Posts

Showing posts from November, 2016

MATI ITU PASTI

SATIPAH AWANG

Rakan sekelas,tapi tak rapat...
Tiada masalah hanya hai hai bye bye..
Pernah cari teman,mati hidup balik teman tak ingat.
Almaklum....hampir 30thn tak jumpa.Bila di sebut nama,pasti ingat2 lupa.

Jumpa balik sekitar 2011.
Bila jumpa orangnya,bila dah bertentang mata...
Barulah teman ingat...
Ooo..Satipah Awang.Orangnya tinggi kurus dan lemah lembut.Jauh perangai dengan teman yang gurgha ni.
Bila bercakap nada suaranya lembut selembutnya.
Masa tu,teman ada dengar dia sakit.Doktor ramal umonya hanya 3 bulan je..
Berkat kesungguhan....dia bertahan hingga 29hb Disember 2016.
sakit apa?
Kanser.

Pagi semalam kawan dari selatan tanya...
Kau tau Satipah dah meninggal?
Teman macam tak caya,apa?satipah meninggal?
Kawan tu jawap ya...pagi tadi.
Pergi hospital dah rutin harian,kimo dah peringkat entah keberapa.Teman pun tak tahu.

Hujung tahun lalu,dia jatuh,patah kaki.Sejak tu,pergerakkannya terbatas.Susah nak uruskan diri.kena di bantu.
Bila dah sakit,semuanya makin sukar,sejak adik…

MINYAK TURUN NAIK

DAH MACAM JONGKANG JONGKIT!

Baru naik,dah turun pula...
Minyak dunia tak naik2,minyak kat Malaysia turun naik pula.
Pening kepala mengadap suasana kegawatan ekonomi paling teruk.

Terasa betul!pergi pasar kalau setakat dalam kocek ada RM50.00.Hanya untuk lauk hari tu je.
Teman cukup takut kalau tak ada duit dalam beg.
Setakat RM50.00...ambil tu ambil ini...
selesai duit,bawa balik duit sen je..

Kalau dulu,nak beli barang main tunjuk je..
Laaa ni,jeling juga harga yang di tawarkan.Takut tak cukup duit.
Berapa tokey?
Dah comfirm harga baru berani bukak mulut.

Naik turun minyak tak mendatangkan apa2 bagi kite.
Peniaga dah tentu tak akan endahkan turun naik harga minyak.Mana maunya mereka nak adjust harga.
Semua barang bertambah mahal!
sakit hati juga dengan pentadbiran yang ada...
Langsung tak ada perubahan..

Tak sudah2 menyalahkan rakyat.
Walhal....mereka2 tu yang menyusahkan kite semua,.
Semuga ALLAH permudahkan urusan dunia dan urusan akhirat kite.

Harga  baru....
HARGA PETROL DAN DISEL…

KES DERA

Image
DIBUAT OLEH PENGASUH



Cerita2 macam ni buat kite kecut perutkan?kite harapkan mereka membantu kite,tapi akhirnya kite yang menangis dek kehilangan anak2 yang tersayang.
Tak tahu apa puncanya.Yang pasti.....semua ni mengarut!

Kite ambil amanah orang,untuk jaga anak2 mereka.Jika kite tak mampu....elok le kite angkat bendera putih tinggi2.Jangan jadi hamba duit tapi amanah tolak tepi.
Dulu,masa anak2 kecil,inilah masalah yang teman hadap,nak kerja tapi tak ada siapa jaga anak.
Nak minta emak jaga...
Kesian...emak teman tak dapat pergi mengaji,tak dapat aktif dalam kegiatan wanitanya.Gara2 kite,semua aktivitinya terbarai.

Teman ambil keputusan berhenti kerja dan ambil keputusan tubuhkan Taska bersama adik kakak,hanya kerana anak2.
Di mana kami pergi anak2 disitulah ada anak2.
Dalam Taska mereka membesar bersama.Di situ juga kami menjaga anak2 yang lain juga.
Sebab tu persekitaran Taska kami tidak seperti premis perniagaan yang lain.Ia seakan akan rumah kerana matlamat kami...
Tak kire anak…

PENYAKIT AIN,PANAHAN MATA ,KANNARE(TAMIL)

Image
PROF MADYA DR ASRI



Ooo...baru le teman faham...Penyakit AIN(.Jangan di tegur)
Dari kecil memang ada kata2 macam ni...
Kite panggil mulut masin,mulut capoii.

