan2 kami juga. Mula2 okay... Kami boleh duduk semeja,makan sepinggan,tidur sebantal.Rumah kami ramai adik2 beradik perempuan,jadi Marian…

BUDAK MATI LAGI..

KALI INI DIROGOL DI BUNUH DAN DICAMPAK DALAM PARIT KOTOR

Teman sebenar benci,sakit hati dengan kejadian2 macam ni...
Lelaki zaman sekarang makin GILA.
Budak kecil sebaya adik,anak atau anak2 sedara kau!Sanggup di rogol di bunuh.
Apa kejadahnya!Syaitan apa yang dah masuk dalam kepala otak kau aah?

Budak je kot?
Budak kencing tak tos tu yang kau giankan.
Kurang ajar!
Kat luar ramai lagi perempuan yang kau bagi top up dan dia boleh beri kau seks FREE!

Sahabat tanya...melayu ke?
Teman jawap...melayu kot?budak Felcra Sijangkang.
Sahabat kata....yang rogol?
Teman jawap..dengar2 orang Kemboja.Orang jahat tu culik mangsa dengan kakak berumur 11thn,tapi si kakak dapat lepaskan diri,Tinggal si adik yang umur 6thn tu..Bayangkan?macam mana le keadaannya,tak dapat nak bayangkan!.Kena pukul,kena rogol...dan akhirnya....kena bunuh.
Tulah sebabnya kerajaan kena kurang pengambilan orang asing,orang tempatan ramai lagi.Cukup2 lah....
KURANG AJAR!

Paling sakit hati...
Di campaknya mayat budak tu kat dal…

CRANE JATUH MENIMPA JEMAAH DI MASJIDIL HARAM

Image
BETAPA KERDILNYA KITA..



Pagi tadi kecuh!
Dalam FB dalam whats App....Semua orang bercerita.Gempak gempita alam...
Tak dapat bayangkan betapa kerdilnya kita...
Satu je crane rebah ke bumi....lebih dari 100 orang terkorban.
Takutnya....
Teman lihat video ni.....
Dalam hati...subhanallah....pasti ada sebabnya...pasti ada hikmah disebalik kejadian.
ALLAH saja yang tahu..

Teringat masa teman pergi tahun 2013.Crane sana sini.Mekah dalam pembangunan,banyak banggunan bakal di dirikan.Banggunan lama di hapuskan,dibina pula banggunan mencakar awan.
Teman teringat kata2 ini..
Sepatutnya tiada banggunan tinggi di sana.Sepatutnya ketinggian banggunan tak boleh melebihi ketinggian kaabah.
Apa jadi sekarang?
Menara jam misalnya,dah jadi mercu tanda.Dari jauh teman dah nampak jam tu...
Mekah tak lagi seperti dulu,semuanya dah bertukar wajah.Bukan lagi tempat beribadat,tapi bakal jadi sebuah pusat perlancongan yang hebat. Tak lagi seperti dulu,semua dalam kepayahan,tak lagi cikai macam dulu...
Semuany…

WHATS APP

MACAM2 GROUP YANG TERCIPTA

Teman tak berapa suka...
Pertama...
Melekakan.
Kedua...
Gurau2 boleh bawa malapetaka!
ketiga..
Ada yang jadikan group tu diari hidup..
Keempat...
Ada ustazah dan ustaz segera.

Maii teman terang satu persatu..
Kenapa teman kata melekakan?
Hahaha...
Cuba anda mengadap seharian suntuk!anda akan tahu....whats app memang melekakan dan mampu meruntuhkan hubungan manusia.Bila suami atau isteri asyik mengadap hp,hati siapa tak berang?
Mula2 ok lama2 pasti ko!
Biasanya pagi2..salam pagi,good morning,Assalamualaikum dan 1001 macam artikel untuk celikkan mata.
Kemudian komen berbalas komen....
Semua positif!semua baik2 je...
Masuk ketengahari,yang lelaki entah kerja entah tak....akan terus mengisi ruang kat wall Whats App.Dalam hati teman selalu tanya...diaorang tak keje ke?diaorang keje apa?berbalas komen setiap saat.
Untuk wanita....mungkin ada masa sebab kebanyakkan wanita dalam usia teman dah jadi penghuni tetap rumah kot?Nak masak pun tak ada siapa nak makan,nak k…

