Posts

Showing posts from 2017

TOMBIRUO KAUT 5JUTA

ISH,ISH,ISH....TAK SANGKA2,FILEM MALAYSIA MAKIN MENARIK.

Teman jarang tengok TV,tengok wayang...
Teman tak minat,lagi2,drama bersiri.Pada teman...buang masa je...
Iklan separuh dari cerita!

Baru2 ni,suami ajak teman nonton TOMBIRUO.Teman tanya citer apa?
Suami jawap TUMBIRUO
Teman rasa pelik,tanya lagi...citer apa?
Suami jawap lagi...TUMBIRUO,cerita melayu,cerita buku.
Teman tak pernah tahu,tak pernah ambil tahu!pada teman....tido lebih baik dari berjaga.

Nak ikut tak?tanya suami lagi...
Teman angguk je...boleh juga.Kebetulan malam Deepavali,esok tak keje...
Maknanya...fikiran tak kusut masai.Hati tenang....Jadi boleh lah teman berhibur.Sesekali apalah salahnya kan?

Cerita dari buku di filemkan.Jalan cerita menarik,pelakon pun handal2 belaka.
Zul Ariffin,Farid Kamil,Faizal Hussin,Farah menantu Kak Fauziah Nawi dll lagi.
Teman tak pandai nak kritik atau beri komen..
Apa yang teman rasa....TUMBIRUO bagus walaupun agak mistik sikit.
TUMBIRUO penjaga hutan.Tak ada wajah....mungkin mukanya…

BINI TIKAM LAKI SAMPAI MATI

GARA SAKIT HATI TAK TERKIRA

Beberapa hari lepas,ada citer terkini paling tragis!
Seorang bini muda umo dalam lingkungan 18thn,dah tikam dada laki sampai mati.
Dengar2....laki tak balik beberapa hari.Dia cari sana sini....Tanya mak mertua...
Laki saya mana mak?
Mak mertua jawap tak tahu.
Jumaat lepas ada jumpa kat pasar,sempat lah kami makan2,salam2...
Mak jumpa dimana?tanya bini pada Mak mertua,Mak jumpa laki kat Paso Muo..pasar yang pernah mengemparkan seantero dunia.
Sahabat tanya kecuh pasal apa?
Teman jawap buaya...orang kata bawah paso ada buaya beso!
Sahabat tanya lagi ada lagi ke?
Teman angkat bahu..entah,tak ada kot.....kabo angin je...

Hati bini mesti risau...mana laki aku?kemana laki aku?siang malam asyik fikir laki je..
Perempuan syak wasangka tinggi!naluri kebinian tinggi!cemburu pun kuat!
Tambah2 lagi...suami sepi tanpa berita.Tak tahu kenapa....si suami diam membisu dan terus membisu.
kalau teman pun dah jadi puntianak!
kalau dapat bukan tikam,rejam terus!

Dengar2 baru k…

KASSIM AHMAD MATI

BERTELAGAH UNTUK KEBUMIKAN DIA

Teman tahu pasal dia dah lama...
Dia anti hadis.Teman baca teman ikuti sebagai pengetahuan am sahaja.Tak minat nak membaca bukunya walaupun ada yang kata penulisannya bagus.
Hari demi hari ada je cerita dia..semuanya tentang bercanggah pendapat agamanya.
Kite di ajar macam tu,dia faham macam ni...
Masalahnya....bila dia menyebarkan kefahamannya,kite takut diagunapakai dek anak2 muda kite.
Almaklum...generasi laaa ni ramai dah tak pii sekolah agama.Kebanyakannya hanya di hantar mengaji Qur an,tak di hantar kesekolah agama sepenuhnya.
Alasan...Kesian anak2,sekolah keb balik lambat,kami takut anak2 penat,kurang rehat.
Antara alasan yang pernah teman dengar.
Makanya,kite takut....pendapat2 dia di jadikan ilmu berguna buat generasi akan datang.

Baru2 ni dia mati....
Kariah tempat dia tinggal,tak nak uruskan mayatnya kerana pegangan agamanya yang kabur.
Yalah....jangan salahkan mereka,salahkan si mati,selama hidup asyik cuba berhujah dan menentang apa2 juga ya…

MATI LIMA SAAT

Image
PERMAINAN BARU BUDAK2...
SUKA BAWA DUKA



Teman dapat dari group sekolah.
Dalam hati ada2 je....
MATI LIMA SAAT PULAK!

Hati teringat anak bujang,semuga dia selamat di dunia dan akhirat.Semuga dia tak terlibat dengan semua ni.Dia masih kecil,mungkin tak akan tahu kesan buruk akibat perbuatan.
Harap2 abang2 tak membuli atau menjadikan anak2 ini bahan ujikaji.

Budak2 mungkin akan anggap permainan ni sebagai suka2,tapi tak sedar boleh bawa mati dan lumpuh.
Menurut pakar kecemasan  dan trauma..aktiviti ni sekadar mainan anak2 muda,tekanan pada dada(jantung)akan buat nyawa berhenti sekejap.Biasanya...lepas sedar,anak2 ni akan rasa lega dan gembira.
Boleh gitu?
Merepek betul!