Nabi bersabda jika ada sesuatu yang dapat merentasi /mendahului qadar.Nescaya AIN dapat
Sesungguhnya AIN memasukkan seseorang ke dalam kubur.

Sebab tu...orang tua2 marah jika kite menegur sesuatu,rupanya takut terkena penyakit AIN.
Kepada anak2...
Dengar ya...
Inilah Penyakit AIN.



PRA-MONOPAUSE

PALING TAK SANGKA DI TELAH MENDATANGIKU

Monopause satu perkataan yang senonim dengan kite kaum wanita.Oppps!jangan lupa,lelaki pun ada monopause ya bang2 sekelian,jangan suka yang amat sangat!
Sesuatu yang di khabarkan pahit bak hempedu.Suatu perkara yang amat menakutkan.
Pada fahaman kite,monopause itu penanda kite akan jadi lebih tua dan tua dan tua...
Dulu2...masa kakak2 mendapat tanda2 nak monopause,teman tengok mereka huru hara!cemas dan tak tentu arah.
Kakak yang sulung,awal 40-an dan dapat sintom2 pra monopause,jumpa doktor,makan ubat itu ini.Masa ni teman gelak je...
Pada teman....apa kebende le nak huru hara?takut sangat suami lari.
Suami yang lari kerana isteri monopause,itu tanda lelaki kurang ilmu.Jika dia ada ilmu,dia akan terima semua tu sebagai pusingan kehidupan.Muda,remaja,tua....tu semua normal.

Hampir 3 bulan tak di datangi bendera merah.
Hari risau,sebab tak pernah jadi macam ni.Bila cerita dengan kawan2,semua kata...
Pergi klinik lah!jangan buat main2 atau u ngand…

ISRAEL TERBAKAR HABIS!

Image
ANTARA PETANDA ALLAH MURKA


Beberapa minggu lalu,Israel melarang azan di masjid Al Aqsa.Masjid Al Aqsa menjadi rebutan mereka.
Tanpa jemu,tanpa putus asa...gangguan demi gangguan mereka lakukan kepada penduduk islam di situ.
Masjid Al Aqsa antara 3 masjid yang patut kite ziarah.Malangnya teman masih belum dapat memijak kaki ke sana.Mungkin pada suatu hari.....insyaALLAH.

Larangan azan buat kite orang islam jadi marah.
Tup2.....teman dapat tahu...ISRAEL TERBAKAR!
Ambik ko!bukan terbakar sikit2 tapi banyak2!
Tengok lah peta yang teman kongsikan....hampir keseluruhan bandar Haifa ke 3 terbesar di Israel.
Semua ni macam tak percaya je,bukan hutan rimba yang terbakar hangus,tapi...kota batu yang di bina dari tanah rampasan.

Jujur dalam hati...padan muka ko Israel,kau rampas tanah milik orang Plastine,kau bom mereka hari2,kau lukakan hati mereka.
Hari ini....ALLAH balas sedikit untuk kau..
Jika masih tak beringat,insyaALLAH akan ada bala lebih besar dari ini.