BEZA ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

BAK LANGIT DENGAN BUMI

Anak dara teman....
Sehari mesti sekali atau dua kali call...
Ibu buat apa?
Ibu masak apa?
Pendek kata....macam2 pertanyaan mereka nak tahu.
Sampai satu tahaf,menu pun bertukar sebab takut mereka kecur nak makan.
Kalau teman masak lauk yang mereka suka,teman tak akan jawap...
Teman akan kata...ibu tak masak,malas!

Walaupun anak2 dara teman dah nak tamat pengajian,itulah rutin hidup mereka.Pagi2 call ibu tanya itu ini.Senang kata tak kira waktu,mungkin mereka ada masa terluang.Ibu insan pertama di ingati.
Syukur...

Anak bujang teman....
Masuk baru bulan 5 ituhari,tapi sibuknya mengalahkan PERDANA MENTERI!Sibuk pergi sana sini untuk terangkan pasal 2.6Bilion!
Awal2 dulu...call sebab banyak benda tak tahu...
Lepas tu dah jarang2...
jenuh kena marah!baru call sekali.
Teman bukan le rindu sangat,cuma teman bimbang....
Almaklum budak lelaki....akal tak senonoh panjang!
Sahabat kata...u tak boleh fikir macam tu,mungkin dia sibuk.
Teman jawap...mungkin juga.Baru nak sua…

PERANAN IBUBAPA

DAN PERANAN IBUBAPA MERTUA

Peranan ibubapa tak akan ada penamatnya.Dari kecik,kanak2,remaja sampai dewasa.Ibubapa tetap di perlukan.
Pendek kata...
Pada setiap detik dan ketika,ibubapa amat di perlukan.
Jangan cakap sombonglah!bagaimana tinggi pun kita,di pangkuan ibubapa juga kita akan rebahkan diri mengharapkan restu disamping kasih sayang ilahi.

Terpanggil untuk kongsi satu kisah rumahtangga.Rumahtangga yang dah masuk 5thn dan gagal menemui penyelesaian.
Sok sek sok sek...
Dah hampir setahun kisah mereka ,malangnya tak di tangani dengan baik.
Suami,isteri,makbapak sendiri dan makbapak mertua sama sahaja.
2kali5 bersamaan SEPULUH!Apek berak kita suluh!
Begitulah kisah mereka.

Teman dah lama dengar,dah lama tahu...
Mereka tak ngam.Ayah si suami selalu bercerita mengadu nasib.
Bukan cerita suka,tapi sedih sentiasa.
Walhal...masa suka,kita pun tak nampak!
Manusia,manusia....
Macam2 hal!

Bila kami bertemu,selalu kisah yang sama di sogokkan.Naik sebu otak kepala,Nak campur nanti dikataka…

KERENAH ANAK

Image
BOLEH BUAT KITA HILANG SABAR!


Berlaku di luar negara.Negara yang selalu ada perkara2 pelik berlaku.Budak kena langgar pun tak ada seorang pun yang bantu.Pendek kata...negara yang makin maju tapi nilai2 kemanusian dan semakin pupus.Negara yang mempunyai penduduk yang ramai tapi makin kalut.


Anak ni minta ibu belikan sesuatu,puas di minta,ibu tetap berkeras tak mahu beli juga.Ibu kata....dekat rumah mainan dah banyak.Dah tak minat nak belikan yang baru.


Si anak mula bertindak,mula kasar dan memberontak!Boleh ke?kalau anak teman dah lama kena sekel.Dah lama kena cubit sampai berbekas.


Acara tarik rambut berlaku....


Boleh gitu?hahaha....sabarnya ibu ni...
Kalau teman dah kena anak ni...


Anak semakin agresif,mula menunjukkan taringnya.


Sambil menangis sambil mengasari si ibu.
Untungnya si anak...si ibu sabar kelas tertinggi.