Anak teman perahsia,susah nak cungkil cerita asrama.Bila dia terrrrkeluar cerita tak lama kemudian dia kana berhenti.
Eh!mana boleh cerita asrama keluar.Teman terkejut juga,teman terfikir yang buruk2 juga.
Jangan nak rahsia sangat!kalau dah terbakar nanti baru nak cakap dengan ibubapa...jerkah teman lantang.
Dia jawap aba…

SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU

TAK PERNAH CUBA WALAU DI PAKSA

Pernah di umpan oleh seorang kawan.Mula2 dia hantar satu artikel...
Teman baca teman tatap...tak ada kene mengena dengan teman.
Teman tanya wehh!kau salah hantar ni..
Dia balas...sorry,sorry betul aku salah hantar.
Silap teman dok menanya...apa tu?sebab teman baca lebihkurang macam skim cepat kaya.

Dan bermulalah peneranganya....
Bla,bla,bla.....pendek kata...skim ni sangat bagus!
Untuk beli satu pintu kena bayar RM1700.00.Tiap2 bulan beli barang kat kedai2 terpilih sebanyak RM600.00.Dia kata beli apa sahaja.
Boleh tambah lagi kalau mau...
Bla,bla,bla.....
Sipolan dapat RIBU RIBU...si anu dapat RIBU RIBU...
Pendek kata....semua berjaya dan menjadi kaya raya.Kawan teman tu pun selalu tulis status kat FB mengatakan dia berjaya dan selalu bersyukur.
Ada masanya status berbunyi...
Alhamdulillah....bonus dah masuk boleh beli macam2...ambil menunjuk beg2 kertas jenama terkini.

Awalnya tergoda juga.Tapi kemudian berubah lagi...
Bila ingat kisah kawan2 yang mala…

CELOTEH ANAK

AYAM

Ibu...cikgu kata kite jangan makan ayam banyak.
Teman kata kenapa?(teman tahu kenapa dan mengapa,tapi saja2 melayan cakapnya)
Cikgu kata ayam tak baik untuk kesihatan.Tambah2 orang lelaki,kalau banyak sangat makan ayam nanti payu dara dia besar.
Teman jawap oooooooo
Dia sambung lagi cikgu kata jangan makan ayam bahagian kepak,sebab peniaga ayam masukkan ubat kat situ.Cikgu kata lagi jangan makan bahagia peha,peniaga pun masukkan ubat kat situ.
Teman tanya habis nak makan bahagian mana?
Dia kata cikgu cakap makan bahagian dada.
Teman jawap okay....

Semalam teman nak singgah beli ayam goreng kat kedai terkenal dipekan ni.
Ibu ni tak mahu dengar kata lah!makan ayam tak baik!
Teman tanya balik...kenapa?
Ibu ni!kan saya dah kata cikgu kata ayam tak baik untuk kesihatan.Ibu ni degillah malas lah nak cakap lagi!
Teman baru teringat...okaylah!tak payah beli ayam,kite beli ikan je...
Dengan muka masam mencuka...ikan pun tak bagus lah!kalau nak beli ikan pergi kat pasar2 hari2.Ikan kat Aeo…

PERKAHWINAN PELIK LAGI MEMELIKKAN

DAH MEMENINGKAN KEPALA KITE RAKYAT MALAYSIA

Lelakinya artis,perempuannya ahli perniagaan berjaya.
Lelaki tak kurang hensemnya,perempuan tak kurang jelitanya.
Lelaki bujang,perempuan janda anak satu...
Sesuailah tu...seorang bujang seorang janda tiada halangan nak menikah.
Masa tahu mereka nak kahwin,teman okay je...
Dah jodoh nak buat macam mana?
Teman pun bukan le minat sangat kat artis lelaki tu,pada teman....suka hati hangpa lah!Dah sampai masanya,kahwin lah,nak buat apa lagi?

Majlis kahwin mereka....subhanaALLAH!meriah sungguh.
Sama cantik sama padan duduk tersenyum atas pelamin.Riuhlah satu Malaysia ceritakan kebahagian mereka.
Teman baca je...tak komen tak kritik tak berbunyi....
Tahniah....

Tak lama kemudian,riuh pulak cerita perkahwinan mereka bermasalah.Menikah bulan 5,kecuh sebulan lepas tu kalau tak silap teman lah...
Dengar2 pernikahan mereka tak sah,sebab si janda tak ada surat pengesahan cerai.
PULAK!
Dah nikah baru perasan surat cerai isteri tak ada....
Alasan....si sua…

WATAK IBUBAPA DALAM GROUP WHATSAPP SEKOLAH

ADA MACAM2 JENIS...
SAMPAI PENING KEPALA CIKGU

Sejak setahun dua ni...Setiap tahun baru,kite akan di masukkan dalam group whatsapp kelas.
Dalam tu ada semua ibubapa dalam darjah.
Melayu Cina dan India....semua bersama memantau anak2.

