Posts

Showing posts from May, 2016

HUJAN BATU

KINI DIA MANA MANA SAHAJA

Semalam kat FB riuh,rakan taulan cerita pasal hujan batu di depan rumah.
Masing2 kalut semacam..
Sepatah kata kak Ngah teman....seumur hidup dia,inilah kali pertama dia tengok depan mata...HUJAN BATU.
SubhanalALLAH!satu yang baru dalam hidup kite.

Kakak teman kata takut lah....
Takut sebab mengeluarkan bunyi yang kuat bila kena kat bumbung jenis zink.Masing2 sibuk memungut air batu untuk di kongsi di alam maya.
Teman tanya...mana mana rupanya?
Kakak teman kata..macam air batu,ada kecil dan ada besar.Sejuk!
(Air batu memang le sejuk Kak Ngah oiii....)

Kenapa ahh?kakak takutlah...
Teman jawap...patut le takut,itu tanda2 dunia makin tua...Dah nak kiamat dah..
Sepatutnya orang2 kat area rumah kakak dah boleh le solat banyak2!dosa banyak tu...itu sebab turun HUJAN BATU!
Kakak gelak je...
Pandai lah kau!

Kalau Kak Ngah nak tahu...kite dah google untuk pengetahuan bersama.
Dari segi sains...

Hujan air batumerupakan sejeniskerpasanyang terdiri dari ketulan atau bolaair …

KEM PERSEDIAAN UPSR

KALI PERTAMA DIA SERTAI

Masa dia kata dapat join kem kat Pangkor,teman tergamam.
Boleh ke jaga diri,apa yang dia makan masa kat sana nanti.
Fikiran berlegar padat kat kepala otak teman.
Aaliya kata boleh ke Alif pergi?dia nak makan apa?
Bukan teman je fikir,semua ahli keluarga asyik memikirkannya.

Ibu!nanti Alif dapat makan ikan sweet sour...Katanya riang.
Teman tanya...dapat menu?
Dia jawap dah!hari pertama ikan masak sweet sour,hari ke 2 ayam masak merah,hari ke 3 nasi beriani.Tang nasi beriani teman tak pelik,sebab dia masih boleh makan nasi macam tu je.
Seumur hidup tak pernah sentuh ikan,ayam masak merah melainkan ayam goreng.
Seumur hidup tak pernah berpisah jauh dari kami,tetiba nak pergi kem?
Tak dapat bayangkan...

Hari yang ditunggu tiba juga..
Malangnya,dia tak sihat,deman..
Teman lihat dia melepek je,teman tanya..boleh pergi ke?kalau tak daya tak payahlah pergi,nanti susahkan cikgu..
Dia jawap..inilah saat yang dia tunggu tunggu.Lagi pun cikgu kata...kalau exam penggal ni t…

KISAH ENO PARINAH

Image
YANG MENAKUTKAN DAN MENYAYAT HATI



Lambat komen,banyak keje..
Sejak berjinak dengan Decoupage,banyak masa dah dicurinya.
Teman dan tak sempat nak menulis,nak membaca,apatah lagi nak mengomen bab2 politik.
Dalam waktu2 terdekat ni,teman tak ambil pusing soal negara.Lantak depa lah,nak merompak ke,nak mengikis ke...teman tak peduli,yang pasti...apa pun mereka buat,merekalah yang akan menanggungnya.
Teman tak kisah!

Beberapa hari yang lalu,baca kisah ini.Dalam hati...teruknya perangai budak2 lelaki 3 ekor tu.
Islam pada nama,tapi jahat mengalahkan Iblis!
Teman kata kat anak bujang..ada baca kisah budak perempuan kena rodok dengan cangkul?
Dia jawap ada..terukkan ibu?
Teman jawap..janganlah buat kan anak orang,kesian ibubapa dia...
Dia kata tahu,tak kan le nak buat macam tu.
Teman kata..yalah..jangan ikut hati,kalau ada orang tak suka,cari orang lain.Jangan sibuk kejar yang seorang tu.
Dia jawap..tau...

Eno di bunuh kejam oleh 3 lelaki...
Rahmat 16thn
Arip 24thn
Iman Harpiadi 24thn.
Ketiga…

SELAMAT HARI IBU

Image
UNTUK IBU2 YANG SEDANG MENGHADAPI UJIAN DARI TUHAN

Selamat hari ibu..
Teman tak sambut,setiap tahun isu ni di perkatakan.
Teman malu jadi orang tak faham2 bahasa.Dilarang masih nak buat lagi.Nampak jelas ilmu tak sampai dalam otak kepala.
Makanya...
Suami kata...hari ini hari ibu lah!
Teman jawap..tak payah lah sambut...hari2 adalah hari ibu.
Hari2 kite kena sambut dan ucap terima kasih kat ibu masing2.
Habis cerita...


Tapi...
Sedang berFB,teman jumpa deretan gambar paling menarik.Dan antaranya...


Deretan gambar tu,adalah gambar2 ibu2 mangsa perang di luar sana.
Bersama anak2 kecil meredah liku kehidupan.Berlari membawa anak kecil yang sedang ketakutan,menyeberangi sempadan dengan harapan ada sinar di sana..
Malangnya...
Sebelum mereka menemui sinar itu...
Kegelapan,kesukaran terpaksa mereka tempuh dulu.

Untuk mereka..
Teman ucapkan selamat hari ibu untuk anda semua.Teman kagum dengan kegigihan anda,kesabaran anda,kekuatan anda mengharungi semua tu.
Semuga  ALLAH akan sentiasa menlind…

PENYESALAN SEORANG WANITA

YANG PERNAH CUBA MELUPAKAN KENANGAN LALU..

Rumah teman pernah di datangi oleh seorang perempuan yang terdesak.
Jabatan Buruh hantar dia ke kawasan teman,untuk berkerja sebagai kerani di sebuah kilang.
kami tak kenal dia,dan dia tak kenal kami sekeluarga.
Melalui permintaan seorang kawan atas kawan,dia kami terima seadanya.

Pada hari yang di janjikan,dia datang ,kami jemput dia di stesen bus dan terus bawa pulang.Orangnya cantik bangat!
Putih,rambut kerinting,kecil molek..
Pendek kata....cantik anak dara.

Bermulalah dia hidup bersama kami di rumah serba kekurangan.Tapi masih mampu sambut seorang lagi tangan mohon perlindungan.
Selepas beberapa bulan,tak salah teman...lebihkurang 7 bulan.Dia pindah tiba2,pindahnya pula di waktu malam.
Kami tak terpinga2,bila lihat perbuatan dia.
Beberapa hari kemudian,dia datang lagi untuk ambil sisa2 barangan di rumah kami.Panggilan mak kepada ibu teman bertukar menjadi Mak Cik.
Sebelum ni...mak sana mak sini.Sekarang dah jadi mak cik sahaja.

Sejak har…