Mula2 tak percaya..
Ya ke?Ya ke?…

TEMAN LELAKI IBU BUNUH ANAK 2 TAHUN

Image
MANUSIA MAKIN TERUK!
Manusia semakin kejam,bunuh membunuh bukan lagi pelik di dengar. Ibubapa bunuh anak,ibu dan teman lelaki bunuh anak dan macam2 lagi. Teman rasa,kite dah semakin mundur,dari segi akal.....kite sama macam haiwan yang tak berakal.
Kadang2 teman rasa....bila kite kehilangan suami samada bercerai hidup atau mati.Tak payah lah berkahwin lagi. Hanya menambah masalah saja. Teman melarang kawan2 atau sana saudara untuk berkahwin lagi. Bagi teman....tak ada kerja cari kerja!
Kite selalu baca kat dada akhbar.... Anak2 jadi mangsa.Bila pasangan bergaduh,anak lah tempat paling CUN untuk melepaskan marah. Anak2 kecil yang tak tahu apa2,hanya mampu menangis menahan sakit di pukul di teranjang. Itulah salah satu sebab... Kenapa kite tak perlu kahwin lagi.
Sahabat kata kite tak boleh menolak takdir. Betul.....tapi...waspadalah!jangan tangkap muat.Kahwinlah dengan pasangan yang benar2 bertanggungjawap. Sahabat kata kite mana lah tahu!masa mengurat pijak semut tak mati! Teman kuatka…

BERITA DARI SELATAN

CHIK KENA KANSER BUAH DADA

Chik kena kanser buah dada.
DAM!
Apa?macam mana ko tahu?
Kakak teman jawap chik bagitahu kat mak.
Okay...chik kena kanser.Penyakit paling semua orang takuti.Kanser bukan demam atau batuk2,Kanser penyakit paling merbahaya.
Chik tak tahu ke?tanya teman
Kakak jawap baru tau,doktor kata tahap 3
Dalam hati...tahap 3 masih ada harapan kan?

Teman call chik,suara macam biasa...tak menunjukkan sakit yang parah.
Hello....chik sihat?
Dia jawap sihat...ngape?bahasa orang Muo....ngape,cape...semua bunyi pelik.
Teman kata tak ada apa,saja je telefon chik...
Sekali lagi teman tanya chik sihat.
Dia jawap...sihat....dan teman dengar jelas,dia nangis.
Teman terus kata...chik jangan takut,semuanya okay,Chik dengar kata doktor,jangan dengar kata orang tau!orang suka cakap tapi entah betul entak tak.Doktor memang pakar.
Dia ya kan je....
Teman sambung lagi....saudara suami kite pun kena juga,
Dia sampuk....habis?mati ke?
Teman jawap spontan...tak lah!semua sihat2 belaka.
Dalam h…

REUNION SEKOLAH KEBANGSAAN 1975-1980

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA MUAR
2hb Disember 2016

Rakan taulan tanya...
Tak pergi?
Teman jawap tak..
Mereka tanya lagi kenapa?
Teman jawap tak ada apa,tak sempat kot?
Itulah yang teman mampu katakan.

Rata2 ralat teman tak ada,tapi teman tak begitu...
Awal mei lepas,teman ada pernah pergi reunion di sana.
Apa yang teman dapat...hanyalah suasana hambar,ramai muka2 baru yang teman tak kenal.
Teman benar2 terasing.
Ada kawan2 yang teman kenal,tapi dah tak mesra,atau teman berat mulut untuk beramah mesra.
Entah lah...

Masa hari tu,teman begitu teruja nak jumpa mereka.
Ada beberapa rakan taulan yang teman masih ingat namanya,dan banyak juga yang dah lupa.
Teman sampai....
Teman disapa mesra,tapi....teman sedar kemudiannya...
Mereka bukan lagi rakan teman.Dah terlalu lama teman tinggalkan mereka.
Teman masuk sekolah tu tahun 1976,masa tu teman darjah 2 dan keluar dari daerah tu tahun 1980,tamat darjah 6.
Mereka tetap di sana,meneruskan persekolahan menengah di sana.
Teman berpindah ke Jo…

PERHIMPUNAN PARTI PEMBANGKANG

PASTI HARAM JADINYA

Teman luangkan masa untuk mendengar ucapan beberapa orang kuat pembangkang.
Antaranya Rafizi Ramli yang bakal....di penjarakan atas kesalahan membocorkan rahsia kerajaan.
Di penjara selama 18bulan dan akan keluar awal sekiranya berkelakuan baik.
Rafizi kata saya budak baik,paling cepat saya akan keluar dalam tempoh 12bulan sahaja.