Dalam group tu,semua maklumat akan di salurkan,antara kite nak tahu atau kite nak abaikan...
Terserah padamu mau jadi apa!
Jadual...aktiviti..semua ada di situ.Tiada alasan lagi.

Dalam banyak2 ibubapa...ada yang merestui,ada yang ikut je...ada yang suka membantah,ada yang suka bertanya dan ada juga yang suka bergaduh.
Pendek kata...ada ada sahaja.
Mungkin teman dah tua,dah tak begitu aktif,bagi teman...semua soalan teman dah tanya 20thn yang lalu.Masa tu semangat tengah hangat,cita2 nak anak2 jadi manusia meluap2.
Laa....ni dah sejuk,yang penting anak2 sekolah,dapat nombor 1 tu dah cukup.

Semalam...ada seorang ibu A minta ustazah tukar amali solat pada hari lain.Dia kata jumaat ni ada Sukan Satu Malaysia kat sekolah kebangsaan.
Ustazah tak balas tapi...se…

RAYUAN HAJI...

CARA2NYA....

Teman pergi sendiri,selalu tanya orang...
Macam mana nak buat rayuan...
kawan2 akan terangkan satu persatu.Tak mencukupi!kite kena dengar sendiri dari mulut pegawai bertugas.

Pegawai  maklumkan...
Perkara utama,buat sepucuk surat....tulis maklumat kite,Sebagai contoh
1-Nama
2-Akuan Nombor
3-Tahun nak pergi(pilihan sendiri)
4-Penyata kewangan yang kukuh
5-Sokongan2 lain-kalau sakit sertakan surat dari Doktor.
Hantar surat tu kepada wakil tabung  haji seawalnya November 2017.

Puan sepatutnya pergi tahun bila?tanya pegawai tu.
Teman jawap lahan saya dapat pergi 2028 nanti.
Dia senyum...ooo lama lagi tu.
Teman angguk tu lah pasal!saya takut tak sempat je..
Pegawai cantik kata insyaALLAH.Ada le rezeki tu nanti,Buatlah surat tu...doa dan tawakkal pada ALLAH.
Oh ya...Puan sertakan juga alasan2 sesuai sebagai sokongan permohonan Puan ya...
Terima kasih kata teman sambil berlalu.
Dalam hati alasan apa le yang nak ku berikan.

Puan tulislah...
Puan dah berulang kali berkursus haji.K…

PENGALAMAN BERGUNA..

BERKESANNYA...AL FATIHAH....
JANJI YAKIN!

Sabtu lepas..
Teman naik ets ke Kuala Lumpur.Dah janji dengan anak2 jumpa di Sentral Kuala Lumpur.
Sejak anak besar,urusan teman mereka yang uruskan.Kalau dulu teman A sampai Z,laaa ni....teman potong tengah je..

Sepanjang jalan,kepala makin berdenyut denyut,migrain sampai...
Tekak mual bukan main.Dari stesen tadi rasa tu dah maiii...teman dah makan 2 biji penadol.Tapi tak berkesan.
Macam mana le nak berjalan nanti,anak2 mesti kecewa bila ibu dia dah macam ayam berak kapur.

Sampai Sungai Buluh,teman baca Al fatihah diam2...
Teman urut pelahan2 kepala sepanjang bacaan tu,doakan pada ALLAH supaya hilangkan sakit kepala teramat ni.
Sampai je Sentral,teman kata nak ke bilik air...
Ramai pulak manusia..tekak dah mual satu macam..
Sebaik dapat masuk tandas,mencurah curah  isi perut keluar...
Lega....

Lepas tu....teman makin selesa,makan2,minum2....
Pening hilang...
ALLAH angkat sakit tu...
Yang penting!YAKIN PADA ALLAH,selebihnya biar ALLAH yang urus…

HAPPY BIRTHDAY ANAK BUJANG..

SEMUGA DIRAHMATI OLEHNYA.

Jumaat lepas dia call..
Ibu nanti datang bawa phone..
Ibu nanti datang 12.30 tau...jangan lambat.
Semua pesanan teman simpan,tak boleh lupa....

Tepat waktu dia sampai...Macam biasa,dia akan bawa barang dia sikit2,kadang2 5 kali pusingan baru selesai.
Mula2 baju,lepas tu bag,lepas tu baju kotor,lepas tu alatan mandi,lepas tu...baju gantungan.
Balik asrama macam tu juga...
Selagi tak 5 pusingan jangan panggil dia bujang teman!

Datang kali ke 3,teman terhidu bau wangi..
Baru teringat esok hari lahirnya,mungkin kawan2 curah bedak kat dia...
Ibu phone!teman unjuk phone tu..
Cepat sikit!nak solat jumaat ni....pesan teman..
Okay...katanya ringkas.