Anak semakin menjadi jadi...
Macam2 cara di buat bagi menunjukkan kuasa.


Si anak makin berani,si ibu di cekik
Subhanallah!si anak makin melampau!


fuyoooo!ganas gila si…

CINA OOOO CINA

Image
BUKAN BANGSA CINA KITA TAPI  NEGERI CHINA
Penemuan baru!
BERAS TIRUAN PALING RARE!



Seorang wanita dari Guandong terkejut beruk!dia dapati nasi yang di makan adalah gulungan kertas kecil2 sahaja. Difahamkan gulungan kertas kecil itu di campur dalam beras(nasi) asli. Wanita itu berkata... Masa dia makan,ada sesuatu yang sukar untuk di lumatkan. Berulang ulang kali,dia cuba mengunyah sesuatu tapi sangat sukar.Hinggalah dia terkunyah sesuatu yang keras,dan mengeluarkannya lalu meneliti perlahan. Dia sangat terkejut,bila dapati...sesuatu yang susah di kunyah itu adalah gulungan kertas kecil2.
Hahaha... Kelakar sungguh! Negeri China terkenal dengan barangan tiruan dan mereka cukup mahir tang meniru.Bukan beras sahaja di tiru,sayur kobis pun mereka boleh buat. Mereka cukup licik! Mereka cukup  maju,tapi...mungkin telah hilang sifat naluri manusia. Kemajuan yang mereka kecapi hanya menjadikan..negara itu sangat TERUK!

BOLASEPAK

Image
YANG PALING HANGAT.


Teman tak minat bola...
Teman cuma nak kongsi sikit je...
Kenapa sampai 10 tak berbalas?
kenapa sebiji pun tak berjaya ditolak kat palang gol lawan?
kenapa?

Ibu!apa maksudnya 10-0?
Teman jawap apa tu?
Alif jawap...pasukan Malaysia main boleh dengan orang arab...10 arab,0 malaysia ibu.
Mata teman bulat sama bulat dengan bola sepak mereka.
Teman tanya balik...APA?sepuluh!kosong?
Alif jawap...ya....ibu tak caya?
Teman terpegun...tak pernah teman duga,teruk sungguh pasukan kita.
Teman ingat Mat Yo,teman ingat bekas suami Rita Rudani yang macam2 tu...
Teman ingat pemain2 import yang pasti mahal2 gajinya.
Teman tak terfikir begitu teruk persembahan mereka.

Lepas tau cerita ini,teman mula cari carita2 yang lain.Dollah Salleh letak jawatan.Ini normal....
setiap kegagalan pasti ada yang di korbankan.Mana mungkin masih bertahan,telinga tak sanggup dengar,mata tak sanggup pandang.Jalan terbaik....letak jawatan!
kat luar negara,gagal dan letak jawatan dah senonim bersama.
Kat …

PERSOALAN YANG TEMAN SERING FIKIRKAN...

PERANAN AGUNG DAN RAJA2 DI MALAYSIA.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi terpimpin dan sistem raja berperlembagaan. Kini seluruh dunia memandang serong kepada demokrasi terpimpin negara kerana sistem pentadbiran yang dahsyat tercemar oleh amalan kurupsi dan perbuatan mempersundalkan undang-undang yang berleluasa. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebagai ketua eksekutif pentadbiran negara diselubungi oleh pelbagai skandal.Terlalu banyak sehingga tak tertulis teman di sini. Kini seakan tiada satu kuasapun yang boleh memberi nasihat atau teguran kepada mereka2 di atas sana.Sesiapa sahaja yang menegur akan di CANTAS sampai ke pangkal.Terlalu rakus dan terlalu tegas!seorang manusiabernama Najib Razak. Sesiapa sahaja yang cuba menegurnya akan dizalimi samada disingkirkan jawatan, ditahan pihak Polis atau dipenjarakan melalui penghakiman mahkamah yang dibayangi campurtangan politik.
Sistem raja berlembagaan amalan negara ini masih samar keberkesanannya dalam memayungi kesejaht…