Giliran beliau lambat,hampir pukul 11.15 malam baru dia di beri pembesar suara.Teman sebenarnya dah terlalai dek mata yang ngantuk.
Sebelum dia ada beberapa orang kuat dari parti Bersatu,Amanah...
Bagi kite rakyat biasa....apa yang mereka sampaikan itu adalah maklumat yang kite tak tahu jika kite tak datang mendengarnya.
Wakil rakyat dari Kapar buka cerita...
Menteri sekarang pelik,soalan asas pun tak mahu jawap.Di hurai panjang berjela!jawapannya....nanti saya beri jawapan dalam tulisan.
Katanya..menteri sekarang tak macam menteri dulu...
Menteri sekarang dah makin besar kepala!nak jawap soalan ikut suka.
Ditanya apa tindakan dalam isu h…

UPSR 2016

SANGAT MENDUKACITAKAN

Anak teman tak le genius sangat,teman tahu sesangat!
Tapi..adalah juga usaha untuk maju.
Dari awal tahun dia dah tunjukkan prestasi yang baik.Semua tu buat teman yakin dia akan berjaya.
InsyaALLAH.

Hari ini,17hb Nov 2016
Keputusan keluar....dari pukul 10.30 pagi,teman dah terpacak kat dewan sebagai sokongan kat anak bujang.
Nampak guru2 sibuk buat itu ini,anak2 bercakap tak henti2,ibubapa resah menanti.
Dak dik duk...dada kencang berdenyut.Jam tik tok tik tok...Cikgu masih belum selesai tugasan di beri.
Lebihkurang 11.30...
Guru2 mula mengambil tempat masing2.
Ucapan dan kata aluan dari pihak PIBG,guru besar di beri.Kami diam menanti.

Dari kata GB,kami tahu ada yang tak kena.
Peratusan ujian kurang memberangsangkan.Dari kejayaan tahun lalu...
Jatuh mendadak bak tingkat 100 jatuh jadi tingkat 1.Muka cikgu nampak pucat,guru2 pun tak happy.
Kami tetap tak berganjak,tetap menanti dengan setia.

Keseluruhan dari 135 murid yang menduduki UPSR,hanya satu sahaja yang berj…

TRUMP!

MENANG AKHIRNYA...

Teman tak ikut sangat pasal dia,bagi teman...jarak dia dengan teman jauh beno2.
Nak bagi pendapat pun tak layak rasanya.
Apatah lagi nak maki hamun.
Tapi....
Dari pembacaan,teman tahu...TRUMP seorang lelaki kaya raya,jutawan hartanah,punya harta berbilion,TRUMP juga berjanji,jika dia menang,dia tidak akan mengambil walau sedollar wang gajinya yang di anggar berjuta setahun.

Paling mengharukan,TRUMP amat membenci islam dan berjanji untuk memastikan Palestine milik Israel.Berjanji akan menutup masjid2 di AS dalam rangka menentang ISIS.Pendek kata TRUMP amat membenci islam terang terangan.

Rasa gusar tu ada tapi....fikir2 balik,hatinya milik ALLAH,mana tahu esok lusa,ALLAH terbalikkan hatinya.Dari benci jadi sayang...
Mana kite tahu kan?
IsyaALLAH.

Buat pertama kalinya,TRUMP telah melantik anak2nya untuk ada dalam barisan kabinet barunya.Bagi teman,Itu sudah pasti!kat Malaysia pun macam tu kan?ada menteri melantik anak sendiri dalam jabatannya.
Tiada yang pelik,pada te…

CHINA DAN KITE..

BANDINGAN YANG MENGERUNKAN HATI..

PM kite dah selesai berurusniaga dengan China.PM lega,tapi rakyat dukacita.Tak pasti hala tuju negara.
PM gembira....tapi sementara,rakyat semakin keliru....
Benarkah ini jalan yang benar...menuju ke arah yang betul.