Kali ke 4...
Dia dah tak ceria,matanya merah dek serbuk bedak dah penuh dalam mata...
Dia menangis kepedihan,bau tahi kucing semerbak...
Ibu seluar....kena tahi kucing katanya masam..
Teman diam je...Malas nak tanya,mesti mood dah lain.

Sepanjang jalan,dia mula menceceh,merungut memarahi seeorang.
Bodoh punya budak!dia mus…

PPIM LAWAN DATUK BOY IMAN...

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENYESAKKAN!

Sahabat tanya....u tak nak komen pasal ni?
Teman angkat bahu tak lah...banyak sangat!malas nak campur...
Tak sangka menipu kejenya kan?katanya lagi..
Yalah...tak baik tipu orang...mati susah nanti si Boy Iman...

Masa mula2 dulu...teman dengar juga...
Macam2 promosi,buat rumah murah2..
Nasser Wahab dapat sebuah rumah banglow RM150k.Dalam hati rumah apa le RM150k je..
Mesti rumah banglow pasang siap!mana ada rumah banglow semurah tu.
Tipu semua ni...
Perasaan tu dulu........Tu pun dalam hati je...

Laaa ni bila terbukti tipu...
Patut le hati teman berdebar debar....
Rupa2nya memang kena TIPU semua orang..

Keh keh keh....tipah tertipu lagi...
Hati2 lah...laaa ni ramai penipu,perompak,penyamun..
Bukan senang nak cari duit,tup tup tup...kena kencing berpuluh ribu ringgit.
Hampeh!

Tahniah PPIM...harapan agar anda semua di lindungi TUHAN.

BILA KAUM PEREMPUAN SEMAKIN BERANI...

PROMOSIKAN UBAT UNTUK KEJANTANAN LELAKI.

Teman terjumpa iklan besarkan anu lelaki.
Paling tak tahan,kawan teman seorang wanita berusia 49thn,tolong promosi ubat tu...
Paling tak tahan....ubat tu mampu besarkan,panjangkan,kembangkan dan segala macam lagi kebaikkannya.
Terkejut juga...
Bagi teman...tak sopan.
Sebagai wanita,iklan2 macam tu tak sesuai untuk kite promote..
Biarlah orang lelaki yang promosi hak mereka sendiri.
Kenapa tergamak hangpa promote untuk mereka?
Nampak gatal dan mentel je...

Sahabat kata kawan u ke?
DAMMMM!rasa macam kena ketuk kepala ni..Malunya...
Nak ngaku kawan pun malu...
Iklan2 macam ni,tak sesuai untuk wanita2 budiman.Tapi tak mustahil buat wanita2 tepi jalan.
Sahabat kata lagi...kenapa dia sanggup promotekan ubat tu?
DAMMMM!sekali lagi,kepala macam kena pelangkong!
Dalam hati...kenapalah kau sanggup buat macam tu?
Aduhai...tak mampu nak sangkal lagi...
Ternyata..dia memang kawan lama teman..Kawan satu sekolah sampai tingkatan 3,lepas tu teman tak jumpa lag…

MALANG SEEKOR KUCING BERNAMA CHE TONG..

DAPAT TUAN TOYA JE.....

Beberapa bulan lalu,teman terjumpa sekor kucing comot luka tang hidung.Separuh muka dah hilang...
Teman ada citer dalam tulisan lepas...
Tadi teman singgah nak tengok Che Tong...

Mana kucing tu?tanya teman..
Gadis jelita berbedak sakan tunjuk ke arah kucing tu..Sedang tido lena..
Tapi kak mata dia tu macam pelik lah..
Teman piii ziarah Che Tong,nampak mata dia berair dan bertahi mata.Kesan luka bertambah parah.Pipi bengkak macam dulu.
Teman tak tahu nak kata apa...

Ubat ada lagi?tanya teman..Ubat hilang kak...kata gadis jelita berbedak sakan tu.Dia hilangkan sambil dia menunjuk ke arah BF dia kot..
Lelaki tu gelak je..
Dalam hati teman..tak amanah!

Bawa klinik,doktor pun rasa kecewa.Doktor kata kucing kena kurung,kena jaga betul2.kalau benar mahu tolong..
Malu dengar kata2 doktor tu.
Teman kecewa,sebab tiada kesungguhan.Ingat duit ubat tu percuma ke?

Doktor tanya lagi,,bagaimana?jika ingin membantu kena betul2,sakit ni lambat baik,kalau ubat makan main2,tak ada…

MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITI

DARI PENGALAMAN SENDIRI

Anak teman bukan luar biasa,tapi biasa2 sahaja.
Lepas SPM,keputusan dia....ehmm...okaylah..keputusan kebanyakan orang mampu miliki.
Lepas SPM,teman minta dia buat keputusan samada nak sambung belajar atau nak bekerja.Almaklum,masa sekolah hari2 nak keluar berkeje,tak sabar nak berhenti sekolah!bila dah habis belajar,dah tak pakai uniform baju putih seluo hijau.Lain pula bicaranya.

