AYAM SELASIH LAWAN AYAM SERAMA

DAPAT SEEKOR SERAMA BETINA KALER PUTIH

Teman singgah tapak semaian bunga kat hujung kejiranan teman.
Teman beli batu untuk diletakkan berhampiran reban ayam.
saya mahu letak kat tepi2 reban maa....sejak ada ayam,habis rumput semua mati.
Nyontya tu jawap mestilah!ayam makan sayur,rumput semua.
Teman angguk...tukang kebun saya kata...bahagian sana tak payah potong lagi,ayam akan dah tolong potongkan.
Benar....habis licin licau,rumput,pokok bunga bagai.
Pantang nampak pucuk,habis di ungges sampai tak berdaun.

Eh!you mahu ayam kah?saya ada serama betina 1 ekor,yang lain sudah mati musang makan.
Teman tanya...ayam selasih dangan serama boleh ngam kah?
Dia jawap boleh...dia duduk sini banyak kesian maa....U angkat lah!
Teman jawap okaylah,saya cuba...tapi ini ayam selasih boleh kongkek dengan ayam serama kah?
Dia jawap apa pasat tak boleh?itu negro dengan orang putih boleh maaa..
Dalam hati....laaa....orang tanya pasal ayam,dia pii beri contoh manusia..
Tapi...boleh juga kan?Orang Negro dengan orang melayu pun boleh!

Sampai rumah,teman lepaskan dia bebas,teman nampak kelincahannya.Lari sana lari sini...
Teman perhati dari dalam rumah..teman tengok dia begitu agresif!Kais sana sini...berterabur tanah dalam pasu..
OMG!tak boleh jadi ni...
Habis pokok2 aku wehhh!
Teman tangkap dia,teman masukkan dalam sangkar rotan.
Dia asak badan dia sampai bolos keluar...
SubhanaALLAH!boleh lepas?ayam selasih teman,dok dalam 4 ekor tak pernah lagi bolos keluar,yang ini betul2 mencabar!
Ayam selasih boleh dok diam2 dalam sangkar dari pagi sampai ke petang!
Ayam serama betina ni hanya tahan setengah jam sahaja?
Ganas ganas....

Seharian fikir pasal dia...
Macam mana aku nak bela?bising!
Macam mana aku nak asingkan selasih aku yang lembut dengan serama yang ganas?
Selasih nak tangkap senang je...mungkin sebab dia dah kenal tuan.
Serama nak tangkap,berpeluh sampai kepala!berpusing2 teman dibuatnya.Bila dapat tangkap,teman jotos kepala dia..
Penat aku tau tak?
Sahabat kata mak aiii dengan ayam pun gaduh?
Keh keh keh....betul juga!dengan ayam pun boleh gaduh kah?

langkah terakhir....teman nak sedekah kat peminat ayam serama.Kepada sesiapa yang minat boleh le pm teman wehhh!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

PERSIAPAN SEKOLAH

MINYAK TURUN NAIK