PM pergi berkeluarga,isteri anak2...naik jet tajaan kite.Konon2 nak berurusniaga dengan China.Pinjam duit,kongsi2 buat projek.Teman pun tak ikut cerita,yang teman tahu....PM pergi pinjam duit Berbillion!!0thn kerajaan China beri kelonggaran.Tak perlu bayar apa2.OMG!benarkah ini semua atau kami bakal di jerat dek China.
Tuhan....selamatkanlah kami semua.Kami tak salah!kami hanya rakyat kebanyakkan.kami tak ada kuasa nak halang,kami cukup lemah....
Bising2 perkara tetap berlaku...kami kebuntuan.Segelintir kami tetap memuja,segelintir kami telah gelap hatinya.

Bukan tak membantah!tapi PM dan rakan2nya buat tak kisah.Semua dianggap penjenayah,bagi mereka rakyat menyusahkan,walhal....mereka sebenarnya yang menyusahkan kami.
Mereka kami gajikan…

DENDA LEWAT DATANG SEKOLAH

Image
PELAJAR KENA DUDUK ATAS JALAN TAR




Menjadi salah besar ke?
Bagi teman...okaylah,dende kan?kalau tak gitu,murid tak ingat.
Pada teman tak jadi kudis langsung!
Ibubapa tu beri alasan,takut baju terkena najis.
Macam le kite dulu2 tak pernah duduk macam tu.Mak bapak sekarang terlalu POYO.

Serba tak kena di buatnya.
Teman dulu2 selalu datang lambat,bukan teman yang lambat,tapi bus sekolah yang maaiii lewat.Sebaik sampai sekolah,perhimpunan dah mula.
Dende?
Wajib!
Berdiri di belakang.
Kadang2 dende paling tragis!kena cuci bilik air.
Tak pernah sekali teman ngadu kat ibubapa.Bagi teman...itu soal kite dengan sekolah.
Dah kite yang buat salah,tak kan leeee tak boleh di dende?

Teman ralat dengan sikap ibubapa,tak jadi hal lah duduk atas jalan.Bukan cikgu pukul bantai anak2 tu...Dende duduk atas jalan je..
Budak2 lain pun sama,bezanya....yang lewat belakang sekali.Yang cepat duduk depan sekali.
Apa masalahnya?

Ibubapa...
Jangan lah terlalu nak kan kesempurnaan.Biarlah anak2 tu keras sikit.Duduk …

GIANT CARI PASAL

Image
JUAL ALAS KAKI LOGO PAS
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA)

Berlaku di Tawan Sabah.Pasaraya Giant jual alas kaki lambang sebuah parti politik di Malaysia iaitu PAS.
Bodoh ke apa?
Petugas tak perasan ke?atau pura2 tak tahu?
Kelakar gila!

Malas nak komen...
Nak kongsi gambar je..
Selebihnya...nilaikanlah sendiri.



KEGANASAN RUMAHTANGGA SEMAKIN MENJADI JADI

SESUATU PERKEMBANGAN TAK SIHAT.
Kelmarin,seorang isteri kakitangan SPRM mendakwa di dera zahir bathin. Teman baca...subhanaALLAH!sangat menakutkan. Di sepak terajang,paling menjijikkan di paksa melakukan oral seks kat anak lelaki berumur setahun jagung. Tak tercapai akalku dik non..
Lelaki tu,Muhammad Nazrin Abdullah,seorang mualaf telah mendera isterinya dengan teruk termasuk memaksa isteri Shahilda Fadhil menghisap kemaluan anak sendiri. Jijik kan? Sangat menjijikan perlakuan tu.Tak boleh nak bayangkan betapa gilanya suami tu.
Kes mereka di ketahui umum ,setelah di viralkan kat FB. Betapa canggihnya dunia laa ni,setakat nak dapat perhatian...load dalam FB,Insta,Tweeter... Urusan menjadi lebih mudah. Hati2lah para suami,dera sekali...terus masuk FB! Siapa malu? Kite dan keluarga kite sendiri.
Kes mereka sedang di siasat,keputusan belum di ketahui. Hari ini,teman baca lagi... Seorang isteri di pukul oleh bekas suami,dan terkini....anak pula jadi mangsa. Teman kongsi luahan hatinya di …

MAYAT REMAJA DI KERAT 10

Image
DAH GILA KE MANUSIA?