Mula2 teman nak hantar dia dekat2 rumah je tapi...bila fikir kehidupan dia tetap sama,jumpa kawan yang sama,teman usahakan juga dia ke universiti tepi lebuhraya yang tersergam indah.Ikutkan kemampuan memang tipis,tapi demi dia,kami bergolok bergadai menghantar dia ke sana.Itu pun masih kata kami tak sayang anak...
Alahai......anak2 bertuah tak akan pernah faham hati naluri ibubapa.
Pada mereka ibubapa penghalang kepada kebebasan hidup remaja.

Untuk memohon kat U gah ni,tak susah...Asal mampu,anda boleh sahaja,bergantung pada keputusan.
Anak teman tak tau nak kemana....
Cita2 pun tak a…

KISAH SEMALAM...

ADA ORANG NAK TUMPANG BALIK....

Semalam teman balik dari facial,terus masuk kereta.Dalam waktu yang sama,pintu belah penumpang pun terbuka.Tersembul muka seorang wanita cina minta teman hantar balik. Teman kata eh!awak nak apa? Dia jawap hantar saya balik.Rumah saya dekat saja. Teman kata eh!saya nak balik lah,suami saya ada kat rumah. Dia buat muka seposen...hantarlah saya balik,saya bagi duit minyak.Sambil dia keluarkan dompet dan konon2 keluarkan duit. Teman kata saya tak nak duit awak,saya nak balik!Hati mula baran.Degil nak mampus perempuan ni. Dia buat tak reti je,dia terus duduk...hantarlah saya balik,rumah saya dekat2 sana saja. Teman dah mula naik marah.Tapi tetap tak bertindak di luar batasan.Pada teman mungkin dia benar2 terdesak nak balik. Awak apa bikin kat sini?tanya teman kasar. Saya beli makan,sambil tunjuk bungkusan plastik. Tadi datang naik apa?tanya teman lagi Naik bus kakak....jawapnya ringkas Dalam hati tau datang,bila balik susahkan orang je...Rungut teman dalam …

BILA SAKIT,DENGARLAH NASIHAT DOKTOR

TAK PAYAH TUNJUK PANDAI....

Sakit penebus dosa.Selalu kite dengar ALLAH akan uji kite dengan dugaan utntuk naikkan martabat kite.
Sakit...satu perkataan yang biasa kite sebut.
Apa2 pun doakan agar kite selamat dunia dan akhirat.

Anak teman sakit.
Walaupun dia boleh berjalan ke sana ke mari...
Sebenarnya dia sakit.Dia sedang dalam rawatan dan pemantauan doktor.
Setiap bulan kena ambil darah,kena jumpa doktor...
Bacaan darah mesti cantik,baru dia akan sihat.

Bulan pertama bacaan darahnya okay,bulan ke 2 tak berapa nak okay..
Panjang lebar doktor bercakap...
Hasilnya tetap tak cantik pada bulan ke 3..
2 kali teman mewakilinya.Sebab sibuk yang memanjang dan perjalanan yang jauh untuk balik ke pekan ini.
Kali pertama....Teman kata...doktor anak saya tak dapat datang.Saya wakilkan dia untuk dengar keputusan darah tu.
Doktor kata sepatutnya tak boleh,saya kena bercakap dengan pesakit tu sendiri.
Teman kata lagi...anak saya kata,ibu yang cebuk berak,maknanya ibu berhak untuk tahu.
Doktor seny…

ISU TERKINI KEDAI DOBI MESRA MUSLIM

Image
BANYAK PIHAK MELENTING TERMASUK SULTAN TEMAN...


Notis kat atas berbunyi.....
MESRA MUSLIM
DOBI INI HANYA MENERIMA PELANGGAN BERAGAMA ISLAM SAHAJA ATAS FAKTOR KESUCIAN.
SEGALA KESULITAN AMAT DI KESALI.
SILA TANGGALKAN KASUT DI LUAR.

Masa mula2 nampak artikel ni,teman sebagai umat melayu islam...
Okay okay je..
Teman tak pandang jauh sangat.Pada teman suka hati dia le nak buat apa....
Perniagaan dia,duit dia,modal dia...dan yang paling penting....KEDAI DIA!suka dia le nak buat apa!

Bagi teman...
Notis tu kalau di pandang dari sudut agama...SANGAT BAIK.Kite boleh mendobi tanpa syak wasangka.Teman suka,setuju dan menghargainya.
Apa pun pendapat....teman fikir yang mudah sahaja.Selagi tak nampak najis tu,tak rasa,tak bau....semuanya okay je..
Pengunaan dobi layan diri dah banyak.Kalau teman balik kampung,dobi inilah tempat teman tuju.Basuh baju dan keringkan...selesai masalah.Baju pun tak payah bawa banyak2.
Ada kawan2 teman tak setuju dan tak suka basuh kat dobi layan  diri ni...
Terpulan…

SAKA

ADA DI MANA MANA...

Sebut SAKA,kite akan lihat gambaran....benda ghaib masuk dalam badan manusia biasa macam kite.Lepas tu...manusia tu meracau racau macam orang gila.Ganas dan menakutkan.
Ada seorang kawan,ada 7 ekor SAKA.
Ko ado?
Dia kata kalau nak,dia bagi sekor!
OMG!...please.....tak sanggup nak jaga SAKA ate sekor.

Kawan teman tu kata....SAKA dia datang ikut suka,kadang2 tengah menonton tv dia muncul.Bersilat bagai.
Teman si lurus bendul selalu tanya...tak takut ke?
Dia jawap selambe....nak takut apa?Dia pun makhluk ALLAH.
Bende2 ghaib ni,sebenar benarnya segan nak munculkan diri,dia malu....
Dalam hati...tau malu ke hantu2 sekelian ni?
Rasa macam kurang nak percaya.Tapi...dah di sogok dengan cerita dongeng....suka tak suka...percayalah!!!

Seorang lagi,SAKA maii lepas suami dia meninggal.Milik keluarga.Dengar2...jelmaan seorang lelaki.
OMG!menakutkan,sungguh menakutkan.
Teman tak sanggup nak maii rumah dia...
Teman takut,jelmaan tu berkenan kat teman..Siapa nak jawap?
Teman jugaa…

NASIB PENCUCI KARPET WARGA EMAS

PESANAN BUAT SEMUA..

Teman selalu hantar kat dia..
Seorang lelaki tua,gagah perkasa.Kenapa teman panggil dia gagah perkasa?
Dia dah tua,rambut dah uban penuh kepala tapi masih mampu angkat karpet.berus karpet,jemur karpet.
Sebab tu teman rasa dia layak digelar gagah dan perkasa.

Sebelum raya kelmarin,teman jumpa dia kat bazar ramadhan.
Pak cik cuci kerpet lagi?
Dia jawap tak lah....Pak cik tak buat lagi....
Teman hanya mampu jawap oooo dalam kepala otak ni,berfikir kat mana lah nak hantar karpet2 yang banyak tu.

Teman tahu mengapa dia tak nak cuci lagi karpet2 pelanggan.
Tahun sebelum tu,dia ada cerita kat teman....
Macam mana Pak Cik nak cuci karpet.Awak masuk dan tengok sendiri.Rumah Pak Cik dah macam kedai karpet!orang tak ambil.
Teman akui...memang banyak karpet tersadai kat ruang tamu rumahnya.Rumah dia bukan besar mana...
Situlah ruang ramu,situlah tempat simpan karpet2 yang dah cuci.
karpet kalau dah cuci kena jemur betul2.kalau tak bau dia menyengat!Bayangkan?
Bergulung2,berli…

BENGKEL HAID

BENGKEL YANG BAIK UNTUK ANAK DARA SUNTI

Teman daftar anak dara kecik tu,dia kata saya dah tahu lah ibu!
Teman kata pergi juga!
Anak dara teman panjang muncung...saya dah tahu,ustazah dah ajar....rungutnya lahan.
Teman kata tak kisah!pergi juga!
Ibu niiiii....bentaknya lahan..

Antara sebab mengapa dia WAJIB di hantar ke situ.
1-Walaupun dia kata tahu,tapi tak menyeluruh.(Saya dah tahu lah ibu,ustazah dah ajar katanya).
2-Lebih detail dan terperinci.
3-Teman tak mampu nak ajar sebab orang tua,dah malas nak cakap banyak2.
4-Tambah ilmu yang ada.
5-Bengkel tu ajar banyak tentang haid,mandi wajib dan penjagaan diri.
dan nombor enam.....anak2 ni,kalau kite yang cakap depa tak faham!kalau cikgu atau ustazah yang cakap,yang pesan...semua di guna pakai!
Selalu macam tu....kite ajar tak masuk dek akal,bila cikgu atau ustazah yang ajar..semuanya betul belaka.
Teman bukan marah...itulah hakikatnya...
Anak2 teman lebih mendengar pesan cikgu dari teman.
Mungkin sebab teman bukan cikgu.....

Balik da…

PERKONGSIAN YANG BAIK

Image
SESUATU YANG MENGEJUTKAN..



Dengarlah ibubapa sekelian....
Jangan pandang sepi kenyataan ni,kite jangan leka...
Kasian kat anak2...
Pendidikan dunia kite kejar,pendidikan agama kite abaikan.
INI TAK ADIL!
Kalau kite sayang anak2,kite kena fikir akhiratnya juga.

Ramai kawan2 teman tak hantar anak2 ke sekolah agama alasanya...
Kesian...penat.Pagi sekolah,petang sekolah...bila nak rehat?
Kadang2 teman bagi juga pendapat...
Kena hantar!Wajib hantar!jangan fikir penat diaorang...budak2 tak ada erti penat.Mereka muda lagi...
Dulu kite pun sama....Pagi sekolah kebangsaan,petang sekolah agama.
Mak2 kite dulu tak pernah fikir penat pun..
Malam pii ngaji qur an pulak!