Berlaku hampir2 dengan kampung teman.Rasanya kampung Ramlah Ram kot?
Sahabat kata ya ke?
Teman jawap...ye!Ramlah Ram kan orang Muo.

Terkejut dengan cerita ni,perut jadi ngilu dek ganasnya manusia zaman sekarang.
Teman selalu pesan anak2,jangan layan orang gila.Kalau ada perempuan nak BF kau orang pun!beralah je le...
Anak2 jawap mana boleh ibu!
Teman kata...boleh aje,kumbang bukan sekor,melambak kumbang kat dunia ni.Orangs sekarang hati dah hitam.Orang dulu2 baik2 belaka,tak ada le kes2 ganas macam ni.

Pasal perempuan,pasal lelaki pun boleh berbunuh!budak2 zaman sekarang sakit mental.
Otak letak lutut,tak sayang masa depan.Bunuh orang memang seronok,setan pun sayang.Tapi...bila kena tangkap,duduk dalam penjara.
Menyesal kemudian tak berguna.

Biasanya anak2 diam je...
Mungkin meraka tak faham,atau tak dapat gambaran jelas betapa budimannya manusia zaman teman.Setakat cemburu2 ni,paling teruk tarik2 rambut.kalau ada pun yang berbunuh,orang dewasa kot?

Teman kongsi c…

SEMUA MENGELUH MINYAK NAIK

TERMASUK LE TEMAN...

Bila termaktub je NAIK harga minyak,Mulut termaki juga.
Teman bukan le baik sangat,spontan tercarut juga akhirnya.
Kenapa?
Teman rasa terbeban.Dengan keadaan ekonomi yang teruk,harga barang naik menjulang2,suami pun nyawa2 ikan....kerja mungkin tak sambung..
Macam mana hati nak tenang?

Teman kata kat sahabat....orang paling bahagia sekarang ada beberapa kerat sahaja.
Sahabat tanya siapa?
PM,Isteri,keluarganya,para menteri yang melambak tu.Suku sakat dan orang2 yang kaya raya sahaja.
Rakyat kebanyakan sedang menangis,merintih pilu.
Belanja hari2,kos anak2 belajar,kos perubatan...
Semua mencekik darah!

Teman rasa sedih dengan pentadbiran sekarang.
Sebenarnya PM GAGAL.PM kite yang kite kasihi,tak kasih kat kite.
PM kite mengambil kesempatan dengan kuasa yang dia ada.
Sebenarnya....PM kite langsung tak kisah kat kite dan negara.PM kite hanya fikirkan diri dan keluarganya sahaja.

Semalam...
kecuh gambar anaknya turun dari jet kite.
Anak tirinya,merangkap penerbit filem…

NAIK LAGI DAN LAGI...

MINYAK MASAK MINYAK KETE MINYAK LORI....
SEMUA NAIK!

Teman tergelak,bila baca komen2 kawan2 dalam group,rata2 marah bukan kepalang.
Teman cuma tokok tambah rasa sakit hati dengan memberi semangat pada mereka.
Redha....
Jangan melenting!
Kite kena sokong apa juga yang kerajaan buat...
Semua tu untuk kite!

Balasannya!
Semua naik hantu!
Hahaha...bukan harga barang je naik,darah kawan2 teman pun NAIK juga!

Teman kata padanlah dengan muka hangpa2 semua..Dulu aku gi demo TOLAK GST!ko orang kata aku melayu BODOH!
Sekarang hangpa rasalah!
Duit dalam kocek habis dek GST.
AKu bergambar dengan Ahmad Maslan pun hangpa marah2,Kata aku macam2 !
Tapi...
Ada aku kesah!
Aku puashati bila kau orang perasan masalah yang timbul,aku ingat kaya sangat!
Bayar GST 6%  tak jadi hal.Rupa2nya,marah juga!
Padan dengan muka kau orang!
Aku berasa sangat gembira!
Lepas aku komen macam2,baru kau orang ada akal.
Tapi...nasi dah jadi bubur air,hirup je le macam itik.

Mujur salah seorang kawan teman dah kena block,kala…