Satu je masalah kite sekarang...
Sekolah kebangsaan ambil masa lama sangat.Anak teman masuk pukul 7.30 pagi,balik tak tentu..
Isnin balik pukul 1.30 petang
Selasa balik pukul 2.00 petang
Rabu balik pukul 2.30 petang
Khamis balik pukul 2 petang dan jumaat balik pukul 12.00 tengahari.
Ikut2kan...memang penat,bukan mereka yang penat ta…

MANUSIA MAKIN ZALIM

Image
HARI2 ADA SAHAJA KES MENDERA BINATANG



Kadang2 hati naik marah!kalau depan mata PASTI teman jerit dan marah kat manusia jenis ni..
Jangan guna kuasa,mentang2 binatang tu taat pada kau,sanggup kau dera dia...
Video kat atas..betul buat hati teman terluka..
Pukul sudah cukup,ini sampai potong kaki LIVE memang tak masuk akal!

kelmarin seorang lelaki India cekik sampai mati sekor anjing.Mentang2 anjing tu taat,dia buli!
Betul2 macam haram jadah!
Dalam video tu,anjing tu diam je...
Tak bunyi tak melawan...tak tahu apa yang buat tuan dia marah macam kerasukan setan!Teman tak tahu..
Yang teman nampak teman dengar...
Tuan dia persis macam setan!

Sama macam betina kat atas ni...
Potong kaki anjing macam potong kaki ayam buat lauk....

Teman tanya Citra...
Kenapa India tu bunuh anjing tu?
Citra kata...anjing tu tak dengar kata...
Teman tanya lagi...kenapa anjing tu tak melawan?
Dia jawap anjing memang ini macam akak,dia orang akan diam2 je...
Teman tanya lagi walaupun dia nak kena bunuh?
Citra ja…

PERASAAN IBU KITE..

TETAP SAMA WALAUPUN SETELAH KITE BERNIKAH..

Anak saudara teman baru menikah,nak kata baru tak juga...dah beberapa bulan yang lalu.
Mula2 baik2 aje.....
Sebulan dua bulan...semua urusan berjalan lancar.

Suaminya kerja di seberang tambak,setiap hari keluar rumah pukul 5 pagi.
Suaminya tak boleh tinggal di rumahnya sebab....perjalanan ketempat kerja akan bertambah jauh.Elok2 keluar rumah pukul 5,kalau dari rumah si isteri harus pukul 4 pagi.
Si isteri beralah....
Hari isnin hingga jumaat....mereka tido di rumah si suami.Sabtu dan ahad....tidur rumah isteri pula.
Rutin tu dah berjalan dari awal perkahwinan mereka.

Hari kerja si isteri melakukan semua kerja normal seorang isteri dan menantu.Semua tu tak jadi masalah baginya.
Di rumah si suami,anak sedara teman okay okay sahaja.
Di rumah si isteri....masalah mula timbul,bila si ibu terlupa anak gadisnya dah menikah.

Bila si anak nak keluar...si ibu akan tanya nak pergi mana?kau ni asyik keluar je...
Si anak buntu,kadang2 mereka perlu keluar…

KUCING MALANG...

Image
ADAKALANYA DI DATANGKAN PADA KITE...

Pada satu hari,teman singgah kedai nak beli roti.Masa lalu depan kedai baju terpakai,nampak sekor kucing sedang pandang kearah teman dengan luka di mulut dan hidung yang dah hilang.
Sahabat tanya hidung hilang?
Teman jawap ya....hidung dia dah hilang dek sakit tak tahu punca.
Teman berhenti dan menyapa tuan kucing...kenapa mulut dia?
Budak tu jawap tak tahu kak...mula2 kecik je,lama2 jadi macam tu..
Teman tanya lagi,awak tak bawa ke klinik?
Dia jawap tak,saya ada minta derma kat dalam group komuniti pekan ni,tapi senyap je...
Dalam hati,mungkin dia tak ada duit...sebab tu dia biarkan kucing tu dengan harapan akhirnya dia mati sendiri.
Esok kamu hantar klinik depan tu,akak bayar...
Dia jawap okay kak...

Esoknya teman jumpa dia kat klinik haiwan di pekan.Doktor kata luka ni sangat teruk,tapi syukur bukan sporo.kalau sporo rawatannya rumit sebab dia boleh jangkit kat manusia.
Doktor kata punca kucing ni jadi macam ni ialah...sel darah putih lebih dari…

HATI YANG HITAM

SANGGUP MEMBUNUH SESAMA INSAN

Minggu ni,kite semua di kejutkan dengan kematian 21 orang pelajar Tahfiz dan 2 ustaz merangkap warden sekolah.
Kematian mereka benar2 mengusik hati kite.
Macam2 andaian di buat oleh semua pihak.
Ada yang salahkan Sekolah ,ada yang salahkan pemerintah,ada yang salahkan ibubapa tak kurang juga menyalahkan takdir.

Benar....sekolah tu tak lulus CF lagi tapi pengetua sebuk nak guna..
Benar...sekolah tu baik2 je,cuma.....keselamatan sambil lewa..
Benar...takdir dah tersurat begitu,cuma kite tak boleh le lepas tangan...
Prinsip kite...berusaha baru bertawakal pada ALLAH.Pihak sekolah dah berusaha untuk pastikan semua selamat?Anda yakin?
Jika jawapannya ya....barulah kite tawakkal pada ALLAH.Islam tu mudah,anda dah usaha,kena juga....tu baru takdir.

Banggunan 3 tingkat di huni oleh anak2 kecil seawal 6thn dan paling tua masih juga belasan tahun.
Sebenarnya mereka hidup bahagia,mengaji,belajar  sesama mereka.Tak ada masalah.
Kite orang luar pulak hati sakit.
Ada j…

REUNION KALI KE.............?

MULA2 MINAT LAMA2......LAYU DI TASIK MADU

Kawan2 buat perjumpaan yang tak tahu ke berapa.Group sekolah teman aktif jumpa2.
Biasa mereka jumpa2,borak2..
Hanya teman tak campur sebab jauh nun di utara.
Mula2 dulu,minat...teman antara AJK REUNION PERTAMA,KEDUA,ketiga kali sekadar tetamu,ke empat juga sebagai tetamu...
Kelima teman tak pergi sebab ada halangan,tetap beri sumbangan sekadarnya.
Malam ni mereka jumpa lagi untuk kali ke 6 atau entah ke berapa.
Teman dah tak ambil tahu...
Teman beri sumbangan seandai di minta,namun nak pergi,maaf di pinta,teman tak minat dah...
Kawan2 kata JOMLAH...
Teman jawap malas lah,jauh sangat!tak berbaloi rasanya bila lepas majlis ada bunyi sok sek sok sek mengata ngata orang.

Dah lama tak jumpa,bila jumpa lawan gaduh.
Dah lama tak jumpa,bila jumpa masing2 konon2 KAYA!
Dah lama tak jumpa bila jumpa,peel kite dulu,di sebut berulang2.
Terasa penat meredah jalan raya,jika akhirnya itu semua yang kite dapat...

Teruskanlah...kawan2,teman tak kisah..
Tak keci…

TAHFIZ TERBAKAR

Image
MENURUT LAPORAN,DALAM TEMPOH @THN,SUDAH 211 KES KEBAKARAN YANG PIHAK BOMBA TERIMA.BEZANYA CUMA KECIL DAN BESAR SAHAJA.

Pagi2 kite di kejutkan dengan kebakaran kat sebuah Tahfiz di ibukota.
Awalnya...teman buat tak tahu je...sangkaan teman,mungkin kebakaran biasa2 je...
Dalam wassa group.keluar macam2 video..macam2 berita terkini.
Teman sekadar pandang tanpa membacanya.
Bukan apa..tak sempat nak baca dek sibuk dengan keja2 rumahtangga.
Biasanya bila dah selesai kerja baru duduk dan menghayati setiap wassap yang ada.

Dalam banyak2 tu,satu video buat teman terpana,berulang2 kali teman tonton,teman lekap kat telinga nak tahu apa sebenarnya yang ada dalam kemarakkan api.
Teman dengar jeritan,pekikan meminta tolong...
SubhanaALLAH!sayu betul hati ni...
Terus ingat anak2 yang jauh di mata.
Terus ingat anak yang ada di asrama,terus berdoa agar ALLAH selamatkan mereka.

Teriakkan tu betul2 meruntun hati...bayangkan perasaan ibubapa mereka?
Bayangkan?
OH TUHAN....tak boleh di terima akal.
Mira,j…

RAKAN DECOUPAGE

KADANG2 BUAT KITE SERBA SALAH.

Teman aktif berdeco baru je setahun dua..
Tak ada kawan2 yang boleh di ajak bicara kecuali seorang.Teman sendirian sebab....teman memang suka sendiri dan berdecoupage sekadar suka2 je.
Teman tak aktif sangat,kalau buat pun untuk kawan2 baik je..

Pada suatu hari,teman perasan ada seorang kawan yang punya minta yang sama.Teman pun mula bertukar2 pendapat dengan dia.Teman anggap dia macam adik2 je...
Sebab beza umur banyak kot?

Semua berjalan lancar sehingga pada satu hari,keluar satu status dari kawan sama bidang dalam FB.Ini yang teman tak suka ,meluahkan perasaan kat FB.Perli memerli ikut suka.
Jujur kata...teman benar2 tak gembira.Kalau tak puashati pm tepi lah...

Masalahnya...kawan ni suka curi gambar2 hasil kerja orang lain untuk modal berniaga dia.
Untuk gambar teman,dia ada minta izin...
Pada teman...okay je...gambar je kot?apa nak heran sangat.Rupa2nya bukan sekali dua dia buat kerja tu,dah banyak kali.Sampai ketahuan pada tuan tanah.Apa lagi,tuan …